Kerana Sembang Kencang Sebelum Perlawanan, Aboubakar Malu Sendiri Lepas Ditewaskan Oleh Egypt

Vincent Aboubakar malu sendiri kerana sembang berapi sebelum sepak mula pertemuan bertemu Mesir di peringkat separuh akhir saingan AFCON awal pagi tadi.

Mana mungkin beliau tidak malu, dengan Vincent Aboubakar sembang kemas sebelum perlawanan namun akhirnya terpaksa akur pasukannya disingkirkan oleh Mesir.

Cakap besar memang tak boleh dipisahkan dengan apa jua jenis sukan yang ada di dunia ini, kadang kala ia berbaloi dan ada ketika ia akan memakan diri sendiri.

Dalam sukan tinju serta UFC, ia paling jelas menyaksikan para pertarung sembang kemas sebelum perlawanan, dan kadangkala mereka lunyai ditibai dalam gelanggang.

Walau bagaimanapun, hal itu tidak begitu ketara dalam dunia bola sepak, kerana mereka jarang dilunyai secara terang-terangan di atas padang seperti Manchester United dibantai Liverpool di Old Trafford.

Mujur waktu tu hanya penyokong sahaja yang sembang kemas, tu yang stadium terus kosong lepas tamat aksi babak pertama.

Penyerang dan ketua pasukan Cameroon, Vincent Aboubakar sebelum sepak mula pertemuan bertemu Mesir, beliau ada mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah memandang rendah pada Mo Salah.

Aboubakar mendakwa yang ketua pasukan Mesir itu tidak begitu bagus dan beliau sama sekali tidak teruja melihat persembahan bintang Liverpool itu.

Satu kenyataan yang jelas sekali seolah-olah memandang rendah pada seorang pemain yang sudah berjaya menjaringkan 111 gol dalam saingan Premier League dari 165 perlawanan.

Salah yang sudah berjaya menjaringkan 47 gol dari 81 penampilan untuk skuad kebangsaan Mesir itu gagal untuk menjaringkan gol ketika aksi bertemu Cameroon.

Namun beliau berjaya memimpin skuadnya untuk menewaskan pasukan tuan rumah menerusi penentuan sepakan penalti, seterusnya melayakkan diri mereka ke aksi perlawanan akhir.

Aboubakar yang sebelum ini mengatakan beliau tidak teruja dengan Salah jelas kecewa dengan keputusan perlawanan.

Beliau dilihat sekadar berjalan sunyi ke kawasan mix zone dan menolak untuk menjawab soalan dari wartawan tentang pasukan lawan.

Walau bagaimanapun juga, bukanlah semua komen yang keluar dari mulut Aboubakar itu negatif, dengan beliau juga sebenarnya ada memuji Salah dengan menyatakan:

“Dia merupakan seorang pemain yang bagus, dia jaringkan banyak gol tapi dia tak banyak menyumbang dalam sesebuah perlawanan itu.”

“Sudah tentu dia lakukan dengan baik dalam saingan Premier League kerana dia beraksi bersama pasukan yang sudah lama berada di sana. Dia pemain yang bagus tapi dia tak setahap seperti Kylian Mbappe.”

Untuk aksi perlawanan akhir nanti, hampir mustahil untuk melihat Salah akan berdepan dengan komen negatif dari pemain pasukan lawan, kerana beliau akan turun beraksi bertemu sahabat sejatinya.

Egypt akan turun bertemu Senegal dalam aksi perlawanan akhir nanti, dan ia jelas sekali bakal menjadi medan terbesar untuk duo Liverpool, Salah dan Mane.

Kedua-dua bintang handalan Liverpool itu sebenarnya akan bertemu sesama sendiri sebanyak tiga kali dalam tempoh beberapa bulan ini, dan kesemuanya dalam perlawanan penting untuk negara masing-masing.

Jika Aboubakar disebut-sebut kerana komennya berkait Mohamed Salah, bintang Liverpool itu pula hari ini mencuri perhatian ramai kerana beliau pertama kalinya dilihat berada dalam keadaan marah yang teramat sangat.

Peminat terkejut melihat Salah mengamuk buat pertama kalinya

Para peminat terkejut melihat reaksi Mohamed Salah ketika terlibat dengan insiden panas bersama pengadil perlawanan ketika aksi separuh akhir saingan AFCON bertemu Cameroon awal pagi tadi.

Ramai yang percaya itu merupakan kali pertama mereka melihat Salah benar-benar marah dan sepertinya bintang Mesir itu cukup tak puas hati dengan pengadil perlawanan.

Egypt berjaya menyingkirkan Cameroon dari kejohanan pada tahun ini selepas kejayaan mereka mencatatkan kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti.

​Walau bagaimanapun, ‘The Pharaohs’ akan turun dalam aksi perlawanan akhir nanti dengan pengurus mereka, Carlos Queiroz tidak akan bersama mereka.

Pengurus Egypt itu terpaksa berdepan hukuman penggantungan pada perlawanan akhir nanti selepas beliau dilayangkan kad merah oleh Bakary Gassama.

Queiroz menunjukkan reaksi tak puas hati dan bengang dengan keputusan pengadil, dan Gassama segera melayangkan kad merah untuk menghukum pengurus Egypt itu.

​Salah sendiri turut terlibat dengan sesi perdebatan hangat dengan pengadil perlawanan, dengan beliau dilihat mengamuk mempersoalkan mutu pengadilan pengadil perlawanan tersebut.

Bintang Liverpool itu meluahkan rasa tak puas hati dan bengang beliau betul-betul di hadapan muka pengadil perlawanan, dengan beliau dilihat benar-benar berada dalam keadaan yang sangat beremosi.

Barisan kejurulatihan dan staff dari skuad Égypt juga turut cuba menghampiri pengadil perlawanan, namun Gassama awal-awal sudah menghalau mereka terlebih dahulu.

Melihat Salah dalam keadaan yang begitu beremosi, para peminat jadi terkejut dan seakan-akan tidak percaya beliau boleh beremosi seperti itu.

Jelas sekali ramai yang menyalahkan pengadil perlawanan, kerana tindakannya itu yang telah mengundang kemarahan Mohamed Salah.

“Saya tak pernah lihat dia semarah itu, saya rasa macam itu bukan Salah yang kita kenal, mungkin pengadil sudah sangat keterlaluan kerana itulah ia membuatkan Salah bengang.”

“Passion yang Salah tunjukkan betul-betul memukau saya, ini adalah ciri pemimpin yang sebenar dan saya bertuah dia jadi sebahagian dari keluarga Anfield.”

“Saya tak pernah lihat dia dalam keadaan marah seperti ini, inilah semangat juang yang perlu kita semua kagumi.”

“Kalau Salah yang selama ini pendiam boleh jadi begitu pemarah, saya yakin pengadil perlawanan sudah benar-benar menguji dia.”

BACA:  Yakin Salah Mampu Berikan Impak, Henderson Sudah Kongsi Pengalaman Beraksi Di Arab Saudi