Lagu ‘You’ll Never Walk Alone’ Berkumandang Di Old Trafford Malam Semalam

Lagu tema ikonik Liverpool “You’ll Never Walk Alone” telah dimainkan di Old Trafford malam semalam dan hal itu sepertinya telah mencetuskan sensasi di internet.

The ‘Theatre of Dreams’ terpilih untuk menjadi venue dalam aksi perlawanan pembukaan saingan Womens Euro untuk aksi dalam perlawanan yang menemukan England bertemu Austria.

England berjaya menewaskan Austria 1-0 ketika beraksi di hadapan 68,000 penyokong di Old Trafford.

Ia merupakan satu atmosphere yang sungguh dasyat di stadium yang sangat ikonik dalam dunia bola sepak dan turut mempunyai sejarah yang tersendiri.

Walau bagaimanapun, telah berlaku satu insiden yang sepertinya membuatkan para penyokong Manchesterr United merasa tak gembira.

Lagu yang terkenal dengan pasukan seteru Manchester United, Liverpool berkumandang di Old Trafford dan hal itu benar-benar mengecewakan para penyokong.

Para penyokong Manchester United merasa sangat kecewa kerana lagu itu diputarkan di Old Trafford dan secara tak langsung mencetuskan suasana seperti berada di Anfield.

Video tersebut tular di media sosial dengan para peminat hangat membincangkan tentang hal tersebut.

Para penyokong Liverpool jelas sekali sangat gembira dengan hal tersebut, sementara para penyokong Manchester United pula sama sekali tidak gembira dengan hal tersebut.

“Apa yang saya saksikan ini? lagu You Never Walk Alone di Old Trafford? ia tentu sangat menyakitkan.”

“Penyokong Manchester United tentu sangat kecewa melihat hal ini. Gelanggang keramat mereka kini ditakluki oleh Liverpool.”

“Ini adalah hadiah untuk Liverpool kerana berjaya membelasah Man United sepanjang musim lalu.”

“Sebagai penyokong Man United, hal ini sememangnya benar-benar memalukan.”

Lagu tradisi itu sering dinyanyikan oleh penyokong Liverpool menjelang sepak mula sesebuah perlawanan itu.

When you walk through a storm
Hold your head up high
And don’t be afraid of the dark
At the end of a storm
There’s a golden sky
And the sweet silver song of a lark
Walk on through the wind
Walk on through the rain
For your dreams be tossed and blown
Walk on, walk on
With hope in your heart
And you’ll never walk alone
You’ll never walk alone
Walk on, walk on
With hope in your heart
And you’ll never walk alone
You’ll never walk alone

versi paling terkenal telah dirakamkan pada tahun 1963 yang lalu oleh Gerry and the Peacemakers.

Liverpool dan gergasi Scotland, Celtic merupakan dua pasukan yang sememangnya sering menyanyikan lagu tersebut.

Manchester United dan Liverpool sementara itu akan bertemu satu sama lain pada aksi pra-musim ini dengan kedua-dua pasukan sedang dalam usaha mereka untuk mempersiapkan skuad.

Kedua-dua gergasi dalam dunia bola sepak itu akan turun bertemu sesami sendiri di Stadium Rajamangala di Thailand pada 12 Julai nanti

Walau mereka hanya bertemu pada aksi pra-musim sahajam namun harus diakui yang perlawanan tersebut akan tetap menjadi antara perlawanan yang dinanti-nantikan oleh para peminat.

Para penyokong Liverpool jelas sekali sudah tidak sabar mahu menyaksikan aksi dan persembahan dari penandatanganan baru mereka, Darwin Nunez, Fabio Carvalho dan Calvin Ramsay.

Penyokong skuad setan merah pula jelas sekali sudah tidak sabar mahu menyaksikan aksi Man United di bawah kendalian Erik ten Hag.

Erik ten Hag jelas sekali sangat diharapkan akan mampu untuk memimpin dan menaikkan semula Man United yang kini semakin jauh di belakang pasukan seteru mereka.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Eriksen Dedah Situasi Membimbangkan Bilik Persalinan Man Utd