Lionel Messi Dihentam Teruk Oleh Peminat Kerana Gagal Sempurnakan Sepakan Penalti Bertemu Real Madrid

Lionel Messi dihentam teruk oleh para peminat di media sosial selepas kegagalan beliau menyempurnakan sepakan penalti ketika aksi bertemu Real Madrid awal pagi tadi.

Para peminat bahkan turut menganggap yang karier Messi sebenarnya sudah sampai ke penghujungnya dan beliau bukan lagi pemain terhebat dunia seperti dirinya yang dahulu.

PSG dan Real Madrid menamatkan aksi babak pertama dengan kedua-dua pasukan gagal untuk menjaringkan sebarang gol dalam aksi perlawanan yang dilangsungkan di Parc des Princes itu.

Walau bagaimanapun, skuad kendalian Mauricio Pochettino itu berpeluang untuk menjaringkan gol pendahuluan pada aksi babak kedua selepas mereka dihadiahkan sepakan penalti.

Daniel Carvajal telah menjatuhkan Kylian Mbappe di dalam kotak penalti, dengan pengadil perlawanan segera menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah.

Messi tampil untuk mengambil sepakan penalti tersebut, namun sayangnya bola lemah rembatan beliau berjaya diselamatkan oleh Thibaut Courtois.

Kesilapan dungu pemenang tujuh kali anugerah Ballon D’or itu hampir saja menyebabkan PSG gagal mencatatkan kemenangan dalam perlawanan ini.

Mujur saja Kylian Mbappe berjaya juga meledak gol pada minit akhir permainan, untuk memastikan Paris Saint Germain menewaskan Los Blancos 1-0.

Messi teruk dihentam oleh peminat di media sosial kerana mensia-siakan sepakan penalti tersebut, dengan ramai peminat yang percaya kariernya kini sudah sampai ke penghujungnya.

“Adakah Messi sekarang merupakan bayang-bayang kepada Messi yang dulu?”

“Satu-satunya pemain yang menonjol adalah Kylian Mbappe. Berharap ada sentuhan magis dari Messi, tapi dia lebih kepada bayang-bayang dirinya sendiri.”

“Messi yang kini berada di hujung kariernya itu sepatutnya bagi Mbappe sempurnakan sepakan penalti itu.”

“Messi benar-benar sudah habis, batalkan saja kontrak dia, dia dah tak berguna, karier dia habis lebih awal berbanding Cristiano Ronaldo.”

“Saya rasa macam Messi ditenggelamkan sepenuhnya oleh Kylian Mbappe, dia main sangat teruk sampai penalti pun seteruk itu. Memalukan.”

Highlights Champions League: PSG 1-0 Real Madrid

Real Madrid berkunjung ke Parc des Princes untuk beraksi bertemu Paris Saint Germain di pusingan 16 terbaik saingan Champions League.

Paris Saint Germain mara ke pusingan 16 terbaik selepas mereka berjaya muncul sebagai Naib Juara peringkat kumpulan A di belakang Manchester City.

Sementara Real Madrid pula mereka mara ke pusingan kalah mati selepas mara sebagai Juara kumpulan D.

Bermain di halaman sendiri dan ditambah dengan sedang berada di tahap persembahan terbaik skuad, PSG jelas sekali dianggap pasukan kegemaran untuk mencatat kemenangan dalam perlawanan ini.

Lima minit pertama dalam perlawanan ini, PSG nampak lebih dominan dengan mereka turut cemerlang melancarkan beberapa siri serangan ke kubu Real Madrid.

The Los Blancos turut berjaya mencipta peluang, namun gerakan mereka gagal untuk sampai ke kawasan final third dan terlalu mudah untuk diuruskan oleh barisan pertahanan PSG.

10 minit pertama PSG masih lagi dominan dengan mereka turut memiliki beberapa peluang untuk memperoleh gol awal.

Real Madrid masih bergelut dengan masalah sama yang mana bola tak sampai ke kawasan final third dan terlalu mudah dipintas oleh barisan pemain PSG.

