Lima Perkara Terpenting Sebalik Kejayaan Itali Menundukkan Turki

Ia merupakan malam yang dinanti-nantikan oleh para peminat bola sepak untuk menyaksikan sepak mula saingan Euro 2020.

Itali berjaya mencatatkan kemenangan selesa dalam perlawanan pembukaan mereka dengan menewaskan Turki 3-0.

Kemenangan itu juga merupakan kemenangan kesembilan Itali secara berturut-turut dengan keputusan clean sheet.

Kemenangan ini juga merupakan kemenangan pertama Itali dengan kelebihan lebih dari dua gol dalam sejarah saingan European Championship.

Disini kita senaraikan 5 hal terpenting sebalik kejayaan Itali menewaskan Turki dan memulakan aksi saingan Euro 2020 dengan sungguh cemerlang.

1. Gandingan Chiellini dan Bonucci

Duo centre-back Juventus yang sudah boleh dianggap berpengalaman ini memainkan peranan cukup penting dalam membantu kemenangan Itali dalam perlawanan ini.

Walau masing-masing sudah berusia 36 (Chiellini) dan 36 (Bonucci) namun mereka masih mampu bermain dengan sangat cemerlang sepanjang tempoh 90 minit permainan.

Kedua-dua kuda tua Itali itu beraksi dengan sangat cemerlang dengan masing-masing mencatatkan statistik yang sungguh mengagumkan dalam perlawanan ini.

Tackle kemas, clearance padu, man-marking, pintasan, memenangi duel, dan sentiasa jadi penggerak awal yang mencipta build up serangan.

Kedua-dua pemain ini membuktikan pengalaman yang mereka ada sangat berguna untuk skuad Itali dalam saingan Euro 2020 ini.

2. Magis yang ditunjukkan oleh pemain midfield

Skuad Euro 2020 Itali sama sekali tidak membariskan para pemain bintang atau ternama, tidak ada seorang pun dari tiga jentera serangan utama skuad yang bermain dengan โ€œbig threeโ€.

Bahkan hanya Chiellini dan Bonucci sahaja pemain beraksi bersama Juventus dalam kesebelasan utama Itali, dan mereka sendiri sudah berada di penghujung karier masing-masing.

Walau bagaimanapun, barisan pemain Itali yang tidak dibarisi oleh pemain bintang ini, masih mampu untuk mempamerkan aksi permainan yang sungguh mengagumkan, terutama di posisi midfield.

Jorginho jelas menunjukkan kemampuan beliau membuat hantaran cantik, Nico Barella jelas merupakan nadi utama bahagian tengah Itali yang tidak henti-henti menekan pemain lawan, dan Manuel Locatelli sangat cemerlang bermain di posisi yang sepatutnya dimainkan oleh Marco Verratti yang direhatkan kerana cedera.

Ketiga-tiga mereka telah mempamerkan rentak permainan yang sungguh menakjubkan dengan kombinasi sempurna serta kesefahaman yang luar biasa.

Bahagian midfield Itali tidak dinafikan sungguh menakjubkan dalam perlawanan ini. Mereka sentiasa menekan dan menghalang jentera serangan Turki.

Bahkan pemain Turki sama sekali tidak mampu berbuat apa-apa untuk melakukan serangan balas kerana midfield Itali sangat kompak di bahagian tengah.

Setiap kali mereka mahu melancarkan serangan, jentera tengah Itali tentu akan memintas dan terus memulakan gerakkan untuk melakukan serangan balas.

Gol pertama dan kedua Itali berpunca dari gerakan yang dimulakan oleh Nico Barella yang membuat key pass ke dalam kotak penalti Turki selepas mematikan serangan lawan.

Dengan kehebatan midfield seperti ini, tidak mustahil sukar untuk mana-mana pasukan menewaskan Itali dalam perlawanan ini.

3. Cubaan Turki untuk parking bas gagal

Peminat semua tentu tahu tentang teknik parking bas yang dipopulerkan oleh Jose Mourinho, yang mana pemain hanya bertahan di kawasan sendiri, dan menunggu masa sesuai untuk melakukan serangan balas.

Namun dengan hanya mempamerkan aksi bertahan dan melepaskan dua tiga pemain sahaja melakukan serangan, ia juga kadang kala akan beri impak positif kepada skuad.

