Klopp: Ini Hanya Langkah Pertama Buat Liverpool

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan musim ini hanyalah langkah pertama buat skuad bimbingannya selepas mereka dikecewakan Manchester City dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Walaupun mencipta beberapa rekod baru musim ini, ia gagal menghalang Manchester City daripada mempertahankan trofi yang dimenangi mereka musim lalu. Kedua-dua pasukan saling bertukar kedudukan mendahului carta liga yang mana akhirnya terpaksa ditentukan dalam perlawanan terakhir.

Ini hanya langkah pertama untuk skuad Liverpool. Masih banyak langkah selepas ini !

Dalam aksi terakhir Liga Perdana Inggeris malam tadi, Liverpool menepati ramalan mengutip mata penuh selepas menewaskan Wolves 2-0 di hadapan penyokong sendiri. Walaupun Wolves menerima jolokan sebagai pembunuh gergasi, ia nyata tidak menggusarkan anak buah Klopp dan mereka tenang mengutip 3 mata penuh untuk memberi tekanan kepada City.

Brighton mendahului Manchester City buat seketika dan ia nyata memberikan kegembiraan kepada penyokong Liverpool di Anfield yang bersorak kegembiraan selepas mengetahui Brighton menjaringkan gol pembukaan.

Namun begitu, ternyata Manchester City hanya memberi harapan palsu kepada Liverpool. Sergio Aguero menyamakan kedudukan beberapa minit selepas dibolosi dan tidak lama selepas itu, giliran Aymeric Laporte pula menanduk masuk untuk gol ke-2 City.

Air mata buat peminat Liverpool tetapi air mata kegembiraan buat peminat Manchester, sama ada biru atau merah

Riyad Mahrez dan Ilkay Gundogan menambah derita Brighton dan Liverpool pada separuh masa kedua untuk kedudukan akhir 4-1. Kemenangan selesa ini melengkapkan musim yang cukup gemilang buat The Citizens dimana mereka mengutip 98 mata sekaligus mengekalkan kejuaraan liga yang dimenangi mereka musim lalu.

Liverpool pula mencipta sejarah tersendiri apabila muncul pasukan ke-3 mengutip mata paling tinggi dalam sejarah Liga Perdana Inggeris, tetapi malangnya masih tidak cukup untuk bergelar juara.

Jurgen Klopp mengakui anak buahnya sudah mencuba yang terdaya untuk menjuarai liga, tetapi apakan daya Manchester City lebih baik walaupun hanya dibezakan 1 mata. Kini tumpuan Klopp sepenuhnya terarah kepada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah yang menemukan mereka dengan satu lagi pasukan dari England, iaitu Tottenham Hotspurs.

“Orang mungkin boleh bercakap yang kami patut melakukan itu dan itu, tetapi saya tidak rasa kami mampu melakukan lebih dari sekarang.”

Ah shit. Here we go again #UCLChampion

“Ada ketika Manchester City bertuah, dan ada ketika Liverpool juga bertuah. Perkara paling penting adalah terus berada dalam persaingan liga dan percaya dengan apa yang kami lakukan.”

“Apabila lawan anda adalah Manchester City, ia adalah satu tugas yang sukar. Mereka tidak mampu membuang kami, dan kami tidak mampu membuang mereka. Untuk menduduki tempat ke-2 dalam Liga Perdana Inggeris bukanlah perkara yang saya mahu, tetapi saya ingin melihat ini sebagai langkah pertama untuk pasukan ini.”

“Kami mempunyai 3 minggu untuk bersiap bagi menghadapi Liga Juara-Juara Eropah. let’s give it a go !”

BACA:  Gerrard Terima Tawaran Rangers Untuk Bergelar Pengurus Pasukan Yang Baru