Neville Busuk Hati, Ramal Arsenal Akan Tamatkan Musim Di Luar Top 2

neville sepanyol

Gary Neville dengan busuk hatinya dan killjoy apabila membuat ramalan Arsenal akan tamatkan saingan Premier League musim ini di luar kelompok dua teratas yang bermakna Arsenal tidak akan bergelar juara.

Kali terakhir Arsenal bergelar juara Premier League adalah pada musim 2003/04 dan kini sudah ada antara penyokong mereka mula memasang impian merasai gelaran juara pertama selepas hampir 20 tahun.

Manchester City keciciran mata dan Arsenal pula berjaya menewaskan Tottenham Hotspur dalam perlawanan North London Derby untuk terus menjarakkan mata kepada 8.

Gol kemenangan Arsenal diraih melalui rembatan Bukayo Saka yang membuat Hugo Lloris menepis bola ke dalam gawang sendiri dan Martin Odegaard melengkapkan kemenangan 2-0.

Bagaimanapun, menurut bekas pemain pertahanan Manchester United, Neville, Arsenal tidak akan memenangi liga malah tidak akan menamatkan saingan di tempat kedua.

Ketika ditanya sama ada Arsenal akan memenangi liga, Neville berkata:

“Tidak. Tetapi saya berkata Leicester City tidak akan memenangi liga. Mereka tidak akan memenangi liga.”

“Manchester City akan memenangi liga dan saya rasa Man Utd akan menduduki tempat kedua dan saya tahu itu akan menggusarkan peminat Arsenal!”

Neville terus berkata ia akan menjadi sensasi jika The Gunners berjaya meraih trofi Liga Perdana Inggeris. Dia menambah:

“Saya lebih suka Arsenal memenangi liga daripada Man City. Saya fikir ia akan menjadi sangat sensasi untuk Liga Perdana.”

“Saya berfikir tentang menonton Liga Perdana, kami telah melihat City menyapu bersih, selain Liverpool, sejak lima tahun lalu.”

“Untuk berfikir Arsenal boleh datang dan memenanginya, ia menjadi nilai tambah liga kita, ia menjadikan liga kita hebat.

“Saya suka Man Utd memenanginya, tetapi saya tidak fikir ia akan berlaku musim ini.”

Gary Neville kemudiannya meramalkan City akan meneruskan kemenangan yang akan membolehkan mereka menendang turun Arsenal. Dia berkata:

“Realitinya, saya fikir pada satu ketika Man City akan mula berlari. Sebaik sahaja mereka melakukannya, mereka perlu menentang Arsenal dua kali.”

“Dengan City, adakah Erling Haaland tidak mendapat perkhidmatan itu, atau adakah dia perlu melakukan lebih banyak lagi? Saya akan bertanya soalan itu.”

“Jika Erling Haaland mula bermain, jika City mula berdengung, jika pertahanan mula menyokong sedikit lebih daripada yang telah dilakukan dan mereka memerlukan Ruben Dias kembali jika boleh, saya fikir City akan memenanginya.”

Tottenham Hotspur 0-2 Arsenal

Arsenal tenang menewaskan Tottenham Hotspur dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tottenham Hotspur dengan jaringan 2-0, Spurs cuba melawan namun tiada jaringan terhasil lantaran kecemerlangan Aaron Ramsdale.

Peneraju Premier League kontemporari ini, Arsenal ternyata terlalu unggul untuk tewas dan langsung tidak mampu digugat Spurs dalam perlawanan North London Derby.

Arsenal telah menang kesemua perlawanan menentang pasukan London (London Derby) di Premier League musim ini dan mencatatkan clean sheet dalam tiga perlawanan tempat lawan.

Sejak musim lepas Bukayo Saka terlibat secara langsung dalam penghasilan gol di London Derby iaitu 11(4 gol, 7 assist). Harry Kane merupakan pemain paling banyak menjaringkan gol dalam North London Derby dengan 14 gol.

Arsenal memulakan permainan seperti biasa dengan penuh meyakinkan sesuatu dengan kedudukan mereka yang gayat teruk selaku pendahulu Premier League dengan agak selesa.

Bukayo Saka membuka tirai jaringan pada minit ke-14 selepas rembatannya dari kanan telah ditepis masuk Hugo Lloris ke gawang sendiri untuk Lloris meletakkan nama selaku penjaring gol sendiri.

Buat pertama kali dalam 354 perlawanan dalam kariernya di Premier League, penjaga gol pasukan kebangsaan Perancis itu menjaringkan gol sendiri. Gol kelakar banyak tapi ni pertama kali own goal.

