Klopp: Beli Pemain Bukan Seperti Main Monopoly

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp telah tampil menjelaskan bagaimana Liverpool mendapatkan pemain di jendela perpindahan dan menyifarkan pembelian pemain bukanlah seperti permainan Monopoly.

Kenyataan ini hadir apabila terdapat penyokong Liverpool seperti penyokong pasukan yang lain tidak berpuas hati dengan Jurgen Klopp di jendela perpindahan Januari yang mereka anggap mengarut.

Dengan Liverpool kini berada di tangga keenam dalam carta Liga Perdana selepa kempen separuh musim yang tidak konsisten, ramai yang percaya mereka perlu meningkatkan lagi skuad mereka untuk menembusi empat teratas.

The Reds mengesahkan menandatangani Cody Gakpo daripada PSV Eindhoven pada petang Rabu dalam perjanjian £37 juta. Gakpo telah dikaitkan dengan Manchester United sejak musim panas.

Klopp berkata Liverpool tidak akan dapat menaburkan wang tunai di jendela perpindahan bulan ini sambil menyatakan kekecewaannya terhadap spekulasi mengenai potensi perpindahan.

Setiap kali jendela perpindahan peminat pasti anda mencadangkan supaya membeli pemain mengikut kehendak hati mereka, beli pemain itu dan ini seperti tidak perlu menggunakan wang.

“Saya kini tujuh tahun [dalam tugas Liverpool]. Perkara ini dibangkitkan dalam setiap jendela perpindahan,” katanya sebelum pertembungan dengan Brentford.

“Kami bercakap tentang perkara ini seolah-olah wang tidak akan memainkan peranan dan ia seperti ‘siapa yang peduli?’

Jurgen Klopp juga seperti kecewa dengan mereka yang tidak faham, apabila Liverpool sudah berjaya mendapatkan Cody Gakpo yang berpotensi besar dengan harga agak berbaloi mereka akan terus meminta pemain seterusnya sehingga jendela ditutup.

“Tetapi tidak pernah seperti ini di mana anda hanya boleh membelanjakan wang.”

Saya tidak mahu mengecewakan sesiapa, tetapi kami telah menandatangani pemain cemerlang seperti Gakpo dan perkara seterusnya yang anda baca ialah ‘siapa seterusnya?”

“Kami tidak boleh bermain [jendela perpindahan] seperti Monopoly. Sudah tentu, kami tidak boleh berbelanja begitu sahaja. Kami tidak boleh!”

Pengurus yang berasal dari Jerman itu menyatakan bahawa dia percaya kepada pemain yang ada dan pembelian Gakpo adalah kerana mahu mengisi kekosongan ditinggalkan Diogo Jota dan Luis Diaz yang mengalami kecederaan.

“Adalah sebahagian besar daripada falsafah saya untuk mempunyai kepercayaan dan kepercayaan dengan pemain yang anda ada.”

“Dan tidak sentiasa mempersoalkan mereka dengan memberitahu mereka bahawa kami sedang melihat pemain lain untuk kedudukan mereka.”

“Dengan Cody, ia jelas. Kami mempunyai kekosongan sekarang [dalam serangan] dan masa yang tepat. Jika kami menunggu sehingga musim panas, dia pasti lebih mahal atau orang lain akan mengambilnya. ”

Situasi Liverpool kini sama seperti musim lalu yang teruk dan tiada harapan untuk berada dalam kedudukan empat teratas pada pertengahan musim dengan pelbagai isu seperti kecederaan.

Lebih malang apabila Liverpool kehilangan Sadio Mane dan Mohamed Salah pada Januari kerana beraksi di kejohanan Piala Negara Afrika (AFCON) di mana kedua-dua pemain itu membawa negara masing-masing ke final.

Luis Diaz didapatkan Jurgen Klopp ketika itu bagi mengisi kekosongan serangan dan Klopp menaruh kepercayaan dengan skuad yang ada lalu kembali mengejar dan memaksa penentuan juara diketahu pada hari terakhir liga.

BACA:  Jurgen Klopp Jelaskan Kenapa Haaland Sangat Cocok Dengan City