Lesen Memandu Rooney Digantung Dua Tahun Kerana Mabuk

Bekas pemain lagenda Manchester United yang kini kembali beraksi bersama kelab asalnya Everton, Wayne Rooney telah digantung lesen memandu selama dua tahun oleh mahkamah selepas memandu dalam keadaan mabuk.

Ketika ditahan oleh polis pada awal pagi 1 September lalu, Rooney memandu kereta milik seorang wanita yang beliau kenal pada malam itu. Selepas diperiksa kandungan alkohol dalam yang diambil Rooney melebihi tiga kali dari had yang dibenarkan ketika memandu.

Aku Insaf.. Foto | RTE

Pemain berusia 31 tahun itu juga diarahkan untuk menjalankan kerja kebajikan selama 100 jam selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Stockport. Rooney membuat permohonan maaf selepas hukuman dijatuhkan.

Dalam kenyataan maaf yang dibuat, Rooney memohon maaf secara terbuka kepada keluarga dan kepada seluruh warga Everton FC serta tidak lupa juga kepada setiap orang yang menyokong sepanjang kerjaya beliau sebagai pemain bola sepak.

Maafkan Aku! Foto | Daily Express

“Aku terima hukuman ini dan berharap mendapat berubah melalui kerja kebajikan”

Peguam Rooney memaklumkan kepada mahkamah bahawa Everton bakal mendenda Rooney sebanyak dua minggu gaji yang dilaporkan sebanyak £300 000 atau lebih kurang RM1.7 juta sahaja.

BACA:  Rooney Akan ke China Atau MLS