Koleksi kereta mewah Cristiano Ronaldo dirakam telah diangkut oleh syarikat penghantaran untuk dipindah keluar daripada Turin dan rakaman ini menguatkan lagi berita perpindahan Ronaldo.
Khabar angin meletus bahawa Cristiano Ronaldo dilaporkan akan meninggalkan Juventus pada penghujung musim ini jika gergasi Itali itu gagal mara ke Champions League.
Juventus kini berada ditempat kelima dan perlu menang menentang Bologna sambil mengharapkan AC Milan atau Napoli keciciran mata pada perlawanan terakhir Serie A.
#CR7 trasloca le 7 supercar dal suo garage di Torino via Roclo Cargo, azienda trasporti di Lisbona 🏎️👀
Vuol dire tutto? Vuol dire niente? 🤔
(Video @persemprecalcio) pic.twitter.com/qX9moM93mr— Giacomo Scutiero (@SCUtweet) May 17, 2021
Kemudian tersebar pula berita bahawa Cristiano Ronaldo telah dipulaukan oleh rakan sepasukannya di Juventus kerana diberikan keistimewaan dan dikecualikan dari latihan untuk pergi membeli kereta mewah.
Sebelum ini media Itali dan bekas pemain Juventus telah menyalahkan Cristiano Ronaldo atas kemerosotan pasukan The Old Lady itu sehingga terlepas kejuaraan ke-10 berturut-turut.
Dengan berita yang sangat negatif kebelakangan ini, tampak sukar untuk Ronaldo terus kekal di bandar Turin ini melainkan semua cerita itu hanya rekaan dan khabar angin media sahaja.
Cristiano leaving Juventus? The Lisbon-based company Rodo Cargo put seven of Cristiano Ronaldo’s luxury vehicles on the truck and transported them out of Turin to an as yet unknown location. pic.twitter.com/3BpttKp3D6
— The Football Index 🎙 ⚽ (@TheFootballInd) May 17, 2021
Khabar angin kepergian Ronaldo dari Itali semakin kuat apabila video rakaman menunjukkan deretan kereta mewah telah dipindahkan dari kediamannya di Turin dikeheningan pagi.
Sekumpulan lelaki terdiri daripada tiga orang telah dilih sibuk memindahkan kereta mewah Ronaldo ke dalam lori kontena untuk pada jam tiga pagi waktu Itali.
Kereta mewah telah dimuatkan ke dalam lori syarikat pengangkutan Rodo Cargo yang terkenal sebagai syarikat perpidahan barang terkenal di Portugal dan berpengkalan di Lisbon – Bandar di mana Ronaldo memulakan kariernya.
🚨🚨 Cristiano Ronaldo's cars are being loaded by a portugese moving company for transport in the middle of the night, the same way they have arrived in Turin 3 years ago. pic.twitter.com/EupGjQkrVW
— Everything Cristiano (@EverythingCR7_) May 17, 2021
Sporting Lisbon antara kelab yang dikaitkan dengan Cristiano Ronaldo yang akan tamat kontraknya bersama Juventus pada Jun 2022 dan agak mustahil untuk Sporting Lisbon membayar gaji Ronaldo.
Dolores Aveiro, ibu kepada Ronaldo sebelum ini mendedahkan bahawa beliau pernah meyakinkan Ronaldo supaya pulang ke Sporting Lisbon musim hadapan.
“Aku pernah bercakap dengan Adol supaya kembali. Tahun depan Adol akan main di Avalade (Stadium Sporting).”
Ronaldo's mother claims she will "convince him" to make Sporting Lisbon returnhttps://t.co/d8UL6AOiGt pic.twitter.com/Fp9gLhnrnY
— Mirror Football (@MirrorFootball) May 13, 2021
Ejen kepada Ronaldo, Jorge Mendes pantas menafikan berita dan harapan ibu Ronaldo bahawa pemain sensasi itu tidak akan ke Portugal.
“Cristiano amat bangga dengan kejayaan Sporting CP dan dia secara terang-terang tunjukkan apa yang dia rasa,” ujar Mendes kepada surat khabar Record.
“Tapi buat masa sekarang, perancangan kariernya tidak akan membabitkan Portugal.”
Dengan bayaran gaji teramat tinggi yang sudah pasti tidak mampu dibayar Sporting Lisbon mustahil untuk Ronaldo pergi melainkan Ronaldo sudah bersedia untuk bersara dan menerima gaji seadanya.
Cristiano Ronaldo's agent Jorge Mendes rules out fairytale return to Sporting Lisbon this summer https://t.co/vRER3HZIty
— MailOnline Sport (@MailSport) May 15, 2021
Harga untuk mendapatkan Ronaldo sangat tinggi namun dengan usianya yang semakin meningkat itu hanya pelaburan untuk jangka masa pendek bagi mengaut keuntungan dengan nilai komersil yang ada pada Ronaldo.
Antara kelab yang dikaitkan dengan Ronaldo dan mampu memenuhi gaya hidup Ronaldo ketika ini adalah Manchester United dan Paris Saint Germain nun di Perancis sana.
Adalah lebih baik Manchester United mendapatkan Harry Kane yang pasti gajinya kurang separuh daripada mendapatkan Ronaldo dan Kane mampu menyelesaikan masalah serangan United untuk jangka masa panjang.
🔙🔥 | Young Cristiano Ronaldo at Sporting Lisbon. pic.twitter.com/mUSVc6eJ79
— The CR7 Timeline. (@TimelineCR7) November 6, 2020
Ronaldo memulakan kariernya bersama kelab ibukota Portugal ini dan melakukan debut pada usia 17 tahun pada 2002, sebelum disambar Manchester United setahun kemudian.
Sebelum ini juga Timbalan Pengerusi Kelab, Pavel Neded telah mengisytiharkan bahawa Ronaldo tidak akan pergi ke mana-mana dan akan kekal di Juventus pada musim 2021-22.
“Pirlo dan Ronaldo akan kekal di Juventus,” kata Nedved kepada media Itali, Striscia la Notizia.