Son Heung Min hampir saja menyamakan kedudukan apabila hantaran sedap Ryan Sessegnon tepat kepada Son yang hanya berdepan Aaron Ramsdale sahaja.

Sambil mentutup mata barangkali Aaron Ramsdale meluru keluar dan rembatan Son Heung Min tertampan kaki untuk meneutralkan situasi.

Pada minit ke-22, Hugo Lloris tidak lagi melakukan kesilapan yang sama ketika melakukan penyelamatan apabila menepis keluar rembatan padu luar kotak dari Martin Odegaard.

Menjadi-jadi kegarangan Arsenal, voli cantik dari Thomas Partey yang cukup segala rencah dan rasa tetapi sayang dinafikan tiang pula.

Memasuki setengah jam permainan, hampir tidak bernafas Tottenham Hotspur diperkotak-katikkan oleh Arsenal.

Bukayo Saka datang lagi dari sebelah kanan selepas menerima hantaran dari Thomas Partey yang berjaya merampas bola perlahan-lahan masuk dari tengah lalu dihantar bola kepada Martin Odegaard.

Tanpa dikawal Martin Odegaard membawa sedikit ke hadapan mencari ruang dan terus melepas rembatan rendah ke penjuru kanan dan berjaya menewaskan Hugo Lloris kali ini.

Martin Odegaard seakan mahu mengotakan kata-katanya sebelum perlawanan apabila menyatakan mereka datang ke Stadium Tottenham Hotspur adalah untuk menang.

Di masa kecederaan separuh masa pertama, Spurs cuba untuk mengurangkan defisit, hantaran cantik Pierre Hojbjerg berjaya disambut dnenga sundulan oleh Harry Kane namun dinafikan Aaron Ramsdale.

Pierre Hojbjerg telah melakukan rembatan liar dari sepakan penjuru dan telah bersimulasi ketika tersentuh William Saliba yang berada di tanah untuk penalti yang dinafikan penalti.

Menurut catatan statistik, Spurs merupakan pasukan paling banyak menjaringkan gol di separuh masa pertama dengan 27 gol. Ini bermakna 73 peratus gol Spurs datang dari separuh masa kedua (27/37).

Mampukah Spurs melakukannya dalam North London Derby ini?

Percubaan paling bahaya Spurs di separuh masa kedua melalui Ryan Sessegnon dikeluarkan Aaron Ramsdale dengan kaki selepas bermain 1-2 dengan Harry Kane.

Dejan Kulusevski pula cuba melencongkan bola namun tidak cukup lencong untuk bola masuk ke gawang. Spurs nyata garang di babak kedua.

Cubaan Edward Nketiah untuk terus mematikan perjuangan Spurs dihadang oleh Hugo Lloris. Berbaki 15 minit kegarangan Spurs semakin kendur dan Arsenal kembali menguasai.

Richarlison masuk untuk mengubah perlawanan dan berjaya melepaskan rembatan namun terlalu lemah untuk menewaskan Aaron Ramsdale dan rembatan Son Heung Min pula terbias dan sedikit melewati palang.

Tiada jaringan tambahan dari Arsenal dan telur gagal dipecahkan Spurs untuk Arsenal menjarakkan diri 8 mata di depan Manchester City.

Kekecohan tercetus selepas tamat perlawanan di mana Aaron Ramsdale ditendang penyokong Spurs dan Mikel Arteta bertukar menjadi Usain Bolt berlari bagi menghalang Xhaka dari bertumbuk.

Kesebelasan Utama Tottenham Hotspur (5-2-3) : Hugo Lloris; Doherty, Cristian Romero, Eric Dier, Clement Lenglet, Ryan Sessegnon; Pape Matar Sarr, Pierre Hojbjerg; Dejan Kulusevski, Harry Kane, Son Heung Min.

Pemain Simpanan : Fraser Forster, Emerson Royal, Davinson Sanchez, Ben Davies, Ivan Perisic, Oliver Skipp, Yves Bissouma, Bryan Gil, Richarlison.

Kesebelasan Utama Arsenal : (4-1-2-3): Aaron Ramsdale; Ben White, William Saliba, Gabriel Magalhaes, Oleksandr Zinchenko; Thomas Partey; Martin Odegaard, Granit Xhaka; Bukayo Saka, Edward Nketiah, Gabriel Martinelli.

Pemain Simpanan : Matt Turner, Kieran Tierney, Takehiro Tomiyasu, Rob Holding, Emile Smith Rowe, Matthew Smith, Marquinhos, Fabio Vieira, Albert Sambi Lokonga.

Pengadil Perlawanan : Craig Pawson

BACA:  Neville: Menang Liga Juara-Juara Eropah Dan Solskjaer Bakal Jadi Pengurus Tetap United