Khabib Dan Seedorf Buka Akademi Bola Berasaskan MMA

Clarence Seedorf dan Khabib Nurmagomedov bekerjasama untuk melancarkan akademi bola sepak mereka sendiri, yang mana ia dilaporkan para pelajar akan diajar bermain bola sepak menggunakan kaedah yang unik.

Apa yang dimaksudkan dengan kaedah latihan yang unik?

Akademi mereka akan mendedahkan kaedah latihan berasaskan gabungan bola sepak dan seni bela diri campuran, dan kerana itulah ia dianggap sangat unik.

‘Seedorf Khabib Performance Club’ telah diumumkan secara rasmi di Dubai pada hari ini, dengan dua atlet terhebat sepanjang zaman dari dua sukan berbeza akan bekerjasama untuk menjayakan akademi ini.

Legenda bola sepak akan bergabung dengan legenda seni bela diri campuran akan bekerjasama untuk memajukan akademi tersebut, dengan mereka turut menyasarkan untuk membuka 10 akademi sama di seluruh dunia dalam tempoh 5 tahun.

Sementara maklumat lengkap tentang destinasi pertama dan bila akademi tersebut akan dibuka, Nurmagomedov telah mengesahkan yang akademi beliau, SK Sports Holding akan terus diperkukuhkan di Abu Dhabi dan Dubai.

Bekas Juara lightweight dunia UFC yang juga merupakan pengunjung setia UAE itu menyatakan bahawa:

“Sudah tentu, jika kami membuka di sini di Dubai, Abu Dhabi juga memerlukan Performance Club. Kami akan mengusahakan itu di masa hadapan. Kita akan buka di Abu Dhabi dan Dubai, setidak-tidaknya dua akademi.”

Kerjasama antara Seedorf dan Nurmagomedov mula dijalinkan sejak mereka bertemu pada tahun lalu, dan menurut Seedorf mereka berdua dengan segera menjadi sahabat karib.

Dek kerana sudah mempunyai hubungan yang rapat, maka tercetuslah idea untuk membuka syarikat yang diberi nama SK Sports Holding.

Syarikat tersebut akan berpengkalan di DMCC di Jumeirah Lakes Towers, dan ia akan digunakan untuk memancing pelabur dari dalam dan luar negara untuk menjayakan akademi tersebut.

“Kami ada misi yang sama dalam hidup.”

Jelas Seedorf.

“Kami mahu berikan sesuatu kepada generasi muda. Ini bukan projek khas Dubai, ini projek Global. Syarikat kami sahaja akan berpengkalan di Dubai.”

“Kami akan cuba untuk bawa ilmu baru, tenaga pengajar dan kaedah pembelajaran, pemantauan dan sokongan dari segi pemasaran untuk terus menyokong perkembangan setiap akademi dan rakan kongsi.”

“Saya tahu yang Khabib juga sangat tahu tentang kaedah dari dunia MMA yang akan dia bawa. Saya rasa saya tahu apa yang boleh saya bawa dari sudut bola sepak. Dan itulah apa yang akan kami lakukan dan analisis dalam semua perbezaan yang ada di dunia.”

Khabib Nurmagomedov turut menyasarkan untuk membuka akademi tersebut di Afrika dengan menyatakan:

“Clarence berjaya dalam dunia sukan dia dan saya lakukan dalam sukan saya. Kami tahu macam mana untuk menjadi Juara. Ketika ini, sasaran kami adalah untuk menghasilkan Juara.”

“Untuk hasilkan Juara, kamu perlu ada sistem. Saya dan Clarence akan cipta sistem itu.”

Seedorf merupakan satu-satunya pemain bola sepak yang memenangi gelaran Champions League bersama tiga kelab berbeza seperti Ajax, Real Madrid dan AC Milan.

Beliau kemudiannya turut menambah lagi dengan menyatakan:

“Kami sudah membincangkan tentang pelbagai hal untuk menubuhkan akademi ini. Fikir tentang sekolah bola sepak yang kami akan ada di mana-mana. Berapa banyak sekolah berbeza yang kamu akan ada. Perbezaannya adalah kami akan memilih dari jurulatih, kami sendiri akan melatih jurulatih.”

“Jadi akan ada orang yang diiktiraf menjaga semua anak-anak ini, yang mana ia sangat penting untuk lihat siapa yang akan ajar kedua-dua bola sepak dan MMA.”

Ketika ditanya tentang bila pengumuman seterusnya berkait akademi ini akan diumumkan, Seedorf menjelaskan bahawa:

“Kamu akan dengar tidak lama lagi. Harap bersabar. Mari nikmati detik di mana kami berjaya bangunkan syarikat ini bersama di Dubai, di DMCC di JLT, dan mari kita sama-sama tunggu untuk detik seterusnya ketika kami mula dengan langkah seterusnya.”

Kombinasi MMA dan bola sepak tentunya akan melahirkan para pemain yang mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Berlatih MMA selain untuk menguatkan fizikal, ia juga bagus sebenarnya untuk kekuatan mental, dan apa yang paling penting sekali, latihan berasaskan seni bela diri akan membantu para pelajar untuk jadi lebih berdisiplin.

Agak menarik untuk melihat cadangan seperti ini ditubuhkan kerana gabungan dua sukan ini sebenarnya sangat sesuai dan serasi.

Sumber: TheNationsNews

BACA:  Bekas Juara Dunia UFC Percaya Khabib Tak Layak Dianggap Petarung Terhebat Sepanjang Zaman