Lim Teong Kim Cabar Tunku Mahkota Johor Beri Beliau Sebuah Pasukan Untuk Dilatih

Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim (LTK) mencabar Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) supaya memberi beliau sebuah pasukan untuk dilatih, agar beliau mampu membuktikan kemampuan sebenarnya.

Selepas Tunku Mahkota Johor mempersoalkan kemampuan LTK dengan menganggap gaji yang beliau mintak terlalu tinggi, Teong Kim tampil mempertahankan dirinya dan memberi cabaran kepada TMJ.

“Sorry Tunku, apa yang kamu kata tidak benar. Kamu mempersoalkan kredibiliti dan kemampuan saya sebagai jurulatih. Saya cabar kamu berikan saya pasukan untuk dilatih,”

Tulis Lim Teong Kim di ruangan komen di Instagram.

TMJ pada hari ini ada membuat pendedahan eksklusif tentang tangan ghaib dan turut menjawab beberapa soalan berkait skuad kebangsaan Malaysia.

Dari pelbagai topik yang dibincangkan sepanjang temu bual tersebut, Tunku Mahkota Johor ada mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa Lim Teong Kim pernah meminta gaji setinggi €70,000 hingga €80,000 (RM300,000 – RM340,000) sebulan.

Tuan punya badan sendiri tidak menunggu lama untuk membidas hal tersebut, dengan beliau meninggalkan satu komen di muat naik @pemainke12_my di Instagram dengan menyatakan:

“Sorry Tunku, apa yang kamu kata tidak benar,”

Tulis Teong Kim mahu menafikan dakwaan yang dilakukan oleh TMJ.

Tidak lama selepas itu, TMJ segera masuk membalas komen LTK dengan menyatakan:

“Teong Kim, I don’t do b*******. Jadi jangan nak temberang. Pihak kewangan kami tahu berapa banyak yang kami minta,”

Balas TMJ.

“Bila saya tanya kenapa mahal sangat, awak jawab jikalau saya mampu beli Lamborghini takkan gaji tu saya tak mampu. Itu yang awak cakap. Jadi tolong, jangan nak twist.”

Dan selepas komen inilah Teong Kim masuk memberi cabaran kepada TMJ supaya memberi beliau sebuah pasukan untuk dilatih agar beliau mampu untuk membuktikan kemampuan sebenarnya.

Lim Teong Kim sebelum ini tidak pernah mengendalikan mana-mana kelab atau negara untuk pasukan senior dengan beliau lebih terkenal dengan program akar umbi.

TMJ mendedahkan yang kerana melihat LTK tidak pernah ada pengalaman menguruskan skuad senior maka permintaan gaji haruslah berpatutan demi untuk membantu bola sepak negara.

“Untuk sistem pebangunan boleh… tapi nak gaji berapa? Masa dia [Lim Teong Kim nak kerja dengan saya, dia minta 70-80 ribu euro (RM330,000-RM380,000) sebulan dan nak bawa 2-3 orang pembantu,”

Jelas TMJ ketika temu bual tersebut.

“Takkan saya nak bayar sampai begitu. Saya punya players dan ketua jurulatih pun tak sebanyak itu. Tetapi kalau betul dia nak buat pembangunan, sayang dengan bola sepak Malaysia, suruhlah dia buat dengan gaji RM20,000 – RM30,000 sebulan.”

LTK teguh dengan pendirian beliau dalam menentang komen TMJ yang menganggap beliau meminta gaji tinggi dan setakat ini cabaran beliau masih belum mendapat balasan dari Tunku Mahkota Johor lagi.

Bojan Hodak yang kenalkan Nelo Vingada kepada TMJ

Dalam temu bual yang sama, TMJ turut membincangkan tentang isu mengenai perlantikan Nelo Vingada sebagai jurulatih Harimau Malaya yang dianggap sebagai usaha yang gagal ketika Tunku Mahkota Johor memegang tampuk kepimpinan FAM pada ketika itu.

TMJ mendedahkan yang Bojan Hodak merupakan individu yang memperkenalkan Nelo Vingada kepada pengurusan FAM pada ketika itu.

“Banyak orang bangkitkan isu Nelo Vingada. Tahu macam mana saya kenal Nelo Vingada? Bojan Hodak yang memperkenalkan Nelo Vingada kepada saya ,”

Jelas TMJ.

TMJ juga turut menjelaskan yang tugas beliau ketika memimpin FAM adalah lebih kepada untuk membayar hutang-hutang yang ada dan memperbetulkan kembali perlembagaan yang ada.

“Masa itu saya punya komitmen adalah untuk menyelesaikan hutang-hutang yang ada dalam FAM dan juga untuk menukar perlembagaan.”

“Kerana pada masa itu kuasa Presiden FAM terlampau besar sangat. Jadi kami terpaksa menukar kembali perlembagaan tersebut kerana FAM bukannya pemilik liga.”

“Jadi saya tak dapat beri perhatian 100% kepada skuad kebangsaan kerana sibuk memperbetulkan sistem yang ada. Termasuk dengan hutang dan kes-kes lama,” terang TMJ panjang lebar.”

“Yang penting, perancangan tu kena jelas, visi tu kena jelas, polisi kena jelas. Itu yang paling mustahak sekali,”

Jelas TMJ lagi dalam temu bual tersebut.

Tonton temu bual penuh pendedahan eksklusif TMJ tentang tangan ghaib:

Sumber: Semuanya Bola

BACA:  Syed Saddiq: Gaji Lim Teong Kim RM 175,000 Sebulan