Barcelona telah mendedahkan alasan sensasi tentang mengapa pihak kelab begitu terdesak untuk menjual Antoine Griezmann pada musim panas ini.
Gergasi Catalan itu boleh dikatakan telah mengetuk pintu kebanyakan kelab di lima liga utama Eropah untuk menawarkan khidmat pemain mereka itu.
Bahasa mudahnya, kuasa besar La Liga itu ketika ini sedang berdepan dengan masalah krisis ekonomi dan mereka perlu melepaskan beberapa pemain pada jendela perpindahan musim panas ini untuk selesaikan masalah tersebut.
🚨 Joan Laporta “The market is starting now. Players like Griezmann have a market and there are interested clubs. With Antoine, we are delighted. If the market moves along a certain direction, we are open to everything because we are in a delicate situation” #Transfers 🇫🇷
— Reshad Rahman (@ReshadRahman_) July 22, 2021
Nama Antoine Griezmann telah diletakkan sebagai calon kegemaran untuk dilepaskan oleh pihak kelab, namun sehingga kini Barca masih gagal untuk mencari kelab yang berminat.
Memandangkan Griezmann menerima pendapatan bernilai €350,000 (£300,000) seminggu di Nou Camp, bintang berusia 30 tahun itu akan menjadi pemain pertama yang mahu dilepaskan oleh kelab pada jendela perpindahan musim panas ini.
Dari segi kedudukan ekonomi, Barca sememangnya sedar yang sangat mustahil untuk mereka kekalkan pemain attacking midfield itu.
Selain Griezmann, Barca juga hampir mustahil untuk kekalkan Lionel Messi, walaupun bintang Argentina itu sudah bersetuju untuk terima pemotongan gaji sehingga 50%.
Joan Laporta and Mateu Alemany have not denied their desire to sell Griezmann! Another saga on the way… 🔥🔥🔥 pic.twitter.com/6G9aMRcqgd
— BarçaTimes (@BarcaTimes) July 22, 2021
Dalam satu temu bual bersama media Sepanyol baru-baru ini, Presiden Barcelona, Joan Laporta mengakui bahawa melepaskan Griezmann untuk seimbangkan kedudukan ekonomi kelab adalah hal yang sangat mustahak dan perlu diutamakan pada ketika ini.
“Griezmann merupakan pemain yang ada pasaran, dengan ada kelab berminat, dan kami sedang membina skuad untuk capai tahap keseimbangan kewangan yang ditetapkan.”
Jelas Laporta kepada Mundo Deportivo.
“Namun jika pasaran berubah, kami akan buka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk meletakkan tawaran kerana kami sedang dalam usaha untuk seimbangkan kewangan menjaga financial fair play.”
NEWS | #FCB president Joan Laporta has admitted there is a “market” for Antoine Griezmann as the Catalan giants look to raise vital funds.https://t.co/BGi1N0PabA
— The Athletic UK (@TheAthleticUK) July 23, 2021
“Kerana itu juga kami perlu bercakap dengan kesemua pemain, jadi mereka semua tak akan terasa hati, dan ia juga akan membantu untuk mempercepatkan urusan.”
“Kami sedang berusaha seimbangkan dan terbuka untuk segala kemungkinan yang ada di pasaran pada ketika ini, tapi kami tak akan binasakan skuad secara kompetetif.”
Barcelona sebelum ini telah menawarkan Antoine Griezmann kepada Manchester City dalam usaha mereka untuk mengajak The Citizens membuat pertukaran pemain.
Bintang Perancis itu ditandatangani dari Atletico Madrid pada 2019 lalu dengan yuran perpindahan bernilai £100 juta dan untuk mengaut keuntungan dari penjualan semula pemain itu adalah sangat mustahil pada ketika ini.
