Perlawanan menentang Malaysia menentang Vietnam merupakan perlawanan penentuan antara hidup nasib Malaysia untuk kempen kelayakan Piala Dunia Qatar 2022/Piala Asia 2023.
Untuk menentang Vietnam ini Tan Cheng Hoe telah menurunkan barisan terkuat beliau bagi memastikan misi kemenangan yang dicari itu dicapai.
Tan Cheng Hoe melalui laman media rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai kesebelasan utama skuad Harimau Malaya berserta pemain gantian.
KESEBELASAN UTAMA HARIMAU MALAYA
Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 | 11 Jun 2021 (Waktu UAE)
MALAYSIA 🇲🇾 lwn 🇻🇳 VIETNAM
Sepak mula 8.45 malam (Waktu UAE) / 12.45 tengah malam 12 Jun (Waktu Malaysia)#FAM #HarimauMalaya #AsianQualifiers pic.twitter.com/7SNUO4D0MD
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 11, 2021
Penjaga gol – Mohd Farizal Marlias
Pertahanan – Mohd Rizal Mohd Ghazali, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak , Dion Cools , La’vere Corbin-Ong.
Tengah – Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Mohamed Syamer Kutty Abba, Mohamadou Sumareh, Brendan Gan
Penyerang – Guilherme De Paula Lucrecio
Seluruh kem Harimau Malaya menerima berita duka apabila ayah kepada jurulatih, Tan Cheng Hoe, telah meninggal dunia sebentar tadi.
Menurut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), bapa Cheng Hoe, Tan CHooi Siak, telah menghembuskan nafas yang terakhir pada usia 95 tahun di kediaman mereka di Taman Pelangi, Alor Setar, akibat sakit tua.
Dalam hantaran di laman Facebook rasminya, FAM menyatakan:
“FAM mengucapkan takziah kepada ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe atas pemergian bapanya, Tan Chooi Siak, 95 pada hari ini, Jumaat 11 Jun 2021.”
“Semoga pemain dapat balas kepercayaan dengan kemenangan malam ini.”
Tan Cheng Hoe yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-53 pada 30 Mei lalu, kini berada di Dubai dan dalam persediaan untuk menentang Vietnam pada pukul 12.45 tengah malam ini.
Cheng Hoe juga difahamkan tidak akan pulang ke tanah air dan kekal bersama skuad kebangsaan sehingga tamat perlawanan menentang Thailand pada 16 Jun nanti.
Senarai 25+1 Pemain Malaysia
Tan Cheng Hoe telah membawa 25 pemain bagi menghadapi baki tiga perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 Qatar menentang UAE, Thailand dan Vietnam.
Selepas perlawanan pemanas badan menentang Bahrain dan Kuwait, Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin telah membuat kejutan.
Melalui satu video Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin telah menyatakan akan mengumumkan seorang lagi pemain baharu Harimau Malaya.
Skuad 26 Pemain Harimau Malaya 🇲🇾
📍 Dubai, UAE | 3-15 Jun 2021#FAM #HarimauMalaya #AsianQualifiers pic.twitter.com/gZ7z0SL0Ka
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 2, 2021
Pada 1 Jun 2021, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), secara rasmi telah memperkenalkan pemain berdarah campuran Malaysia-Belgium, Dion Cools sebagai pemain ke-26 dalam skuad Harimau Malaya.
Satu nilai tambah yang begitu berharga yang ada pada Dion Cools yang kini beraksi di Liga Denmark, Danish Superliga bersama pasukan FC Midtjylland.
Penjaga gol
Mohd Farizal Marlias (Johor Darul Ta’zim FC, JDT)
Mohd Khairulazhan Mohd Khalid (Selangor FC)
Samuel Jacob Somerville (Penang FC)
Pertahanan
Mohd Rizal Mohd Ghazali (Kedah Darul Aman FC)
Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak (Johor Darul Ta’zim FC, JDT)
Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur City FC)
La’vere Corbin-Ong (Johor Darul Ta’zim FC, JDT)
Matthew Davies (Johor Darul Ta’zim FC, JDT)
Adam Nor Azlin (Johor Darul Ta’zim FC, JDT)
Muhammad Syahmi Safari (Selangor FC)
Junior Eldstal (Chonburi FC)
Dominic Tan (Police Tero FC)
Dion Johan Cools (FC Midtjylland)
Tengah
Muhamad Nor Azam Abdul Azih (Sri Pahang FC)
Brendan Gan (Selangor FC)
Mohamed Syamer Kutty Abba (Johor Darul Ta’zim FC, JDT)
Mohamadou Sumareh (Johor Darul Ta’zim FC, JDT)
Muhammad Akhyar Abdul Rashid (Johor Darul Ta’zim FC, JDT)
Muhammad Nazmi Faiz Mansor (Johor Darul Ta’zim FC, JDT)
Muhammad Safawi Rasid (Johor Darul Ta’zim FC, JDT)
Arif Aiman Mohd Hanafi (Johor Darul Ta’zim FC, JDT)
Liridon Krasniqi (Newcastle Jets)
Penyerang
Muhammad Syafiq Ahmad (Johor Darul Ta’zim FC, JDT)
Guilherme De Paula Lucrecio (Johor Darul Ta’zim FC, JDT)
Luqman Hakum Shamsudin (KV Kortrijk)
Norsharul Idlan Talaha (Sarawak United FC)
Kenali Dion Cools Senjata Rahsia Harimau Malaya
Dion Johan Cools dilahirkan di Kuching, Sarawak pada 4 Jun 1996. Bapanya berasal dari Belgium dan ibunya pula anak kelahiran Malaysia dari Sarawak.
