Angel Di Maria antara bekas pemain Man United yang sudah dibenci peminat. Bermula daripada insiden menganjing penyokong di Old Trafford, dan terbaru isteri dia pula mengutuk rakyat Manchester sebagai busuk.
Isteri Di Maria, Jorgelina Cardoso melabel Manchester sebagai jamban (shithole). Kebetulan penaja Manchester United pun jamban berteknologi tinggi.
Jorgelina berkata: “Ia pengalaman yang teruk. Semua ada di Manchester adalah teruk. Kami pergi ke rumah dan satu rumah, lalu berkata, ok gais, kami nak keluar dari sini. Apabila kami meninggalkan Manchester, saya cakap kepada Di Maria, pergi ke negara lain selain England.”
“Namun setahun kemudian kami berada di Manchester, sejenis jamban. Saya tak suka langsung apa apa tentangnya, tak kuasa.”
Angel Di Maria's wife calls Manchester a "s***hole" and says he only joined Utd for money https://t.co/OxT8NHtjkj pic.twitter.com/cWUBqdJ3xn
— Mirror Football (@MirrorFootball) May 6, 2020
“Perempuan mereka sekeping, skema dan pelik. Kamu berjalan di lorong dan kamu melihat, tak taulah, mereka macam nak bunuh orang. Makanan dia, ya ampun, teruk ya amat.”
“Semua gadis berhias hingga pukul sembilan, di-make up dengan sempurna dan cuma saya saja dengan rambut saya disanggul dan tanpa make-up. See my level? Kau ada SRP tak?”
Komen jelik isteri Di Maria mengundang kemarahan Gary Neville. Dia mempertahankan bandarnya, Manchester.
Namun yang kasihan adalah Di Maria yang menjadi mangsa melepas geram oleh Gary Neville. Di mana dia mengutuk Di Maria bermain dengan sangat teruk ketika di Manchester.
Gary Neville dengan tangan menggeletar berkata: “Aku tak taulah apa yang dia cuba sampaikan. Kita dengar cerita ini dari semasa ke semasa. Dia bermain seperti longkang, sepertinya Di Maria di Man United teruk nak mampus.”
🗣"He played like a drain, he was awful, he needs to have a look at his Argentinian teammates like Sergio Aguero. I'll defend my City to the hill.”
Gary Neville’s reaction to Angel Di Maria's wife’s comments about Manchester 👏 #MUFC pic.twitter.com/7c3kzAfsDO
— UnitedReds (@UnitedRedscom) May 7, 2020
“Aku punyalah meletakkan harapan yang setinggi gunung ke atas laki dia. Aku rasa seronok semacam selepas mendapat tahu kelab menandatangani pemain yang berkelas dunia. Tetapi, dia langsung tak menunjukkan kesungguhannya dari hari pertama lagi.”
“Apa yang boleh saya katakan adalah dia patut melihat ke seberang sana, dekat Sergio Aguero dan Zabaleta, peranakan Argentina yang bermain di Manchester dalam bertahun tahun lamanya dan saya tak nampak pula mereka bersungguh nak keluar dari bandar Manchester.”
Gary Neville on Di Maria at Manchester United🗣
“He was awful and I had high expectations and excitement when he came to the club thinking we were signing a top player. He was never interested from day one." pic.twitter.com/9Emy9Mxcmb
— Footy Accumulators (@FootyAccums) May 7, 2020
Seterusnya Gary Neville berpendapat, mungkin trauma selepas dirompak dahulu membuatkan isteri Di Maria terus trauma dan menyimpan persepsi buruk kepada bandar Manchester.
“Aku akan pertahankan bandar aku. Aku rasa dia ada pengalaman buruk dan kurang bernasib baik, di mana dia pernah dirompak dahulu, itu membuatkan dia terganggu secara mental.”
“Jadi, aku rasa itu yang mempengaruhi pandangan dia ke atas bandar Manchester. Sebab saya rasa ramai je orang yang baik di sini.”