Lihat Gandingan Mantap Thiago Messi Dan Benjamin Suarez

Andai gandingan mantap Suarez dan Messi tidak cukup hebat lagi untuk pasukan Barcelona, anak-anak mereka bersedia untuk mengikut jejak langkah ayah masing-masing dan menjadi lebih baik dari itu satu masa nanti.

Thiago Messi dan Benjamin Suarez kini sedang bermain bersama pasukan Barcelona bawah lapan tahun bersama anak kepada Gerard Pique, Milan.

Gandingan mereka dalam satu pasukan sememangnya menjadi hingga pasukan Barcelona U-8 berjaya membelasah pasukan Escola Semedo 9-2.

Thiago berusia tujuh tahun, telah menjaringkan dua gol menggunakan kaki kanan, manakala Benjamin menjaringkan satu gol menggunakan kaki kiri dan meraikan jaringan dengan gaya seperti pemain Profesional.

Adakah Barcelona menandatangani Suarez untuk perancangan masa depan?

Selain menggandingkan Suarez dan Messi dalam pasukan sekarang.

Barcelona dapat juga menandatangani anaknya dan mengandingkan dengan anak Messi untuk perancangan masa depan pasukan.

Gandingan Suarez dan Messi sememangnya hebat dan banyak membantu pasukan Barcelona hingga hari ini. Dalam tempoh 15 tahun lagi mungkin anak-anak mereka akan melakukan hal sama.

Mungkin gandingan Thiago dan Benjamin boleh sampai ke tahap menjulang Liga Juara-Juara satu masa nanti, jika kesefahaman antara mereka sudah terbina dari sekarang.

Thiago dan Mateo sememangnya menunjukkan minat terhadap sukan bola sepak sama seperti Bapanya. Mereka sering mengikuti ayahnya ke pusat latihan dan menonton perlawanan Barcelona.

Ketua pasukan Barcelona memberitahu Mundo Deportivo:

“Dua anak saya yang lebih tua lebih berdedikasi, Thiago dan Mateo lebih memahami dan meminati sukan bola sepak”

“Mereka berdua akan hadir ke padang latihan, mereka akan tengok saya dan ikut berlatih”.

Tahun lalu, Messi mendedahkan bahawa anak sulungnya adalah pengkritik terbesar beliau, dan beliau selalu mengambil kritikan itu untuk diperbaiki.”

“Sangat sukar untuk menghadam serta menganalisis kekalahan dan persembahan yang buruk,tetapi anak saya(Thiago) selalu memaksa saya melakukannya, kenapa terjadi begitu? Jelaskan.”

Jelas Messi menceritakan tentang sikap anaknya yang menghiburkan beliau.

“Dia mengikuti segalanya, bertanya bermacam soalan, dan meninggalkan nota apabila saya dalam keadaan tidak baik.”

“Ya ya, saya sudah menerima kritikan itu.”

Saya harus memberi tahu dia bahawa saya sudah menerima kritikan itu dan saya akan perbaiki.

BACA:  Perseteruan Terbesar Abad Ini: Lionel Messi vs Telur