Kim Pang-gon Umum Senarai 23 Pemain Kelayakan Piala Asia

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pang-gon telah memilih senarai 23 pemain yang akan membawa cabaran Malaysia dalam tiga perlawanan Kumpulan E Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023.

Dalam kumpulan ini, Malaysia bakal berdepan cabaran daripada pasukan Turkmenistan pada 8 Jun 2022, Bahrain (11 Jun 2022) serta Bangladeh (14 Jun 2022). Kesemua perlawanan ini bakal dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sebelum ini, jurulatih berbangsa Korea tersebut telah memanggil 29 pemain untuk menjalani kem latihan pusat dan selepas dua edisi perlawanan persahabatan menentang Brunei Darussalam dan juga Hong Kong.

Selepas penilaian dibuat, Pang-gon menyenaraikan pemain seperti di bawah.

Penjaga gol – Farizal Marlias, Khairulazhan, Syihan Hazmi

Pertahanan – Shahrul Saad, Corbin-Ong La’vere Lawrence, Matthew Davies, Ahmad Khuzaime Piee, Dominic Tan, Junior Eldstal, Dion-Johan Cools

Pemain Tengah – Muhamad Nor Azam Abdul Azih, V. Ruventhiran, Nazmi Faiz, Safiq Rahim, Faisal Halim, Syamer Kutty

Serangan – Guilherme De Paula, Darren Lok, Akhyar Rashid, Safawi Rasid, Muhamadou Sumareh, Syafiq Ahmad, Arif Aiman

Daripada senarai ini, pemain yang dilepaskan daripada kem kebangsaan adalah; Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Afiq Fazail, R. Kogileswaran, Shahrul Nizam Ros Hani, Liridon Krasniqi, Nurshahrul Idlan Talaha dan juga Syahmi Safari.

Walaubagaimanapun, pemain yang tidak terpilih ini masih berpeluang untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan dalam pusingan kelayakan Piala Asia sekiranya ada penggantian pemain perlu dilakukan.

Pemain yang akan mendapat perhatian para peminat bola sepak tempatan pastinya awang naturalisasi – Guilherme De Paula serta Muhamadou Sumareh.

Ini kerana kedua-dua pemain ini langsung tidak bermain dalam kempen Liga Super pada musim ini, lebih-lebih lagi De Paula yang tidak mampu walau untuk memanaskan bangku simpanan.

Dalam perlawanan persahabatan menentang Brunei, De Paula berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan penalti, selain melakukan satu bantuan gol kepada Faisal Halim.

Manakala Sumareh pula tidak berapa memberikan impak dalam perlawanan.

Apapun, hanya Pang-gon yang tahu asbab musabab kenapa De Paula dipilih dan semoga pemain ini berjaya membuktikan bahawa cemuhan daripada para penyokong Harimau Malaya adalah salah.

Perlawanan Menentang Brunei

Brunei bukanlah lawan terbaik buat Harimau Malaya menguji kekuatan sebagai persediaan. Tapi itulah lawan yang ada ketika ini dan dalam bola sepak semuanya boleh terjadi.

Mohamadou Sumareh yang agak lama menghilang mungkin pergi bercuti disenaraikan Kim Pan Gon dalam kesebelasn utama menentang Brunei.

Syukor Adan dan Nizarudin Yusof sempat bergurau apabila mengatakan tidak sabar untuk melihat apa yang mampu dilakukan Guilherme De Paula Lucrecio jika diturunkan.

Kurang seminit permainan pemain Brunei Abdul Muiz Sisa dilayangkan kad kuning kerana mnelakukan satu rempuhan keras ke atas Sumareh.

Selepas 5 minit Malaysia mula melancarkan serangan bertali arus dan Syafiq Ahmad pula mengalami kecederaan ditumbuk penjaga gol Brunei dalam situasi 50-50.

Cantik gila hantaran Safiq Rahim dan Faisal Halim terus mengucar-kacirkan pertahanan Brunei dengan kelajuannya.

Pada minit ke-15 Syafiq Ahmad membuka tirai jaringan melalui kepalanya yang berbisa berpunca dari sepakan penjuru.

Serangan dan gerakan menarik bertaraf Eropah dan dunia menurut pengulas terus dilakukan bagi menambah gol namun tidak kunjung tiba selepas 30 minit permainan.

Pada ini ke-34, Brunei akhirnya berjaya memperoleh sepakan penjuru petama dan kedua secara berturut-turut dalam perlawanan ini.

Percubaan akrobatik Syafiq Ahmad dengan membelakangi gawang Brunei hampir membuahkan hasil tetapi ditepis keluar diatas palang.

Aksi lipas kudung Faisal Halim membuahkan hasil dengan satu umpanan cantik disudahkan dengan tenang oleh Mohamed Syamer Kutty Abba.

