Kisah Lucu Park Hang Seo Bercumbuan Tanpa Sengaja Raikan Kemenangan

Jurulatih Vietnam, Park Hang-Seo dan pemain Vietnam tanpa sengaja telah bercumbuan mulut ke mulut atau pipi tanpa sengaja ketika meraikan kejayaan Vietnam menjulang Piala AFF Suzuki 2018.

Vietnam muncul juara selepas selepas berjaya menewaskan Malaysia dengan agregat 3-2 dalam perlawanan akhir yang dilangsungkan secara timbal balik.

Untuk rekod itu merupakan kali kedua Vietnam menjulang Piala AFF Suzuki selepas melakukannya 13 tahun lalu iaitu pada tahun 2008.

Saat yang menjanggalkan ini berlaku apabila pemain Vietnam mahu menyantuni Park Hang-Seo, ketika saling berpandangan untuk berpelukan mereka tanpa sengaja telah bercumbuan.

Lalu wujudlah disitu โ€˜awkward momentโ€™ yang sangat melucukan lantaran keperibadian Park Hang Seo merupakan seorang yang tegas lagi penuh berdisiplin.

Tangan kanan Park Hang Seo kelihatan terkulai layu saat dicium dalam tempoh beberapa milisaat sebelum menggelupur kegelian lantaran situasi yang janggal tersebut.

Jurulatih dari Korea Selatan, Park Hang-Seo merupakan wira sebenar yang berjaya membentuk pasukan Vietnam yang kini berada di tahap tersendiri.

Park Hang Seo boleh dianggap sebagai jurulatih berprofil tinggi dan merupakan bekas pembantu kepada Guus Hiddink ketika membawa Korea Selatan mara ke separuh akhir Piala Dunia 2002.

Di bawah Park Hang Seo, Vietnam menjadi pasukan yang mempunyai taktikal yang mantap ini dijayakan lagi oleh tahap kecergasan, kecerdasan dan juga kepantasan para pemain Vietnam yang dilihat seringkali melakukan pergerakan tanpa bola dengan begitu bijak.

Vietnam menjadi satu-satunya pasukan dari Asia Tenggara yang berjaya mara sehingga ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 dan pasukan kedua dari Asia Tenggara berjaya mara ke tahap itu selepas Thailand.

Meskipun mereka tewas kesemua perlawanan kepada Arab Saudi, Jepun, Australia, Oman dan China, mereka membuktikan bahawa mereka adalah satu pasukan yang sangat liat untuk ditewaskan di mana mereka tidak pernah tewas lebih daripada dua gol.

Sejak dilantik menjadi jurulatih Vietnam pada tahun 2017, Park Hang Seo mencatatkan rekod tidak pernah tewas kepada mana-mana pasukan Asia Tenggara. Satu rekod menakjubkan.

Tetapi di separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2020, Thailand menamatkan rekod cemerlang Park Hang Seo dengan kemenangan penuh bergaya 2-0.

Dalam perlawanan separuh akhir kedua pula permainan bertahan penuh berdisiplin Thailand berjaya menyekat kemaraan Vietnam apabila mara ke perlawanan akhir dengan agregat 2-0.

Chanatip Songkrasin yang mendapat jolokan โ€˜Messi Thailandโ€™ menjadi duri dalam daging Vietnam apabila menjaringkan dua gol, jaringan yang lebih dari memadai untuk membawa Thailand ke final buat kali kesembilan.

Chanatip Songkrasin yang menjadi nadi kepada jentera serangan yang menjadi penyambung bahagian tengah telah merencanakan gol kedua yang sangat indah seperti satu sesi latihan.

Pemain J League itu telah bermain permainan satu 1-2 bersama Teerasil Dangda dengan melakukan larian dari tengah ke kawasan Vietnam sebelum bertukar pasangan 1-2 bersama Sarach Yooyen yang membuat tolakan akhir.

Chanatip Songkrasin melakukan satu sentuhan penyudah yang tenang lagi mempersonakan. Gol ini boleh diangkat sebagai gol terbaik setakat ini.

Jurulatih Vietnam, Park Hang Seo telah melaungkan keyakinan bahawa anak-anak buahnya mampu untuk melakarkan aksi kebangkitan.

Namun keyakinan Park Hang Seo telah direntap Thailand yang tenang menyerap segala asakan Vietnam yang cuba mencari gol semangat yang tidak kunjung tiba.

Perlawanan penuh hambar tamat dengan kedudukan tanpa jaringan dan Thailand ke perlawanan akhir bertemu Vietnam.

Thailand mampu untuk melebarkan kejuaraan kepada 6 selepas muncul juara pada edisi 1996, 2000, 2002. 2014 dan 2016. King sudah kembali.

Final Piala AFF Suzuki 2020 merupakan penampilan ke-9 Thailand. Sebelum ini dalam 8 penampilan di perlawanan akhir, Thailand muncul juara 5 kali.

BACA:ย  Rating Membabi Buta Malaysia vs Vietnam