Kesebelasan Utama Malaysia vs Taiwan

Selepas menewaskan Republik Kyrgyz dalam perlawanan penuh dramatik di Bukit Jalil, Skuad Harimau Malaya terbang ke Chinese Taipei atau Taiwan untuk perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Stadium Perbandaran Taipei.

Bagi kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 Malaysia telah diletakkan dalam kumpulan D bersama Republik Kyrgyz, Oman dan juga Chinese Taipei atau Taiwan. Kumpulan yang seimbang untuk Harimau Malaya terbang tinggi.

Kemenangan kedua pastinya dicari oleh Kim Pan Gon dan anak buahnya seiring sejalan dengan harapan seluruh ekor Harimau Malaya bagi melincirkan perjalan pusingan kelayakan ini.

Kesebelasan Utama Malaysia vs Taiwan

Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Matthew Davies, Dion-johan Cools, La’vere Lawrence Corbin-ong, Stuart John Wilkin, Mohd Afiq Fazail, Junior Eldstal, Paulo Josue, Arif Aiman Mohd Hanapi, Mohamad Faisal Abdul Halim, Muhammad Akhyar Abdul Rashid.

Pemain Simpanan

Endrick Dos Santos, Muhammad Safawi Rasid, Shahrul Mohd Saad, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, Muhammad Syahmi Safari, , Mohamadou Sumareh, Sharul Nazeem Zulpakar, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Muhammad Azri Ab Ghani, Muhammad Azam Azmi Murad, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Dominic Tan, Darren Lok, Brendan Gan, Nooa Hamzah Laine.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Malaysia 4-3 Kyrgyzstan

Malaysia memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 dengan langkah kanan lagi penuh bergaya dalam perlawanan dramatik sehingga menarik perhatian FIFA ketika menentang Republik Kyrgyz di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Skuad bimbingan pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan Gon memulakan permainan di hadapan penyokong sendiri dengan penuh bergaya seperti biasa dan mendahului seawal minit ketujuh.

Berpunca dari sepakan penjuru Arif Aiman tepat menemui kepala Dion Cools yang melonjak naik untuk menyudul bola ke kanan gawang Republik Kyrgyz.

Harimau Malaya terus menguasai perlawanan dengan percubaan demi percubaan, ada yang bahaya dan ada yang langsung tidak berjaya sehinggalah memasuki 5 minit terakhir separuh masa pertama.

Dengan tiba-tiba Malaysia terus shutdown dan membolehkan Kyrgyz bangkit untuk menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit.

Kayrat Zhyrgalbek menyamakan kedudukan pada minit ke-42 dan Ernist Batyrkanov menggandakan kedudukan pada minit ke-44 hasil dari kebocoron teruk barisan pertahanan.

Selepas 12 minit babak kedua berlangsung pemain gantian, Kai Merk melebarkan kedudukan kepada 3-1 dan terus memberi tekanan kepada Harimau Malaya.

Tiga pertukaran serentak telah dilakukan Kim Pan Gon dengan memasukkan Muhammad Akhyar Abdul Rashid, Endrick Dos Santos dan Paulo Josue dengan mengeluarkan Shahrul Mohd Saad, Brendan Gan dan Darren Lok.

Seperti sudah tiada harapan dari permainan Harimau Malaya, gelecekan solo Arif Aiman dari kanan dan tolakan ke tengah menyebabkan Khristiyan Brauzman menjaringkan gol sendiri.

Gol itu nyata menyuntik semangat rakan sepasukan yang kembali fokus untuk mendapatkan kemenangan dan pada minit ke-77 Dion Cools menyamakan kedudukan melalui tandukan hasil sepakan penjuru Arif Aiman.

Harimau Malaya tidak berputus asa, pada minit ke-93, Faisal Halim menjaringkan gol kemenangan hasil hantaran Arif Aiman yang sangat genius selepas bermain satu dua.

Joel Kojo hampir meluruhkan jantung ekor Harimau Malaya dengan randukan yang tersasar dan kekasaran ke atas Syihan Hazmi juga terjadi dalam perebutan bola ringgi Joel Kojo memungkinkan gol akan terbatal jika dijaringkan.

Skuad Harimau Malaya berjaya mempertahankan kelebihan satu gol untuk meraih 3 mata penting pertama dan bakal bertemu Taiwan dalam perlawanan kedua di Stadium Majlis Perbandaran Taiwan.

Aksi ajaib Arif Aiman berjaya mengukir kemenangan ini dengan tiga bantuan gol dan satu rembatan membuatkan gol sendiri dari pemain Kyrgyzstan terhasil.

Dion Cools yang menjaringkan dua gol melalui dua sundulan dari sepakan penjuru telah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Kesebelasan Utama Malaysia vs Kyrgyzstan

Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Matthew Davies, Shahrul Mohd Saad, Dion-johan Cools, Dominic Tan, La’vere Lawrence Corbin-ong, Stuart John Wilkin, Brendan Gan, Arif Aiman Mohd Hanapi, Mohamad Faisal Abdul Halim, Darren Lok.

Pemain Simpanan

Endrick Dos Santos, Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, Muhammad Syahmi Safari, Mohd Afiq Fazail, Mohamadou Sumareh, Sharul Nazeem Zulpakar, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Paulo Josue, Muhammad Azri Ab Ghani, Muhammad Azam Azmi Murad, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Junior Eldstal, Nooa Hamzah Laine.

BACA:  Sarawak & Kuantan FA Diarah Segera Selesaikan Masalah Gaji Tertunggak