Syamer Kutty hampir menjaringkan gol ketiga dengan satu gerakan satu dua cantik dengan Safiq Rahim namun tersasar.

Brunei bermain agak baik menahan segala asakan Malaysia walaupun tampak kepenatan lantaran kualiti pemain yang agak jauh berbeza.

Malaysia gagal menjaringkan lebih dua gol lantaran sentuhan pertama serta hantaran kurang tepat dan lambat untuk membuat keputusan.

Lima pertukaran dilakukan oleh Kim Pan Gon dengan memasukkan pemain kesayangan ramai Guilherme De Paula Lucrecio, Liridon Krasniqi, Safawi Rasid, Dominic Tan dan Nazmi Faiz Mansor.

Syafiq Ahmad, Safiq Rahim, Dion Cools, Mohamadou Sumarehdan Syamer Kutty dikeluarkan.

Guilherme De Paula Lucrecio hampir menjaringkan gol namun takdir telah menentukan bahawa tandukannya tersasar.

Agak sendu permainan Malaysia di babak kedua dan Harimau Malaya seperti mahu bermain hantaran panjang.

Guilherme De Paula Lucrecio membuktikan kehebatan dengan kawalan bola kemas melakukan cutback kepada Faisal Halim yang melepaskan rembatan yang meroket untuk gol ketiga.

Selepas sejam permainan V. Ruventhiran dikeluarkan dan Akhyar Rashid masuk mengganti.

Safawi Rasid melakukan percubaan yang menjadi cap dagangnnya dengan kaki kiri dari luar kotak tetapi tersasar.

Liridon Krasniqi seperti sebelum ini kerap kehilangan dan menghilangkan bola dengan hantaran-hantaran kelaut serta memperlahankan permainan.

Kelincahan Akhyar Rashid menyebabkan pemain Brunei menghadiahkan sepakan penalti dan Guilherme De Paula Lucrecio tenang menyempurnakannya.

Satu Malaysia bersorak riang dan bergema dengan sorakan nama De Paula dan itulah gol terakhir Malaysia dalam perlawanan ini.

Agak membimbangkan aksi Malaysia pada separuh masa kedua dan banyak lagi yang perlu diperbaiki.

Perlawanan Menentang Hong Kong

Perlawanan dari sepak mula agak seimbang dan Malaysia dilihat lebih berbisa dengan permainan yang meyakinkan sekaligus memberi harapan kepada satu kemenangan lagi.

Minit ke-30 selepas dua sepakan penjuru, Akhyar Rashid terus memanfaatkan kelincahan dan kepantasan beliau yang menyebabkan pemain Hong Kong membuat kekasaran dalam kotak penalti.

Sepakan penalti untuk Malaysia dan Safawi Rasid mengambil sepakan dengan satu tendangan deras ke penjuru kanan menewaskan penjaga gol Hong Kong.

Untuk rekod ini merupakan gol yang ke-16 Safawi Rasid untuk Harimau Malaya dalam 39 penampilan. Rekod jaringan yang agak padu.

Dipenghujung perlawanan menyaksikan Darren Lok hampir menggandakan kedudukan dengan satu sundulan terbang dari umpanan cantik Corbin Ong tapi sayang bola sedikit tinggi melewati palang.

Tujuh minit bersambung babak kedua, Akhyar Rashid memperoleh peluang terbaik apabila sudah berjaya melepasi penjaga gol Hong Kong.

Gawang sudah terbuka namun Akhyar Rashid sedikit gopoh untuk terus merembat ke gawang ketika sudah hilang kesimbangan badan.

Minit ke-59 Stadium Nasional Bukit Jalil bergema sampai ke Seremban apabila pemain kesayangan ramai, Guilherme De Paula Lucrecio masuk menggantikan Darren Lok.

Safiq Rahim dan Mohamadou Sumareh juga dimasukkan.

Arif Aiman mempamerkan kelincahan dengan satu umpanan cantik yang gagal disambar dan kemudian hadir lagi dengan tolakan kepada Safiq Rahim tapi sayang first ball kelaut.

Pada minit ke-75, pemain paling menyerlah ketika menentang Brunei Faisal ‘Mickey’ Halim masuk menggantikan Arif Aiman yang mengalami kecederaan dan terpaksa diusung keluar.

Mohamdou Sumareh koyak tak kena tempat ketika pasukan masih memndahului apabila menyerang pemain Hong Kong selepas dikasari. Mujur kad kuning je.

Pada penghujung perlawanan Safiq Rahim menggandakan kedudukan melalui satu sepakan percuma yang terbias pemain Hong Kong.

Kegembiraan dan wajah penuh terharu terpancar diraut wajah Safiq Rahim yang seolah-olah sudah lama mahu kembali jaringkan gol untuk Malaysia.

BACA:  Senarai Penuh Skuad Malaysia Ke Piala Asia 2023