Kostas Tsimikas Dimaki James Milner Kerana Tidak Menghantar Bola Kembali

Pemain veteran, James Milner nyata naik hantu dan telah memaki pemain pertahanan baru yang dibeli oleh Liverpool, Kostas Tsimikas bagi memantapkan lagi pasukan Liverpool yang satu dunia tahu sudah mantap.

Segalanya terjadi selepas James Milner cuba bermain satu-dua bersama Kostas Tsimikas namun sayangnya pemain baru Liverpool itu tidak membuat hantaran kembali selepas Milner membuat larian.

Milner menghantar bola kepada Tsimikas dan melakukan larian kencang selaju motosikal RXZ RM70K untuk menerima kembali bola yang dihantar.

Tsimikas mungkin tidak menduga pemain veteran itu mampu melakukan larian selaju pemain muda selepas kembali dari cuti panjang.

Melihat tindakan Kostas Tsimikas itu, Milner selaku pemain veteran dan paling senior tanpa teragak untuk memaki Tsimikas.

“Kostas, parking hell!”

—-

“Kostas, tempat letak kenderaan neraka!”

Aksi satu-dua tidak menjadi dan maki hamun daripada Milner itu telah dirakam dari tepi padang nyata mengundang ketawa buat peminat Liverpool.

Nyata Milner membawa perkara itu ke media sosial apabila melontarkan komen dengan emoji yang berbentuk banter di laman Instagram Tsimikas selepas perlawanan.

Karakter Milner sentiasa saja disenangi semua termasuk peminat Liverpool dan menanggap kejadian ini sebagai sesuatu yang menghiburkan.

Kenali Kostas Tsimikas

Liverpool telah melengkapkan pembelian pemain left-back daripada Olympiacos, Kostas Tsimikas dengan ikatan kontrak jangka panjang tanpa perlu menunggu 48 jam.

Pemain antarabangsa Greece yang berusia 24 tahun memegang 3 cap bersama negaranya telah sah menjadi pemain Liverpool selepas menandatangan kontrak di Melwood.

Bersama Liverpool, Kostas Tsimikas telah diberikan nombor 21 yang akan dipakai dengan penuh bangga ketika menjulang piala yang bakal dimenangi Liverpool.

Kostas Tsimikas telah membuat senior debut bersama Olympiacos pada Disember 2015 pada usia 19 tahun dan telah membuat 86 penampilan dalam semua kejohanan.

Musim 2019/20 menyaksikan Tsimikas cemerlang membantu Olympiacos muncul juara liga dengan kelebihan 18 mata.

Tsimikas telah bermula dari kesebelasan utama dalam 27 perlawanan sepanjang kempen liga dan Olympiacos hanya bolos 16 gol dan tewas sekali dalam 36 perlawanan.

Tsimikas mempunyai pengalaman bermain di Champions League bagi musim 2019/20 dan telah beraksi dalam 12 perlawanan dari pusingan ketiga kelayakan sehingga ke peringkat kumpulan.

Olympiacos menamatkan kempen Champions League peringkat kumpulan di tempat ketiga. Olympiacos berada dalam kumpulan bersama Bayern Munich, Red Star Belgrade dan Tottenham Hotspur.

Tempat ketiga membawa Olympiacos ke pusingan kalah mati Europa League dan berjaya mencipta kebangkitan sensasi ke atas Arsenal yang lemah dan lembik dengan meraih kemenangan di Stadium Emirates.

Kempen Eropah Olympiacos tamat pada pusingan 16 terbaik apabila ditunjukkan jalan keluar oleh Wolverhampton Wanderers.

Konstantinos “Kostas” Tsimikas menjadi pemain pertama diikat Liverpool bagi memperkasakan pasukan bagi menghadapi saingan musim 2020/21 dengan harga yang dilaporkan sekitar €13 juta sahaja.

Kehadiran Tsimikas akan memberi pilihan dan saingan kepada Andy Robertson untuk musim yang mendatang memandangkan James Milner semakin berusia.

Karier Awal Kostas Tsimikas

Kostas Tsimikas dilahirkan pada 12 May 1996 di Lefkonas, Serres, Thessaloniki dan merupakan pemain pertahanan, lebih tepatnya bermain di posisi left-back (pertahanan kiri).

Karier Kostas Tsimikas bermula dengan pasukan tempatan di kampung halamannya dan pada usia 14 tahun beliau berhijrah untuk bersama pasukan AS Neapoli Thessaloniki.

Pada tahun 2013, Tsimikas telah berpindah pula ke pasukan Panserraikos dan telah menjaringkan 5 gol pada musim 2013/14.