Tapi tidak untuk aksi yang ditunjukkan oleh Turki awal pagi tadi, mereka bertahan dengan sangat bersepah, mahu melakukan serangan balas menggunakan pemain midfield namun tiada sokongan dari pemain lain.

Burak Yilmaz sentiasa berseorangan di atas ketika aksi babak pertama dan Cengiz Under juga melakukan hal yang sama pada aksi babak kedua permainan.

Mereka tidak melakukan serangan dengan bantuan dari pemain midfield dan serangan mereka juga tidak teratur lalu menyebabkan Itali mudah mematahkan serangan Turki dan terus melakukan serangan balas.

Turki perlu melakukan sesuatu untuk perbaiki kesilapan ini sebelum bermulanya aksi perlawanan kedua mereka nanti.

Jika mereka bermain seperti ini ketika bertemu Wales, Bale akan menghukum barisan pertahanan Turki dengan lebih teruk dan kejam.

4. Spinazzola mengagumkan semua pihak

Ketika jentera tengah Itali mencuri tumpuan dengan mempamerkan rentak permainan yang menakjubkan, pemain terbaik mereka selain Ciro Immobile yang menjaringkan satu gol dan mencatatkan satu assists adalah Leonardo Spinazzola.

Pemain pertahanan kiri itu telah mempamerkan rentak permainan yang sungguh luar biasa dan menakjubkan dalam perlawanan ini.

Pemain berusia 28 tahun itu mengawal sebelah kiri padang dengan sangat sempurna dengan mengawal atas dan bawah sepanjang perlawanan.

Pemain berkaki kanan yang bermain di posisi left-back jarang mampu untuk mempamerkan rentak permainan sehebat beliau.

Beliau berjaya melakukan tiga gelecekan yang berjaya, dan ia merupakan statistik terbaik dari kesemua pemain yang berada di atas padang.

Bahkan rembatan padu beliau merupakan pencetus kepada gol kedua yang dijaringkan oleh Ciro Immobile untuk Itali.

Antara aksi paling cemerlang beliau dalam perlawanan ini adalah ketika beliau tenang menghalang dan mengawal Cengiz Under dari mengancam gawang gol Itali.

โ€œSaya rasa dia sangat menakjubkan,โ€

Jelas Rio Ferdinand.

โ€œMan Utd bernasib baik kerana dia cedera ketika mereka bertemu Roma sebelum ini.โ€

5. Itali menepati ramalan

Itali sememangnya sudah dijangka akan berjaya untuk menewaskan Turki, namun cara mereka menang dan aksi permainan yang ditunjukkan wajar dipuji.

Roberto Mancini berjaya menyiapkan skuadnya dengan sangat baik, bahkan Alan Shearer sendiri memuji kehebatan yang ditunjukkan oleh skuad Itali dalam perlawanan ini.

โ€œMereka sangat menakjubkan dalam semua hal yang mereka lakukan hari ini.โ€

Itali mendominasi sepenuhnya aksi dalam perlawanan ini baik dari posisi pertahanan, midfield mahupun jentera serangan.

Mereka bermain mati-matian untuk mencari gol dan mengelakkan dari gawang gol mereka dibolosi, clean sheet sudah jadi satu keutamaan untuk skuad Itali.

Tanpa pemain bintang atau ternama, Itali masih tetap menjadi pasukan kegemaran untuk memenangi pertandingan ini.

Rentak permainan yang mereka persembahkan sungguh luar biasa menakjubkan, boleh dikatakan kesemua pemain Itali berjaya mencuri tumpuan peminat dengan aksi yang mereka persembahkan.

Begitulah lima ibrah atau pengajaran yang boleh kita dapat dari aksi perlawanan yang menemukan Itali dan Turki awal pagi tadi.

Ibrah tu bukanlah Ibrahimovic tetapi Ibrah adalah iktibar atau pengajaran. Kata ibrah (ุนุจุฑุฉ) berasal dari `abara โ€“ ya`buru โ€“ `abratan wa `ibratan yang pada asalnya berarti menyeberang dari satu tepi suangai ke tepi yang lain yang ada di seberangnya.

BACA:ย  Lukaku Mengidam Untuk Bermain Di Itali, Anggap Juventus Pasukan Yang Hebat