Legenda Man Utd Risau Kerana Ten Hag Tidak Dapat Sokongan Yang Cukup Dari Kelab

Legenda Manchester United dan sudah pastilah merupakan bekas pemain telah melahirkan kebimbangan kerana pada penelitiannya mendapati Erik Ten Hag tidak mendapat sokongan yang penuh dan mencukupi dari kelab.

Gary Neville yang merupakan penyokong dan pembela tegar Ole Gunnar Solskjaer suatu ketika dulu yang disokong penuh kelab sudah pasti dapat melihat situasi Erik Ten Hag ketika ini.

Erik Ten Hag mempunyai portfolio yang bagus ketika di Ajax dalam melahirkan pemain muda namun Manchester United adalah kelab besar dan sebuah kelab komersil yang mementingkan keuntungan.

Pada awal kedatangan Erik Ten Hag mungkin Gary Neville agak meragui apa yang mampu disumbangkan oleh pengurus Belanda itu yang mahu mengembalikan semula kegemilangan Setan Merah.

Namun selepas melihat persembahan dan corak permainan yang dipamerkan Manchester United hasil sentuhan Erik Ten Hag, Neville mula nampakkan perubahan dan kagum dengan perlawanan jelajah pra-musim United.

Gary Neville meluahkan bahawa dia berasa kecewa dengan strategi perpindahan Manchester United pada musim panas ini, dengan sasaran nombor satu Frenkie de Jong masih belum ditandatangani.

Situasi ini telah membimbangkan Gary Neville yang mula merasakan bahawa Erik Ten Hag tidak mendapat sokongan yang cukup dan sepenuhnya dari pihak kelab.

“Dia tidak disokong oleh kerja-kerja di luar padang bagi mendapatkan pemain yang dia mahukan.”

“Jika anda berkata kepada saya beberapa bulan lalu United akan mempunyai Fred dan Mctominay di bahagian tengah dan Martial di hadapan, saya akan katakan pengurus telah diberikan tugas yang cukup sukar.”

“United pada dasarnya tidak mampu mendapatkan pemain. Kegagalan lama nampaknya masih ada.”

Gary Neville sudah pasti kagum dengan apa dilakukan Ten Hag setakat ini kerana Anthony Martial kembali menjaringkan gol walaupun hanya untuk perlawanan pramusim.

Lebih ajaib lagi pemain seperti Martial dan Marcus Rashford serta pemain yang berada di padang kini sudah boleh berlari melakukan pressing. Mereka tidak lagi berat jubo.

Neville membandingkan saga Frenkie de Jong yang berlarutan dengan usaha perpindahan Jadon Sancho sebelum ini, mengulas:

“Anda kehilangan kegembiraan jika pemain berjaya diikat, ia menjadi sesuatu yang memalukan. Saya bimbang mereka masih tidak boleh mendapatkan tandatangan hingga ke sudah.”

Kemerosotan prestasi dan tidak lagi menjadi pasukan regular di Champions League telah menyukarkan Manchester United mendapatkan pemain berkualiti dan perkara ini bertambah buruk setiap tahun.

Jika ada pemain yang dikaitkan dengan Manchester United harga pasti melambung dan jika benar Manchester United berminat lagilah gila-gila harganya disusuli dengan permainan tarik tali.

Manchester United kini seperti satu magnet buat ejen bola sepak untuk menarik harga lebih tinggi untuk pemain mereka wakili.

Neville juga mempersoalkan sama ada menyasarkan pemain dari Eredivisie akan berjaya, dengan menyatakan:

“Saya agak bimbang tentang strategi itu.”

Gary Neville sebelum ini adalah pembela tegar Ronaldo yang dikatakan merosakkan perancangan pasukan namun kini lebih mementingkan masa depan kelab dan seperti telah berubah angin.

“Saya tidak pasti mereka boleh menjaringkan gol itu, jika Ronaldo berada di sana. Saya tidak pasti samada Ronaldo sesuai dengan pasukan.”

Bekas kapten Manchester United itu mula menyedari keperluan Ronaldo dalam pasukan dan menyarankan Setan Merah permudahkan urusan jika benar Ronaldo mahu keluar.

“Saya tahu peminat Manchester United mahu Ronaldo kekal. Tetapi jika Ronaldo mahu pergi, Manchester United – dalam fikiran saya – harus memudahkannya.”

Untuk kebaikan bersama terutamanya keharmonian bilik persalinan, Ronaldo perlu dilepaskan dan jika Ronaldo main taik sekalipun dia tetap pemain terbaik dunia.

“Pencapaian Ronaldo dalam bola sepak telah melangkaui apa-apa yang diingini dan dibayangkan oleh sesiapa sahaja,” kata Neville, yang bermain bersama Ronaldo semasa musim pertama pemain Portugis itu di Old Trafford.

“Ronaldo akan dinobatkan sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman dan akan terus berada diasitu. Apa yang berlaku pada musim panas ini di Manchester United akan dilupakan dalam tempoh 20 tahun.”

Dengan perangai terkini Ronaldo dan maklum balas negatif Ten Hag menyifatkan perbuatan itu tidak dapat diterima membuka jalan makin luas untuk Ronaldo keluar.

BACA:  Strategi Erik Ten Hag Dapatkan Pemain Eredivise dan Belanda Diragui Mampu Hapuskan Kesan Degil