Lingard Tak Gembira Walau Berjaya Catatkan Assists Yang Sungguh Menakjubkan

Lingard tak gembira walau beliau berjaya mencatatkan assists yang sungguh cantik dan menakjubkan, ketika beraksi dalam perlawanan pembukaan saingan Champions League awal pagi tadi.

Bagaimana beliau hendak gembira, assists yang beliau cipta sebenarnya bantuan jaringan untuk pasukan lawan, seterusnya mengesahkan kekalahan 2-1 United di tangan Young Boys.

Legenda Manchester United, Cristiano Ronaldo terlebih dahulu membuka tirai jaringan untuk setan merah, selepas menyempurnakan percubaan dari Bruno Fernandes.

United walau bagaimanapun terpaksa bermain dengan 10 orang pemain, selepas Aaron Wan Bissaka dilayangkan dengan layangan kad merah pada minit ke-35 permainan.

Pemain full-back United itu dibuang padang kerana melakukan terjahan merbahaya ke atas Christopher Martins Pereira dengan Ole terpaksa mengeluarkan Sancho, dan memasukkan Dalot untuk mengisi kekosongan di posisi pertahanan.

Pada aksi babak kedua permainan, Young Boys dilihat semakin bernafsu dan bersemangat untuk mencari gol penyamaan, dan bertekad untuk memanfaatkan kelebihan bermain dengan 11 orang pemain.

United jelas tertekan dengan asakan bertali arus yang dilacarkan oleh gergasi Switzerland itu, dengan mereka hanya sekadar mampu bertahan sahaja sepanjang aksi babak kedua permainan.

Nicolas Moumi Ngamaleu kemudiannya berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk Young Boys mengikat United 1-1 pada minit ke-66 permainan.

Meschak Elia melakukan hantaran lintang dari sudut sebelah kanan, dengan Ngamaleu berjaya menewaskan Varane untuk memenangi bola, seterusnya memastikan gol penyamaan untuk Young Boys.

United kemudiannya melakukan beberapa pertukaran, dengan ramai peminat yang keliru apa taktikal yang mahu Ole pakai dengan pertukaran yang beliau lakukan.

Young Boys kemudiannya terus menerus mengasak kubu United dalam usaha mereka untuk mencari gol kemenangan, namun kesemua percubaan tersebut berakhir dengan kegagalan.

Melihat Young Boys gagal untuk menyerang, Lingard bermurah hati mahu membantu pasukan tuan rumah untuk menjaringkan gol penting, seterusnya mengesahkan tiga mata untuk mereka.

Lingard memerhatikan sekeliling beliau sudah di kawal, namun beliau nampak De Gea berkeseorangan di bawah, dan mahu menghantar bola mencari penjaga golnya itu.

Namun entah apa yang merasuki bintang England itu, berbanding menghantar bola terus ke arah De Gea, beliau memilih untuk melakukan hantaran terus mencari Jordan Siebatcheu yang berada berhampiran kotak penalti.

Dari sudut pandangan pasukan tuan rumah, hantaran Lingard itu sangat berkualiti dan mereka sebenarnya hilang sentuhan secantik itu sepanjang aksi perlawanan tersebut.

Namun begitu, Lingard sama sekali tidak meraikan kejayaan beliau melakukan hantaran yang super cantik itu, kerana gawang yang dibolosi bukan gawang Young Boys, namun gawang golnya sendiri.

Kesilapan dungu Jesse Lingard sebenarnya telah mengakibatkan skuadnya tewas dan berada di kedudukan tercorot dalam saingan kumpulan F.

Sementara Young Boys yang awalnya dijangka akan jadi santapan rohani penunggu dalam kumpulan F berada di kedudukan pertama di atas Atalanta dan Villarreal.

Atalanta dan Villarreal turun beraksi pada hari ini, selepas tamat aksi pertemuan antara Manchester United bertemu Young Boys.

Skuad setan merah tentunya mahu melupakan aksi kekalahan memalukan di tangan Young Boys ini, dengan mereka selepas ini bakal kembali beri tumpuan ke aksi saingan Premier League.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu bakal berkunjung ke London Stadium untuk bertemu West Ham, dalam usaha mereka memburu tiga mata untuk mengukuhkan kedudukan di puncak saingan Liga.

United ketika ini berada di kedudukan pertama dalam carta liga, dengan mengumpul kutipan mata dan jumlah jaringan yang sama dengan Chelsea dan Liverpool.

Lingard sepertinya bakal sekali lagi menjadi sahabat karib kerusi simpanan dek kerana beliau telah melakukan kesilapan dungu yang menyebabkan skuadnya tewas.

Andai beliau benar-benar diketepikan, berkemungkinan besar pemain kebangsaan England itu bakal meninggalkan kelab pada jendela perpindahan Januari nanti, atau pada penghujung musim selepas kontraknya tamat.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jesse Lingard: Lemau Di Old Trafford, Hero Bersama England