Lihat Teknik Hantaran Thiago Alcantara Yang Dianggap Terhebat Di Dunia

Thiago Alcantara memiliki kemahiran dan kepakaran dalam menghantar bola, dan sangat terhibur untuk melihatnya menjadikan teknik melorong bola itu nampak mudah untuk dilakukan.

Lihat saja bagaimana beliau melakukan satu hantaran yang luar biasa cantik ketika perlawanan antara Bayern Munich menentang Hamburg.

Assist yang luar biasa cantik dari pemain kebangsaan Seoanyol itu tular di media sosial dengan ramai yang berkongsi serta memuji kebijaksanaan beliau.

Thiago melepaskan rembatan half volley yang melencong cantik tepat kepada Frank Ribery, hantaran yang sungguh tepat menemui sasaran dengan kekuatan dan teknik yang mengagumkan.

Aksi hantaran yang sungguh memukau, jika ditonton dalam aksi gerak perlahan, ianya satu hantaran yang luar biasa, bagaimana beliau menggunakan luar kaki untuk merembat bola tepat kepada sasarannya.

Ribery kemudian membawa bola ke sudut sebelah kiri padang sebelum menghantar bola tepat kepada Joshua Kimmich yang berada di far post untuk menyumbat gol buat pasukan.

Namun bukan assist dari Ribery atau jaringan dari Kimmich yang menjadi perhatian ramai, sebaliknya hantaran awal dari Thiago yang berjaya mencuri tumpuan ramai pihak.

Thiago Alcantara kemudian meraikan jaringan tersebut bersama penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer dengan penuh kegembiraan.

Beliau turut sedar bahawa hantaran yang berjaya beliau lakukan itu sungguh luar biasa hebat dan sangat menakjubkan.

Dengan bakat luar biasa hebat yang dipamerkan seperti itu, tidak hairanlah mengapa bekas pemain Barcelona itu mempunyai kompilasi hantaran luar biasa dan digelar “mastered the art of passing.”

Selain Thiago Alcantara, seorang lagi rakan sepasukan beliau, Benjamin Pavard turut dianggap pakar hantaran dan pernah menghasilkan satu hantaran yang tercantik dalam sejarah bola sepak Jerman.

Ketika Benjamin Pavard beraksi bersama VFB Stuttgart, beliau telah mencipta satu hantaran yang dikatakan terbaik pernah dilihat dalam sejarah bola sepak Jerman.

Beraksi dalam divisi kedua saingan bola sepak di Jerman, bintang Perancis itu berjaya melakukan hantaran yang sungguh memukau pada Oktober 2016.

Menerima bola dari sudut tengah kawasan sendiri dua minit selepas perlawanan bermula, Pavard berjaya menghantar bola dengan cantik dan tepat menemui penyerang pasukannya.

Teknik yang beliau lakukan sama seperti mana beliau menjaringkan gol ketika kempen Piala Dunia dua tahun lalu, sangat memuaskan hati untuk ditonton.

BACA:  Thiago Alcantara Pamer Aksi Masterclass Bantu Liverpool 'Ganyang' Man Utd