Pada tahun 2014, Tsimikas telah menyertai Olympiacos dan membuat debut senior pada 19 disember 2019 di Super League menentang pasukan AEL Kalloni.

Selepas setahun, pada 8 disember 2016, Tsimikas telah diikat oleh kelab Denmark, Esbjerg secara pinjaman sehingga tamat musim 2016/17.

Pada 17 Februari 2017, Tsimikas telah membuat penampilan pertama bersama Esbjerg dan menjaringkan satu gol ketika menewaskan SønderjyskE Fodbold 3-0.

Tsimikas telah meninggalakn Esbjerg selepas 13 perlawanan dan kembali ke Olympiacos dan pada 30 jun 2017, Tsimikas dipinjamkan selama satu musim ke Willem II.

Musim 2017/18 menyaksikan Tsimikas menjadi pemain utama bersama kelab Belanda itu di Eredivisie dengan bermula di kesebelasan utama dalam 32 perlawanan daripada 34 perlawanan.

Tsimikas telah berjaya membawa Willem II ke separuh akhir KNVB Cup dan detik paling diingati bersama Willem II adalah jaringan tendangan basikalnya.

Willem II berjaya menewaskan FC Utrecht 3-2 dan jaringan tersebut telah diundi sebagai gol terbaik bulanan dan meletakkan namanya sebagai Eredivisie Rookie of the Month bagi bulan Mac.

Musim 2018/19, Tsimikas kekal di Olympiacos dan mula mendapat tempat dihati jurulatih, Pedro Matins. Pada penghujung musim, Tsimikas telah kehilangan tempat kepada Leonardo Koutris.

Walaupun dibangku simpanankan, pengurusan Olympiacos mempunyai kepercayaan yang tinggi kepada potensi Tsimikas dan menawarkan perjanjian baru sehingga musim panas 2023.

10 Ogos 2020 menyaksikan, Tsimikas telah berjaya menarik hati Liverpool dan menerima kontrak jangka panjang dengan nilai perpindahan €13 juta sahaja.

Klopp Sudah Lama Memantau Kostas Tsimikas

Kostas Tsimikas yang bakal menyarung jersi bernombor 21 yang pasti akan menguatkan lagi benteng The Reds ini sebenarnya telah lama berada dalam radar pemantauan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Perkara ini telah diakui sendiri Klopp selepas pembelian ini telah diumumkan secara rasmi melalui laman sesawang rasmi Liverpool.

“Kami telah lama memerhatikan Kostas dan sangat gembira beliau telah menyertai kami. Berita yang sempurna sebelum kami bersatu kembali.”

“Kostas seorang pemain bola sepak yang sangat bagus dengan sikap yang mahu menang dan bersaing dan aku sangat sukankan mentaliti beliau. Sangat padan dengan keadaan dan keghairahan yang wujud di bilik persalinan.”

Klopp juga sangat menyenangi dengan pengalaman yang ada pada Kostas Tsimikas di peringkat tertinggi.

“Kostas telah menunjukkan pada usia muda beliau mempunyai pengalaman bola sepak di negara berbeza dan melaluinya dengan baik. Beliau telah memainkan peranan yang besar dalam kejayaan Olympiacos dengan menjuarai liga musim ini dan di kempen Eropah.”

“Kostas mengetahui daripada pengalaman secara peribadi apa yang diperlukan untuk mencabar dan berjaya di peringkat domestik dan di Champions League dan cita-cita beliau mahukan yang lebih, sama seperti kami.”

Olympiacos berada dalam kumpulan bersama Bayern Munich, Red Star Belgrade dan Tottenham Hotspur di Champions League dan menamatkan saingan di tempat ketiga dan bermain di Europa League.

Di Europa League, Olympiacos menewaskan Arsenal diperingkat kalah mati sebelum tersingkir kepada Wolverhampton Wanderers dipusingan 16 terbaik.

“Kostas telah menentang lawan yang kental untuk beberapa musim ini dan melakukannya dengan baik mengharungi segala cabaran, di mana sangat sesuai dengan kami.”

“Atas sebab itu kami gembira mengetahui kami akan akan bersamanya untuk tahun mendatang. Aku sangat gembira.”

Dengan keyakinan ditunjukkan Klopp kepada Kostas Tsimikas ini, adakah seorang lagi pemain pertahanan terbaik dunia akan dilahirkan oleh Liverpool dalam beberapa tahun ini?

BACA:  Milner Terpukau Melihat Gol Berpasukan Yang Sungguh Dasyat Bertemu United