Peminat Bengang Sanchez Tak Dapat Kad Merah Selepas Mengasari Thiago Alcantara

Para peminat tergamam dan terkejut melihat Alexis Sanchez tidak dilayangkan kad merah selepas mengasari Thiago Alcantara ketika aksi kemenangan 1-0 Inter Milan menewaskan Liverpool di Anfield awal pagi tadi.

Inter Milan berkunjung ke bumi Anfield untuk beraksi bertemu Liverpool dalam aksi leg kedua pusingan 16 terbaik saingan Champions League.

Skuad kendalian Simone Inzaghi merupakan satu-satunya pasukan yang ketinggalan dengan dua gol ketika aksi leg pertama sebelum ini.

Pengurus Inter Milan itu juga turut melakukan beberapa pertukaran dalam skuadnya hari ini berbanding ketika skuad yang tewas 2-0 di San Siro sebelum ini.

Dek kerana Edin Dzeko terlepas beberapa kesempatan untuk menjaringkan gol ketika aksi leg pertama sebelum ini, Inzaghi memutuskan untuk menurunkan Sanchez dalam kesebelasan utamanya berbanding bekas bintang Man City itu.

Sanchez nampak memberi impak yang positif pada awal perlawanan ini, dengan beliau cemerlang mencipta larian merbahaya pada aksi babak pertama permainan.

Beliau bijak mencari ruang dan mengkucar-kacirkan barisan pertahanan Liverpool, namun malangnya beliau gagal untuk menjaringkan sebarang gol.

Walau bagaimanapun, bekas bintang Manchester United itu telah melakukan kekasaran yang sangat merbahaya ke atas Thiago Alcantara dan menerima kad kuning di minit-minit akhir aksi babak pertama.

Beliau mengangkat kaki tinggi dan studs bootsnya tepat terkena kaki Fabinho.

Melihat kepada impak dari kekasaran beliau itu, ramai yang percaya pengadil perlawanan tak sepatutnya sekadar melayangkan kad kuning sahaja kepada Sanchez.

Peminat percaya Alexis Sanchez seharusnya dilayangkan kad merah atas kesalahan tersebut dan kerana itu ramai dari mereka yang menghentam pengadil kerana sekadar memberi kad kuning sahaja kepada bintang Inter Milan itu.

“Kad kuning? Kaki dia angkat dan studs dia melekat dekat kaki Fabinho. Saya tak rasa itu hanya kad kuning.”

“Macam mana bukan kad merah? Saya rasa jelas dia patut dibuang padang.”

“Walau dia tetap dibuang padang pada aksi babak kedua, tapi saya yakin dia sepatutnya dah di buang padang lagi awal.”

“Kekasaran dia buat tu betul-betul bahaya, dia boleh menyebabkan Thiago cedera parah.”

Gol padu jaringan Lautaro Martinez gagal bawa Inter ke peringkat suku akhir

Inter Milan berjaya menewaskan Liverpool di Anfield ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi leg kedua, pusingan 16 terbaik saingan Champions League awal pagi tadi.

Walau bagaimanapun, kemenangan itu gagal untuk membantu Inter Milan mara ke pusingan seterusnya, kerana secara aggregate Liverpool masih mendahului 2-1.

Gol cantik dan padu jaringan Lautaro Martinez mengesahkan kemenangan untuk Inter Milan, namun dua minit selepas beliau meledak gol, gergasi Serie A itu terpaksa bermain dengan 10 orang pemain.

Inter Milan tewas dalam aksi leg pertama di pusingan 16 terbaik saingan Champions League di San Siro sebelum ini dengan keputusan 2-0.

Mereka sudah tentu sedar yang mereka perlu mencatatkan kemenangan selesa untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

Hanya ada satu pasukan sahaja sebelum ini yang tewas di halaman pertama pada aksi leg pertama, namun berjaya comeback ketika aksi leg kedua di halaman lawan.

Pasukan tersebut adalah Manchester United yang berjaya menyingkirkan Paris Saint Germain pada tahun 2019 yang lalu.

Gergasi Itali itu berjaya mengikat kedudukan seri tanpa jaringan pada aksi babak pertama, namun mereka tak henti-henti melancarkan serangan dalam memburu gol.

Selepas bermati-matian memburu gol awal, Inter Milan akhirnya berjaya memperoleh gol pertama serta gol semangat untuk mereka comeback pada minit ke-60 permainan.

Martinez menerima bola cantik dari Alexis Sanchez, dengan beliau kemudiannya melencongkan bola untuk menewaskan Alisson Becker.

Melihat gol tersebut, para penyokong kemudiannya semakin teruja kerana mereka percaya Inter akan mampu lakukan comeback teragung untuk tewaskan Liverpool.

Beberapa minit sahaja selepas para penyokong Inter Milan rasa bersemangat untuk melihat para pemain mereka melakukan comeback, mula rasa menyerah selepas mereka terpaksa bermain dengan 10 orang pemain.

Sanchez telah dilayangkan kad merah pada minit ke-63 permainan, selepas beliau mengutip kad kuning kedua, seterusnya dibuang padang.

Beliau awalnya sudah melakukan kekasaran yang menyebabkan ramai peminat percaya kesalahan itu perlu dihukum dengan kad merah.

Sanchez walau bagaimanapun ketika itu terselamat dari dilayangkan dengan layangan lad merah, dengan beliau hanya menerima kad kuning sahaja atas kekasaran yang dilakukan terhadap Thiago Alcantara.

Walau awalnya sudah terselamat, namun beliau tetap tidak bertahan lama di atas padang dengan beliau terpaksa mandi awal selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-63 permainan.

Pemain berusia 33 tahun itu menerima kad kuning kedua kerana mengasari Fabinho ketika kedua-dua mereka bergelut untuk memenangi bola.

Sepertinya perlawanan di Anfield boleh berakhir dengan lebih menarik seandainya Sanchez tidak melakukan aksi dungu hingga menyebabkan beliau di buang padang.

Kad merah itu jelas mengganggu Inter Milan untuk melakukan comeback, apa lagi ia dilayangkan selepas beberapa minit sahaja mereka menjaringkan gol dalam perlawanan ini.

Kemenangan ini mengesahkan tempat untuk skuad Liverpool beraksi di peringkat suku akhir, dan The Reds juga sepertinya masih berada di landasan terbaik untuk memenangi quadruple pada musim ini.

Walau tewas di halaman sendiri, namun Liverpool tetap berjaya untuk mara selepas mencatatkan kemenangan secara aggregate.

Liverpool layak ke peringkat suku akhir selepas menewaskan Inter Milan 2-1 secara aggregate.

BACA:  Henry Sangkal Dakwaan Beliau Nasihatkan Sanchez Supaya Meninggalkan Arsenal