Klausa Newcastle United merupakan antara persetujuan telah dicapai oleh Cristiano Ronaldo dalam kontrak super mega lumayannya bersama kelab Arab Saudi, Al Nassr.
Laporan baharu mendakwa bahawa kontrak Cristiano Ronaldo yang sangat menguntungkan dengan Al-Nassr dari Arab Saudi mempunyai kelebihan kepada pemain itu jika Newcastle United menduduki empat teratas.
Dengan menamatkan musim 2022/23 ini ditempat empat teratas ini bermakna Newcastle United akan dapat bermain di kejohanan teragung Eropa, UEFA Champions League.
Semasa kekecohan mengenai masa depan Ronaldo semasa dia di Manchester United dan apabila dia menjadi ejen bebas, ciri-ciri dan kriteria kelab yang telah ditetapkan bintang Portugal itu adalah bermain di Champions League.
Cristiano Ronaldo reportedly has a clause in his Al Nassr contract, that would allow him to return to the Premier League…
If Newcastle finish in the Champions League spots, he can go on loan to them as they are also owned by the Saudi Arabian Public Investment Fund 👀🐐 pic.twitter.com/v5Vp9UyjNu
— GiveMeSport (@GiveMeSport) January 2, 2023
Namun Ronaldo memilih untuk pergi ke Arab Saudi bermain di AFC Champions League, jauh dari saingan kelab terkemuka Eropah, dia boleh kembali lebih awal daripada jangkaan, jika laporan daripada Marca boleh dipercayai.
Satu klausa dalam kontrak baharu Ronaldo dilaporkan menyatakan dia akan dibenarkan menyertai Newcastle United kendalian Eddie Howe secara pinjaman jika The Magpies menamatkan saingan di empat teratas dan layak ke saingan bola sepak Champions League untuk musim 2023-24.
Sepanjang 15 bulan yang lalu, mereka telah melabur dengan membawa masuk banyak pemain dan mengubah nasib kelab daripada tempat penyingkiran dan kini berada di tempat yang betul untuk kejohanan kelab utama Eropah.
The Magpies kini menduduki tempat ketiga dalam Liga Perdana, di belakang juara bertahan Manchester City, dan Arsenal yang terbang tinggi bimbingan Mikel Arteta di kedudukan tergayat. Satu pencapaian melebihi sasaran awal Newcastle.
Cristiano Ronaldo reportedly has a clause in his Al-Nassr contract to play for Newcastle United should they qualify for next season’s Champions League https://t.co/A9n52fZaOd
— Mirror Football (@MirrorFootball) January 2, 2023
Ronaldo dijangka membuat penampilan sulung untuk Al-Nassr menentang Al Ta’ee pada hari Khamis, seperti yang dilaporkan oleh Sportmail sebelum ini selepas pemain berusia 37 tahun itu terbang ke negara itu untuk pemeriksaan perubatan.
Ketibaannya mungkin bertepatan dengan satu lagi pertelingkahan dengan pihak pengurusan, kerana jurulatih Al-Nassr Rudi Garcia mendakwa bahawa dia ‘cuba menandatangani’ musuh ketat Ronaldo, Lionel Messi sebelum menandatangani bintang Portugal itu.
Peminat Saudi yang teruja melaungkan namanya dan beratur untuk membeli baju replika No 7 dari kedai kelab menjelang ketibaannya yang dinanti-nantikan ke dalam bola sepak Arab Saudi.
Jika benar klausa ini dan Newcastle United layak ke Champions League musim hadapan sudah pasti perkara ini akan memeningkan Eddie Howe melayan karenah diva yang kuat tantrum.
Cristiano Ronaldo has a clause that could let him go out on loan from Al Nassr… to Newcastle United!https://t.co/kleKQ3njJ7
— MARCA in English (@MARCAinENGLISH) January 2, 2023
Laporan daripada Marca ini terus mewujudkan teori baru bahawa perpindahan Cristiano Ronaldo ke Al Nassr ini mungkin hanya satu persinggahan atau sekadar transit sementara menunggu untuk kembali ke Premier League.
Jika Newcastle United mahu mendapatkan Ronaldo pastinya mereka tidak mampu dan mahu mengubah struktur gaji sedia ada dengan prestasi pasukan yang mengagumkan.
Dengan kehadiran Ronaldo sebagai pemain pinjaman mungkin segalanya di tanggung Al Nassr dan Newcastle United pula dimiliki oleh Dana Pelaburan Awam Arab Saudi.
Cara baru untuk mendapatkan pemain bintang dengan transit di kelab Timur Tengah yang kaya-raya lalu dipinjamkan ke kelab Eropah? Jika benar adakah manipulasi ini tidak melanggar peraturan?
🚨 There is a clause in Cristiano Ronaldo's contract at Al-Nassr that means if Newcastle qualify for the Champions League, he can go on loan there as they are owned by the Saudi Arabian Public Investment Fund. 🇸🇦
(Source: @MARCA) pic.twitter.com/OF1rxlg3dT
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) January 2, 2023
Cristiano Ronaldo memegang beberapa rekod dalam Liga Juara-Juara. Setakat ini dia adalah penjaring terbanyak sepanjang masa dalam kejohanan benua ini dengan 140 gol.
Satu-satunya yang mampu menangkapnya dalam masa terdekat ialah Lionel Messi. Juara dunia baru-baru ini mempunyai 129 gol, jadi dia hanya 11 gol di belakang dan 12 gol lagi untuk mengatasinya.
Jika Newcastle United benar-benar layak ke Champions League dan klausa ini juga wujud maka ia akan menjadi satu penambahan yang baik buat Newcastle United dengan pengalaman yang ada pada Ronaldo tapi perangainya boleh juga boleh menjahanamkan The Magpies.