Klopp: Liga Juara-Juara Eropah Ada Dalam DNA Liverpool

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memberi amaran kepada Real Madrid pengalaman mereka bermain dalam beberapa final Liga Juara-Juara Eropah sebelum ini tidak akan melunturkan semangat pemain Liverpool.

Real Madrid berada dalam landasan terbaik untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-3 berturut-turut dan Klopp mengakui perkara tersebut mungkin memberi sedikit kelebihan kepada Los Blancos sebelum sepak mula.

Pengalaman Real Madrid beraksi di final tidak akan mengendurkan semangat pemain Liverpool

Walaupun demikian, bekas pengendali Borussia Dortmund itu berkata kedua-dua pasukan belum pernah bertemu sejak beliau mengambil alih pasukan dan rekod Liverpool di peringkat Eropah tidak boleh dipandang enteng pihak lawan.

“Pengalaman beraksi dalam perlawanan akhir sangat penting dan saya yakin beberapa saat sebelum sepak mula perlawanan itu nanti Real Madrid akan berasa lebih yakin daripada kami.”

“Tetapi itu tidak menjadi masalah kerana perlawanan tidak berakhir selepas beberapa saat tersebut. Ia hanya bermula.”

“Kami mempunyai masa 2 minggu untuk melakukan persediaan dan sekarang segalanya sudah jelas. Kami telah mengkaji perlawanan Real Madrid menentang pelbagai pasukan dan saya berkata, ‘wow, mereka sangat kuat’. Tetapi mereka belum pernah berjumpa Liverpool.”

Clash of Titans, who’s gonna win ?

“Kami adalah Liverpool. Bukan sahaja kami adalah pasukan bolasepak yang hebat, menyasarkan untuk memenangi trofi utama juga sudah ada dalam DNA Liverpool.”

“Tiada siapa sangka kami akan berada di sini hari ini, tetapi kami berjaya melangkah ke perlawanan akhir kerana kami adalah Liverpool. Kami melalui perjalanan yang cukup cemerlang dalam laluan kami ke final, termasuk menjaringkan gol terbanyak.”

“Pengalaman yang dimiliki Real Madrid merupakan satu kelebihan yang besar tetapi ketika berada dalam perlawanan, kadang kala ia tidak banyak membantu. Kami perlu memastikan Real Madrid mengharungi perlawanan yang sukar.”

“Kami tidak boleh menentang Real Madrid pada tahap sebenar mereka, tetapi dalam bolasepak taktik yang diguna pakai ketika perlawanan mampu membawa pihak lawan ke tahap pasukan anda. Dan apabila mereka berada pada tahap anda, anda mampu menewaskan mereka.”

Klopp bakal berhadapan dengan Zinedine Zidane buat kali pertama dalam karier pengurusannya dan Klopp mendakwa rekod Zidane membawa Real Madrid mara ke perlawanan akhir 3 kali berturut-turut menunjukkan beliau adalah pengurus yang berkualiti.

Klopp mengendalikan sesi latihan Liverpool di Kiev, Ukraine.

“Jika ada pihak berkata Zinedine Zidane kurang arif mengenai taktik, anda boleh kata perkara yang sama terhadap saya. Dua jurulatih berada dalam perlawanan akhir yang tidak tahu mengenai taktik – apa yang anda mahu gelar perlawanan itu nanti ?”

“Zidane merupakan antara 5 pemain terbaik bolasepak sepanjang zaman. Saya berada di Liverpool lebih lama dari beliau berada di Real Madrid, tetapi kini beliau sedang memburu trofi Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-3.”

“Ia belum pernah dilakukan lagi oleh mana-mana pengurus. Zidane merupakan pengurus yang bijak, sama seperti ketika beliau bergelar pemain.”

BACA:  Premier League 2020/21: Liverpool 0-1 Fulham