Lionel Messi Dedah Pemain Paling Beliau Kagumi

Terlalu banyak kisah tentang pemain lain berkongsi kekaguman dan gerun bila berdepan pemain sehebat Lionel Messi.

Tetapi sebenarnya, pemenang enam kali gelaran Ballon d’or itu juga ada merasa hal sama ketika bertemu pemain yang beliau minati.

Sebelum ni boleh dengar kisah-kisah pemain handalan lain seperti Robertson berkongsi detik beliau menghadapi Messi dalam perlawanan Liverpool menentang Barcelona.

Ada juga kisah seperti Coutinho sendiri berdebar bertemu Messi dipadang latihan dan berasa bangga dapat beraksi bersama pemain terhebat dunia itu.

Tetapi, pernahkah Messi mengalami situasi yang sama?

Terdapat satu kisah yang dikongsi oleh Messi sendiri tentang perasaan beliau apabila ada seorang pemain yang beliau kagumi sertai Barcelona.

Pemain yang Messi maksudkan adalah legenda terhebat Premier League, Thierry Henry.

Henry menyertai Barcelona pada tahun 2007 dengan nilai perpindahan €24 juta. Beliau merupakan pemain penyerang yang begitu digeruni pada ketika itu.

Messi baru berusia 20 tahun ketika ketibaan legenda Arsenal itu ke kem Barcelona. Beliau berkongsi apa yang dirinya rasa ketika mula-mula berdepan dengan pemain kebangsaan Perancis itu.

“Hari pertama beliau masuk ke bilik persalinan, saya tidak berani untuk tengok muka dia sekali pon.”

Kata Messi kepada L’Equipe.

“Saya tahu segala pencapaiannya ketika beraksi di England. Saya selalu mengagumi dia dan tiba-tiba kami dalam satu pasukan yang sama. Apa yang saya rasa terhadap Titi mungkin saya terlalu mengagumi dia.”

“Saya suka Henry. Dia mempunyai daya penyudah yang tajam, beliau dengan mudah menjumpai jaring gol dan tamatkan permainan. Dan reaksi serta gaya beliau nampak sungguh semula jadi.”

“Perjalanan karier beliau, cara beliau menggelecek, kelajuan dia, penyudah dia dan segala yang dilakukan oleh dia dalam bola sepak mengagumi saya.”

Messi dan Henry turut membina keserasian dan kesefahaman yang hebat di dalam padang.

Gandingan mereka pernah membawa pasukan Barcelona memenangi treble pada musim 2008/09 dibawah kendalian Pep Guardiola.

Kalau ada yang perasan, Messi antara pemain yang tidak akan meminta untuk menukar jersi antara pemain selepas tamat perlawanan.

Tetapi beliau pernah meminta jersi seorang pemain yang turut dikagumi olehnya dan mungkin beliau mahu simpan sebagai koleksi peribadi.

Messi kebiasaannya akan bertukar jersi dengan pemain lawan yang berasal dari Argentina. Atau dia akan bertukar jersi dengan pemain yang benar-benar mahukan jersinya.

Tetapi hal itu tidak berlaku di awal kariernya, Messi pernah bertemu seorang pemain selepas tamat perlawanan semata-mata untuk mendapatkan jersi pemain itu.

Dalam sesi temu bual yang sama, Messi turut mendedahkan beliau pernah meminta untuk menukar jersi dengan seorang lagi pemain Perancis yang pernah memenangi Piala Dunia.

Pemain itu adalah Zinedine Zidane. Messi berkongsi pernah bertemu Zidane dan meminta jersinya.

“Saya bukan jenis pemain yang akan meminta untuk menukar jersi. Tapi saya pernah minta sekali, sekali saja. Saya pernah meminta untuk menukar jersi dengan Zidane.”

Jelas Messi berkongsi kegembiraan beliau bertemu Zidane.

“Saya tidak akan meminta jersi. Jika ada pemain Argentina dalam kalangan pemain lawan, saya akan bertukar jersi bersama mereka.”

“Jika tiada pemain Argentina, saya akan bertukar jersi dengan pemain yang benar-benar mahukan. Jika tiada maka saya tidak akan mencari atau meminta.”

Nampak Messi pon manusia biasa dan ada pemain yang dia kagumi juga. Zidane dan Henry antara pemain yang sangat Messi kagumi.

Kalau pemain zaman sekarang, dapat bertukar jersi dengan Messi merupakan satu kenangan terindah untuk mereka.

BACA:  Messi Jerit Kepada Yerry Mina Supaya Menari Selepas Gagal Jaringkan Penalti