Komen Manchester United Tentang Isu Kezaliman Mason Greenwood

Manchester United telah memberi maklum balas berkait isu panas di media sosial tentang kedayusan Mason Greenwood terhadap kekasihnya.

Setan merah mengeluarkan kenyataan untuk memaklumkan yang mereka sedar tentang gambar serta video yang sedang tular di media sosial pada ketika ini.

United memilih untuk menolak dari membuat sebarang komen lebih lanjut tentang dakwaan tersebut sehingga fakta kes didedahkan.

Walau bagaimanapun, kelab gergasi Premier League itu tetap menegaskan yang mereka sama sekali tidak menyokong sebarang keganasan seperti apa yang dilakukan oleh Mason Greenwood.

“Kami sedar tentang gambar dan tuduhan yang sedang tersebar di media sosial pada ketika ini.”

Kenyataan rasmi dari Manchester United.

“Kami tidak akan membuat sebarang komen sehingga data lengkap didedahkan. Manchester United tidak menyokong sebarang isu berkait keganasan.”

Bahkan ada laporan yang turut menyatakan bahawa segelintir pemain Manchester United turut unfollow Greenwood di akaun media sosial mereka.

Kezaliman Mason Greenwood terhadap kekasihnya

Mason Greenwood telah mencetuskan sensasi di internet hari ini selepas kekasihnya, Harriet Robson berkongsi perangai sebenar bintang muda Manchester United itu.

Harriet Robson memuat naik story di laman instagram dengan berkongsi kesan-kesan luka, parut, lebam serta pendarahan akibat dipukul teruk oleh Mason Greenwood.

Lebih teruk lagi, gadis malang itu turut berkongsi rakaman suara yang memperdengarkan suara Greenwood memaki hamun beliau untuk mengajaknya bersetubuh.

Minta elok-elok kan boleh, kenapa nak paksa-paksa? Betul jantan tak guna kayu hijau ni kan?

Dalam rakaman suara tersebut, Greenwood meronta-ronta mahu mengajak wanita malang itu berjimak, namun Harriet Robson menolak ajakan dari lelaki dayus tersebut.

Greenwood terus menerus memaksa teman wanitanya itu untuk menutup lampu dan berjimak dengannya, dengan bunyi yang keluar seolah-olah bunyi beliau sedang benar-benar mahu mencabut nyawa kekasihnya itu.

Bintang muda Manchester United itu sejak awal muncul dalam skuad utama sememangnya sering berkongsi kisah beliau bersama kekasihnya.

Namun beliau hanya nampak seperti seorang lelaki yang terlalu dahagakan kasih sayang sahaja dan tiada siapa akan sangka beliau juga kaki pukul.

Atas padang Greenwood mungkin nampak seperti budak nerd yang senang kena buli, tapi di luar padang beliau sebenarnya sungguh buas dan liar.

Selain audio beliau memaki hamun kekasihnya untuk meminta berjimak, Harriet Robson turut berkongsi gambar-gambar kecederaan beliau kerana dipukul oleh kayu hijau.

Beliau dilihat mengalami lebam teruk di peha, betis, kaki, mata dan ada beberapa bahagian lain yang tak dapat dikenalpasti.

Lebih mengejutkan lagi, beliau turut berkongsi gambar wajahnya yang berlumuran darah kerana kedayusan Greenwood.

Muat naik Harriet Robson tular dan kini hangat dibincangkan oleh para peminat di media sosial, dengan ramai yang percaya Greenwood sepatutnya menghabiskan kariernya di penjara.

“Selalu bising nak minit permainan, pergi saja ke penjara sana, di sana kamu akan dapat lebih banyak minit permainan, dan hobi kamu memukul orang, di sana banyak mangsa untuk kamu pukul.”

“Saya dah jangka dia ni memang bermasalah, tapi saya tak fikir pula dia seteruk ini, pintu penjara sekarang terbuka luas untuk dia.”

“Bukan hanya tak dapat sertai skuad The Three Liones, saya rasa dia juga tidak akan dapat tonton Piala Dunia selepas ini.”

“Dasar budak tak matang, teruk sungguh apa yang dia buat dekat kekasih dia, kurang ajar! Biadap! Penjarakan saja pemain macam ni.”

“Dia tak layak dianggap sebagai pemain bola sepak. Dia lelaki tak guna, dayus, lelaki sampah, dia patut dihukum.”

Harriet Robson dikatakan sudah lama menjadi mangsa keganasan Greenwood dengan gambar yang dikongsi juga menunjukkan yang ia berlaku sudah lama.

Hal ini jelas sekali akan menjejaskan karier Greenwood sebagai pemain bola sepak profesional dan beliau sudah tentu akan dihukum jika didapati bersalah.

Melihat kepada gambar sahaja tidak cukup untuk menghukum kayu hijau, tetapi rakaman audio itu sudah cukup jelas untuk membuktikan yang beliau bersalah.

Beliau merupakan prospek masa hadapan Manchester United dan England dan kebodohan beliau ini sebenarnya merosakkan reputasinya sendiri.

Tidak keterlaluan juga untuk menganggap kariernya sedang benar-benar terancam pada ketika ini, dan pihak kelab juga tidak akan teragak-agak untuk tamatkan kontrak beliau.

Belum ada laporan polis yang dibuat, dan tidak pasti apa kesudahan drama Greenwood bersama kekasihnya itu, satu hal yang pasti, jika Harriet Robson mahu mendakwa bintang muda Man Utd itu, beliau dengan mudah boleh melakukan hal tersebut.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Polis Keluarkan Kenyataan Terkini Mengenai Kes Mason Greenwood