Lapan Penyumbang Assist Terbanyak Eropah Musim Ini

Obses untuk menjaringkan gol kadang kala sukar untuk dikawal oleh seseorang pemain bola sepak itu sendiri. Bagi mereka yang obses untuk menjaringkan gol ini, semakin banyak gol dijaringkan semakin tinggi penghormatan mereka terima.

Tidak dapat untuk dinafikan dalam sukan bola sepak, jaringan adalah antara perkara terpenting. Main cantik, kawal bola mantap tapi gagal untuk menjaringkan gol pun tak berguna juga.

Bagi sesebuah pasukan yang berada di tahap terbaik, perhatian akan diberikan sepenuhnya kepada penjaring utama mereka. Lagi banyak pemain itu menjaringkan gol lagi meluas perhatian yang beliau terima.

Namun jika tiada pemain lain yang membantu untuk build up serangan, mana mungkin boleh menghasilkan jaringan.

Pemain handalan mana pun di dalam dunia bola sepak sudah tentunya perlukan pemain lain untuk sentiasa membantu mereka ketika dalam usaha untuk menjaringkan gol.

Kebiasaanya peminat akan memberi sepenuh perhatian kepada penjaring terbanyak bukan? Habis siapa yang nak bagi perhatian pada mereka yang berusaha keras di sebalik kejayaan jaringan itu?

ok mari kita lihat senarai lapan pemain paling banyak melakukan assist sepanjang musim ini.

1) Trent Alexander Arnold (Liverpool) = 12 assist

Arnold bermula dengan sangat cemerlang musim ini dengan begitu banyak membantu bahagian pertahanan dan serangan untuk pasukan Liverpool.

Arnold merupakan pemain pertahanan paling banyak melakukan assist dari semua pemain pertahanan yang beraksi di lima liga utama Eropah.

Beliau juga merupakan pemain kedua terbanyak melakukan assist dari semua pemain didalam aksi Liga perdana. Hebat bukan? Pertahanan muda terbaik dimiliki Liverpool.

2) Lionel Messi (Barcelona) = 12 assist

Diusia begini masih banyak lagi yang boleh dibanggakan dengan pemenang enam kali Ballon d’Or ini. Walau beliau tidak beraksi dalam lima dari tujuh perlawanan awal musim ini, Messi masih mampu untuk berada dalam senarai Penjaring terbanyak dalam aksi La Liga.

Selain hebat menjaringkan gol, Messi juga merupakan seorang pemain yang lincah dan hebat dalam merencanakan serangan. Beliau kini menduduki tempat pertama sebagai menyumbang assist terbanyak dalam La Liga.

Musim ini selain menjaringkan gol hattrick, Messi juga telah menyumbang hattrick assist dalam satu perlawanan di La Liga.

3) Luis Alberto (SSC Lazio) = 13 assist

Sudah berapa lama Luis Alberto tidak mendapat panggilan untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan Sepanyol?

Pemain midfield Kreatif Lazio ini masih belum mencapai kejayaan dalam pasukan kebangsaan beliau, kali terakhir beliau bermain bersama Sepanyol adalah pada tahun 2017 itu pun sekadar beraksi selama 15 minit ketika menentang pasukan Costa Rica.

Selepas mengalami rehat panjang akibat kecederaan, pemain berusia 27 tahun ini bangkit dengan menyumbang 13 assist untuk pasukan Lazio musim ini dan menyamai rekod terbaiknya yang dilakukan pada musim 2017/18.

4) Christopher Nkunku (RB Leipzig) = 14 assist

Jika bercakap mengenai bakat muda terbaik di zaman ini nama Christopher jarang di dengari tidak seperti Trent Alexander Arnold dan Jadon Sancho.

Tapi sebenarnya pemain ini adalah antara pemain muda terbaik musim ini. Beliau mungkin tidak mendapat perhatian kerana dibayangi oleh Timo Wener yang lebih mencuri tumpuan kerana banyak menjaringkan gol untuk pasukan.

Namun pemain muda ini sebenarnya telah melalui musim ini dengan begitu baik sekali apabila berjaya menyumbangkan 14 assist untuk Leipzig musim ini.

Antara aksi terhebat beliau adalah ketika menyumbangkan empat assist dalam satu perlawanan ketika menentang Schalke. Hebat bukan?

5) Angel Di Maria (PSG) = 14 assist

Di Maria merupakan pemain yang menunjukkan statistik yang sangat hebat tetapi tidak mendapat tumpuan kerana beraksi bersama pemain yang lebih glamour di PSG.

Walaupun Kylian Mbappe dan Neymar lebih mencuri tumpuan kerana sering menjaringkan gol untuk pasukan PSG, namun ketahuilah bahawa tanpa Di Maria yang menyumbang 14 assist mereka tidak mungkin mampu untuk terus menjaringkan gol.

Di Maria telah menyumbangkan 14 assist dari 26 penampilan di Ligue 1 dan hanya memerlukan lima lagi assist untuk memecah rekod terbaiknya. Mungkin selepas liga bersambung semula nanti beliau berjaya untuk mencapainya.

6) Thomas Muller ( Bayern Munich) = 16 assist

Tidak lama dahulu, Muller lebih dikenali sebagai seorang pemain yang banyak menjaringkan gol untuk pasukannya. Persembahan beliau kemudian dipertikaikan ramai pihak berikutan kekurangan jaringan yang dilakukan.

Namun Muller kembali menunjukkan aksi mantap beliau bersama pasukan Bayern cuma bukan lagi sebagai penjaring utama, tetapi lebih kepada pembantu dalam build up jaringan.

Musim ini beliau sudah menyumbangkan 16 assist bersama Bayern dan beliau cuma memerlukan satu lagi assist untuk memecahkan rekod peribadi yang diciptanya.

2) Jadon Sancho (Borussia Dortmund) = 16 assist

Dari 23 perlawanan, Jadon Sancho telah memecahkan pencapaian terbaik beliau pada musim lalu dengan telah terlibat dalam 30 jaringan untuk pasukan Dortmund dalam saingan Bundesliga.

Sancho kini merupakan antara pemain terbaik dalam Bundesliga. Pemain muda ini telah menyumbangkan 16 assist dan jumlah itu adalah antara yang tertinggi dicapai dalam Bundesliga musim ini.

Beliau adalah pemain muda paling banyak melakukan assist dalam semua lima liga utama eropah. Sancho mungkin akan meninggalkan Dortmund musim panas nanti tapi kemana lokasi beliau seterusnya?

1) Kevin De Bruyne (Manchester City) = 17 assist

Pemain Midfield Belgium ini telah berehat panjang musim lalu kerana mengalami kecederaan. Beliau kembali beraksi musim ini dengan mempamerkan aksi cukup mantap apabila berjaya mencatatkan 17 assist dalam saingan Liga Perdana.

Walaupun Manchester City tidak menunjukkan konsistensi seperti musim-musim sebelum ini, namun De Bruyne tetap berjaya mencuri tumpuan dengan mempamerkan aksi cukup hebat.

Beliau satu-satunya pemain yang menyumbangkan assist dalam empat perlawanan berturut-turut, sekiranya Liga bersambung semula, De Bruyne bakal memecahkan rekod peribadi terbaik yang dilakukan di Wolfsburg sebelum ini dengan mencatatkan 21 assist.

BACA:  Maksud Di Sebalik Lapan Rekaan Cincin Emas 14 Karat Oleh Adidas Untuk Raikan Ballon d'Or Messi