Klopp: Liverpool Masih Percayakan Salah

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp masih menaruh keyakinan terhadap Mohamed Salah selepas pemain antarabangsa Egypt itu melepaskan beberapa peluang keemasan ketika menentang Chelsea semalam.

Dalam aksi Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan Liverpool mempamerkan aksi bola sepak yang sebenar apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Pemain tengah panas, Eden Hazard terlebih dahulu membuka jaringan buat Chelsea pada separuh masa pertama apabila menerima lorongan cantik dari Mateo Kovacic untuk menewaskan penjaga gol kedua termahal dunia, Alisson Becker.

Salah sekali lagi mandul malam tadi. One season wonder ?

Ketika perlawanan seakan-akan bakal berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Chelsea, muncul Daniel Sturridge menyelamatkan keadaan. Beliau dimasukkan pada minit ke-86 menggantikan James Milner dan hanya mengambil masa 3 minit untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan lencong dari luar kotak penalti seterusnya menewaskan penjaga gol termahal dunia, Kepa Arrizabalaga.

Salah pula mengharungi perlawanan yang ingin dilupakannya secepat mungkin. Beliau dikeluarkan seawal minit ke-66 dengan Xherdan Shaqiri dimasukkan menggantikan tempatnya. Percaturan tersebut nyata membuah hasil kerana Shaqiri bertanggungjawab  melorongkan bola kepada Sturridge untuk menjaringkan gol penyamaan Liverpool.

Perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1 dan rekod seratus peratus Liverpool akhirnya terkubur di Stamford Bridge. Liverpool juga dipintas Manchester City dalam carta Liga Perdana Inggeris dengan kedua-dua pasukan memiliki 19 mata selepas 7 perlawanan.

Klopp mengeluarkan Salah seawal minit ke-66 untuk memasukkan Shaqiri

Ketika bercakap kepada sidang media selepas tamat perlawanan, Klopp enggan menyalahkan Salah sebagai punca Liverpool gagal mengutip tiga mata walaupun mengakui ia bukan perlawanan terbaik beliau.

“Ia bukan perlawanan terbaik Mohamed Salah sepanjang kariernya, saya yakin seratus peratus.”

“Dalam perlawanan seperti tadi, ia membuktikan mengapa Salah adala pemain berkelas dunia. Kadang kala anda terlepas peluang, gagal menjaringkan gol dan banyak lagi.”

“Beliau mahu menjadi lebih tajam di hadapan gol dan menjaringkan gol dalam beberapa situasi tadi. Bola pertama yang beliau terlepas berlaku kerana beliau tidak berada pada kedudukan yang tepat. Bola seterusnya, beliau melorongkan bola tersebut kepada pemain lain.”

“Ia sama seperti anda menunggang basikal. Anda tidak akan bangun pada suatu pagi tidak mengetahui bagaimana untuk menjaringkan gol atau tidak dapat menunggang basikal lagi.”

“Itulah lumrah kehidupan. Anda perlu terus berusaha untuk memastikan detik-detik seperti perlawanan tadi datang lagi. Itulah situasi yang beliau sedang hadapi sekarang. Jadi tiada masalah bagi saya.”

Tiada tarian robot dari Sturridge demi menghormati bekas kelab lamanya.

Disebalik prestasi buruk Salah kebelakangan ini, perkara sebaliknya berlaku terhadap Sturridge dimana beliau berjaya gol dalam 3 perlawanan terakhirnya.

“Sturridge berada pada tahap terbaik sepanjang saya mengenali beliau. Saya sangat gembira dengan perkembangan Sturridge.”

“Apabila beliau memasuki bilik persalinan, suasana menjadi riuh rendah. Semua pemain gembira dengan jaringan beliau.”

BACA:  Premier League 2020/21: Southampton 1-0 Liverpool