Barcelona CONFIRM they are open to Antoine Griezmann exit as club aims to clear its enormous wage bill https://t.co/ZtSrOVkMhe
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) July 23, 2021
Ia bermaksud Barcelona perlu melakukan rundingan pertukaran pemain yang melibatkan bekas bintang Atletico Madrid itu.
Radio Catalunya telah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa bahawa Manchester City telah dihubungi oleh Barcelona untuk membincangkan tentang hal tersebut.
Barcelona telah menamakan Riyad Mahrez, Raheem Sterling, Bernardo Silva atau Aymeric Laporte sebagai empat pemain yang mereka minat.
Antoine Griezmann has now been offered to four clubs, including Tottenham and Manchester City, but the player is only considering Atlético Madrid – should he leave Barcelona at all, according to L'Équipe. https://t.co/kSWS9b0dFc
— Get French Football News (@GFFN) July 22, 2021
Pep Guardiola sementara itu telah menyatakan yang beliau tidak berminat dengan bintang berusia 30 tahun itu dan mahu kekalkan kesemua pemain itu dalam skuadnya.
Sterling dan Mahrez kebiasaannya akan bermain di posisi sayap, dan Aymeric Laporte pula merupakan nadi di posisi pertahanan bersama Ruben Dias dan John Stones.
Bernardo Silva hangat dikaitkan dengan bakal meninggalkan Manchester City pada musim panas ini walaupun beliau boleh dianggap sebagai pemain paling terkenal di Etihad Stadium.
Chelsea et City recalent Grizi https://t.co/TLrinJUOOi
— Foot Mercato (@footmercato) July 16, 2021
Ia bermaksud Griezmann sepertinya tidak mungkin akan beraksi dalam saingan premier league pada musim hadapan memandangkan tak ada kelab yang sanggup untuk menggunakan khidmatnya.
Kepulangan semula ke Atletico Madrid berkemungkinan untuk berlaku dengan Barcelona mahu menukarkan beliau dengan pemain midfield, Saul Niguez.
Griezmann pernah beraksi bersama Atletico Madrid selama lima tahun di bawah kendalian Diego Simeone dengan pengurus dari Argentina itu masih ada kepercayaan terhadap bekas pemainnya itu.
Atletico remains frontrunners to sign Griezmann, but Chelsea, Manchester City and Liverpool have been made aware that the forward is available for a "low fee".
At least two unnamed Premier League clubs have spoken to his agent in the past month. (90min) pic.twitter.com/AK3KMVUwDC
— Global Watch Football (@gwfootball_) July 17, 2021
Beliau dalam satu temu bual bersama Marca telah mendedahkan bahawa:
“Saya ada hubungan yang sangat baik, hubungan yang sangat indah atas dasar kesukanan, anak saya sendiri turut berkawan dengan anak dia.”
“Oleh yang demikian, selepas apa yang telah beliau lakukan untuk Atletico, saya mahu dia lakukan yang terbaik bersama Barcelona, dia seorang pemain yang sungguh menakjubkan.”
“Saya harap dia dapat temui semula rentak permainan dia ketika dalam saingan Euro, Piala Dunia, seperti lima tahun bersama kami. Saya tak harap benda lain selain dari mahu melihat kejayaan dia bersama Barcelona.”
“Kami sudah bercakap dengan kelab, masih ada bahagian perlu diperbetulkan dalam skuad, kami perlukan penyerang. Pemain lain akan datang kalau ia bukan Griezmann. Pihak kelab akan memutuskan apa yang terbaik untuk kelab.”
According to reports, Antoine Griezmann has now been offered to four clubs, including Tottenham and Manchester City.
Griezmann is only looking to rejoin Atletico Madrid if he were to leave Barcelona. pic.twitter.com/YjsJXvsd8J
— Sporting Index (@sportingindex) July 22, 2021
Barca sehingga kini masih belum mendaftarkan pemain seperti Aguero, Eric Garcia dan Memphis Depay ekoran dari masalah terlebih perbelanjaan mereka.
Sumber: SB