Laluan Liverpool Untuk Menjuarai Liga Semakin Mudah

Dengan kemenangan Liverpool terhadap Bournemouth pada malam kemarin bermakna mereka kini boleh menjadi juara Liga Perdana, tanpa perlu mengutip sebarang mata lagi hingga tamat saingan Liga.

Jurgen Klopp serta kebanyakkan penyokong Liverpool mungkin sudah merasa kecewa apabila melihat Bournemouth mendahului perlawanan menerusi jaringan kontroversi Callum Wilson.

Ada yang sudah membayangkan minggu suram bakal diteruskan dan lebih sedih lagi bakal tewas dihalaman mereka sendiri Anfield.

Tetapi selepas jaringan cantik dari Mo Salah dan Sadio Mane, The Reds selesa menguasai perlawanan dan mengesahkan tiga mata untuk pasukan Liverpool.

Pasukan kendalian Jurgen Klopp kini selesa menerajui Liga Perdana dengan kelebihan 25 mata dan memerlukan 9 mata sahaja lagi untuk ditabalkan sebagai Juara.

Sekaligus mencipta rekod tidak kalah ketiga paling panjang di tempat sendiri dalam sejarah pasukan Inggeris dalam semua pertandingan.

Liverpool juga kini menjadi pasukan paling banyak menang secara berturut turut di halaman sendiri dalam aksi liga dengan 22 kemenangan secara berturut-turut.

Tiga mata yang diperoleh meletakkan Reds 25 mata selesa meninggalkan Manchester City. Anak buah Pep Guardiola akan turun bermain menentang pasukan setan merah awal pagi esok.

Selepas perlawanan Manchester Derby, Citizens akan turun menentang pasukan Arsenal pada hari Rabu nanti dan bakal berdepan Burnley Sabtu depan.

Sekiranya City tewas ketiga-tiga perlawanan itu, menjadikan mereka masih tercicir 25 mata lagi. Dan tidak memungkinkan untuk mereka mengejar Liverpool kerana jika mereka mampu untuk memenangi kesemua baki perlawanan mereka hanya sekadar mengutip 24 mata sahaja.

Jadi sekiranya City gagal mengutip sebarang mata dari tiga perlawanan itu, Liverpool sudah sah bergelar Juara Premier League musim ini.

Untuk rekod, City telah tewas dua kali kepada saingan setempat mereka United dan tidak mustahil untuk mereka tewas pada perlawanan awal pagi nanti.

Pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer tidak terkalahkan dari sembilan perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan. Dan pasukan setan merah sudah menunjukkan peningkatan positive dalam persembahan mereka sejak kebelakangan ini.

Selepas Manchester United, skuad Guardiola akan menanti saingan getir daripada Arsenal di Etihad pula.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta cukup masak dengan taktikal dan ancaman yang boleh diberikan oleh City setelah bergelar pembantu kepada Guardiola sejak beberapa musim lalu.

Arsenal pula kini tidak terkalahkan dalam 12 perlawanan terakhir liga, mereka masih belum kalah pada 2020 dan memegang rekod pasukan paling lama tidak kalah dalam liga sekarang selepas kekalahan Liverpool kepada Watford.

Hanya kemenangan sahaja akan memberikan lebih banyak peluang untuk Arsenal ke pertandingan eropah pada musim hadapan.

Sukar untuk membayangkan City tewas dalam perlawanan ini, namun di dalam bola sepak segala kemungkinan boleh berlaku. Apatah lagi dengan adanya tekanan terutama jika City tewas dua perlawanan terdahulu.

Jika perlawanan ini berakhir dengan seri dan City tewas kepada Man Utd dan Arsenal. Ini bermakna Liverpool hanya perlu menewaskan Everton di Goodison Park untuk memastikan kejuaraan.

Sekiranya City menang semua tiga perlawanan ini, Liverpool hanya perlu menang di Etihad untuk mengesahkan kejuaraan pada 5 April.

Walaupun gagal untuk memenangi Liga Perdana dengan Invincible, serta gagal untuk memenangi treble. Pasukan Liverpool masih mampu untuk mengekalkan kejuaraan Champions League mereka.

Kemarau panjang 30 tahun Liverpool menanti untuk menjulang Liga Perdana sudah sampai ke penghujungnya. Liverpool sudah hampir pasti untuk bergelar Juara, cuma perlu menunggu waktu untuk itu terjadi.

BACA:  Harvey Elliott Mengalami Kecederaan Ngeri Ketika Aksi Bertemu Leeds