Klopp Digelar Si Bodoh Kerana Mahu Mengubah Budaya Bola Sepak Inggeris

Jurgen Klopp merupakan antara pengurus yang paling lantang dalam menyuarakan pendapat dan pandangan beliau terhadap sesuatu isu.

Beliau juga sangat tidak gemar dengan sistem penyusunan jadual yang terlalu padat dengan kelab sering bermain satu perlawanan setiap dua tiga hari pada penghujung setiap tahun.

Satu ke dua musim kebelakangan ini jadual perlawanan sepertinya semakin padat memandangkan wabak pandemik banyak mengganggu perjalanan liga.

Pengurus Liverpool itu tidak takut untuk mengkritik pihak penganjur kerana jadual yang padat terutama ketika Boxing Day dan tahun baru.

Walau bagaimanapun, komen-komen beliau itu sepertinya tidak diterima dengan baik oleh dua orang penyampai terkenal dalam dunia bola sepak.

Alan Brazil dan Ally McCoist tampil memperdebatkan komen dari Klopp di studio talkSPORT, dengan kedua-dua mereka bersetuju yang pengurus Liverpool itu sebenarnya sudah ada skuad yang cukup mantap untuk berdepan jadual padat.

“Perkataan yang kamu terlepas Jurgen adalah ‘tradisi’. Berhenti ubah tradisi itu bodoh!”

“Dengan kelebihan yang kamu ada pada skuad kamu dan kekuatan yang kamu ada. Ya tuhan ku.”

Jelas Brazil.

“Saya tahu apa dia katakan, tapi kita sudah lakukan itu sejak bertahun-tahun dahulu. Itu sudah jadi sebahagian dari budaya bola sepak Inggeris.”

“Itu adalah apa yang kami lakukan. Kamu hanya perlu biasakan diri tentang itu!”

“Saya tahu dia mahu tambahan 24 jam dan physio dan petugas kesihatan dia akan mengadu pada dia, sudah tentu mereka akan lakukan itu. Tapi dia tak patut bersuara berbanding orang lain, terutama dengan skuad yang dia ada.”

“Saya boleh faham apa dia mahu katakan, walau bagaimanapun, kamu tak boleh nak lawan budaya. Budak lama bola sepak Inggeris yang sudah dilakukan bertahun-tahun. Perlawanan datang tanpa henti, kiri, kanan dan tengah. Jangan lawan itu.”

Tegas Ally McCoist.

Klopp sebenarnya sebelum ini sudah pernah menjelaskan alasan mengapa beliau sering mempertikaikan soal jadual padat.

Beliau mempertikaikan hal tersebut hanya kerana merisaukan tahap kecergasan anak-anak buahnya sahaja dan tidak mahu ada pemainnya yang dibelenggu masalah kecederaan kerana kekurangan rehat.

Beberapa pengurus lain seperti Ole Gunnar Solskjaer, Jose Mourinho, Frank Lampard turut sama bersetuju dengan Jurgen Klopp yang jadual terlalu padat tidak bagus untuk para pemain.

Musim lalu beliau makin teruk meroyan kerana skuadnya dibelenggu masalah kekurangan pemain selepas ramai pemain dari skuad utama terpaksa diketepikan kerana masalah kecederaan.

Liverpool juga pada ketika itu berdepan dengan deretan kekalahan dek kerana mereka tidak ada pemain dari skuad depth.

Namun dalam pada beliau terlalu mahu menjaga kebajikan pemainnya, ada individu lain yang merasakan beliau mahu mengubah budaya bola sepak Inggeris.

Klopp ada alasan beliau sendiri untuk bersuara, begitu juga dengan Allan Brazil dan Ally McCoist yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pengurus Liverpool itu.

Klopp pada ketika ini berjaya dapatkan apa yang beliau hajati untuk tidak bermain dua perlawanan dalam tempoh tiga hari pada penghujung tahun ini.

Namun ia bukanlah kerana pihak penganjur mendengar permintaan darinya, tetapi kerana Leeds United tidak boleh beraksi selepas kem mereka kini diserang wabak pandemik.

Beberapa perlawanan lain yang dijadualkan pada minggu ini turut ditangguhkan atas masalah yang sama dengan ramai pemain dari skuad utama disahkan positif.

Liverpool selepas ini akan turun beraksi bertemu Leicester City di King Power Stadium pada awal minggu hadapan untuk aksi dalam saingan Premier League.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Klopp Banding Trent Alexander Arnold Dengan Lionel Messi