Pemain posisi bek kanan ini memulakan karier bola sepak bersama Tempo Overijse sebelum berpindah ke OH Leuven pada usia 9 tahun.
Kemudian Dion Cools telah menyertai pasukan remaja Anderlecht pada 2010 dan kembali semula bersama akademi remaja OH Leuven pada 2013.
Pada 3 Ogos 2014, Cools membuat penampilan sulung bersama pasukan senior OH Leuven yang beraksi di Liga Divisyen kedua Belgium di bawah bimbingan jurulatih Ivan Leko.
Club strikt rechtsachter Dion Cools (OH Leuven) http://t.co/7BcLOfhD9X pic.twitter.com/X7KDkKLml4
— HLN Sport (@hlnsport) June 19, 2015
Dion Cools berada dalam kesebelasan utama untuk perlawanan menentang Racing Mechelen. Selepas itu Cools mula menjadi pemain utama walaupun selepas pemecatan Leko.
Di bawah bimbingan ketua jurulatih baru, Jacky Mathijssen pada bulan Disember 2014, Cools tetap menjadi pemain permulaan di skuad utama.
Pada bulan Mei 2015, dia turut beraksi untuk OH Leuven di pusingan akhir untuk promosi. Cools tidak terlepas satu minit pun dalam perlawanan pusingan akhir dan memenangi promosi ke Divisyeb pertama Belgium.
Pada 23 Jun 2015, Cools telah diikat oleh Club Brugge yang beraksi di Jupiler Pro League merupakan liga divisyen pertama Belgium, liga di mana Luqman Hakim berkelana sekarang.
Dion Cools and Club Brugge are crowned 2016/17 Jupiler Pro League winter champions after beating Royal Excel Mouscron 2-1. pic.twitter.com/vqFoXnfSBa
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) December 27, 2016
Cools menjadi pemula di bawah ketua jurulatih Michel Preud’homme pada musim 2016-17 kerana prestasi buruk oleh bekas pemain antarabangsa Belanda Ricardo van Rhijn.
Cools juga kekal sebagai pemain utama di bawah jurulatih baru Ivan Leko, di mana mereka pernah bergandingan di OH Leuven. Kehadiran Clinton Mata menyebabkan Cools kehilangan tempatnya.
Bersama Club Brugge selama lima musim, Dion Cools berjaya merangkul dua kali gelaran liga dan dua kali Belgian Super Cup.
Pada 31 Januari 2020, Cools menandatangani kontrak tiga tahun bersama Midtjylland yang beraksi di Superliga Denmark.
Dion Cools started the UEFA Champions League game for Midtjylland against Liverpool. The game finished 1-1. pic.twitter.com/KhHz5NqruQ
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) December 9, 2020
Dion Cools membuat debut pada 17 Februari ketika Midtjylland menang 2-0 ke atas Lyngby.
Cools menjaringkan gol pertamanya untuk Midtjylland pada 14 Februari 2021, satu-satunya gol perlawanan tersebut menentang Horsens di Superliga.
Dion Cools bukan satu nama asing lagi dalam kancah bola sepak Malaysia, pemain kelahiran Kuching Sarawak itu sebelum ini pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan Belgium bawah 18, 19 dan 21.
Dion Cools has faced Man Utd a couple of times with Club Brugge, including the game that saw Memphis Depay play a starring role back in 2015.
Last December, he was part of the FC Midtjylland team that held Liverpool to a 1-1 draw in the Champions League. pic.twitter.com/zOA9e6SFoU
— Keesh (@keeshmatstats) May 31, 2021
Sebelum ini, bekas jurulatih pasukan bawah 22 tahun negara, Frank Bernhardt dikatakan cuba memujuk pemain Belgium, Dion Cools untuk mewakili Malaysia di Sukan SEA.
Memandangkan Dion Cools mempunyai darah Malaysia menerusi ibunya yang merupakan rakyat Sarawak tiada masalah untuk beliau beraksi untuk Malaysia.