Sepanjang 20 minit permainan berlangsung, Kylian Mbappe merupakan pemain terbaik perlawanan dan paling banyak bagi masalah kepada barisan pertahanan Real Madrid.

PSG masih lagi dominan dan turut memiliki beberapa kesempatan untuk menghasilkan gol awal namun sayangnya gagal dimanfaatkan.

Real Madrid kali ini jangan kata final third, nak pastikan bola sampai ke tengah pun dah susah.

30 minit perlawanan berlangsung masih tak nampak tanda-tanda Real Madrid mampu atasi PSG dengan pasukan tuan rumah masih terlalu dominan.

Satu-satunya peluang Real nak lepas ke kawasan D PSG adalah menerusi sudut sepakan percuma, tapi itu pun sangkut kena pintas dengan pemain pasukan tuan rumah.

40 minit permainan berlangsung, PSG masih dominan dan beberapa kali peroleh peluang untuk menjaringkan gol, namun malang sekali jentera serangan mereka agak tumpul.

Real Madrid masih sama dari awal permainan, masih gagal untuk bawa bola masuk ke kawasan final third.

Aksi babak pertama tamat dengan kedudukan masih terikat tanpa jaringan walaupun pasukan tuan rumah sebenarnya terlalu mendominasi permainan.

Masuk aksi babak kedua PSG masih lagi dominan dan Real Madrid kekal bergelut untuk melancarkan serangan.

Minit ke-60, Kylian Mbappe telah dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Daniel Carvajal dan pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada PSG.

Lionel Messi tampil mahu menyempurnakan sepakan penalti tersebut, namun malang untuknya kerana beliau gagal untuk menjaringkan gol dari sudut sepakan penalti itu.

Masuk minit ke-75 PSG semakin mendominasi permainan dan semakin kerap melancarkan serangan bahaya ke kubu Real Madrid.

Pasukan pelawat sementara itu masih gagal untuk mencipta sebarang peluang, dan mereka sekadar bernasib baik gawang gol mereka tak dibolosi.

Lima minit sebelum masa sebenar permainan tamat, pasukan tuan rumah masih selesa mendahului permainan, namun usaha mereka mencari gol pendahuluan masih buntu.

Selepas mengharungi 90 minit permainan, kedua-dua pasukan masih gagal untuk menjaringkan sebarang gol, namun PSG masih tetap mendominasi permainan.

Ketika Real Madrid merasakan mereka bakal pulang dengan keputusan seri tanpa jaringan, PSG dengan tiba-tiba berjaya merobek gawang gol mereka di minit ke-94 permainan.

Kylian Mbappe akhirnya berjaya memecah kebuntuan dengan beliau cemerlang meledak gol solo yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Gol tersebut berjaya menjadi gol kemenangan untuk Paris Saint Germain selepas perlawanan tersebut tamat dengan kemenangan 1-0 berpihak kepada pasukan tuan rumah.

Kedua-dua pasukan akan sekali lagi bertemu pada 10 Mac nanti untuk aksi leg kedua pusingan 16 terbaik saingan Champions League di Santiago Bernabeu.

Bekalan satu gol jelas sekali bukanlah bekalan yang selesa untuk Paris Saint Germain namun ia sudah cukup untuk menambah semangat mereka berkunjung ke halaman lawan nanti.

PSG XI (4-3-3): Donnarumma 6; Hakimi 6.5, Marquinhos 6, Kimpembe 6, Nuno Mendes 6; Paredes 6.5, Danilo Pereira 6 (Gueye 87, 6), Verratti 7; Di Maria 6.5 (Neymar 73), Messi 6, Mbappe 8

Pemain Simpanan: Navas, Icardi, Dagba, Wijnaldum, Kurzawa, Herrera, Diallo, Draxler, Kehrer, Simons

Penjaring: Mbappe (90+4)

Kad Kuning: Kimpembe, Verratti, Danilo, Paredes

Pengurus: Mauricio Pochettino 6.5

Real Madrid (4-3-3): Courtois 9; Carvajal 7 (Vazquez 72, 6), Militao 6.5, Alaba 6.5, Mendy 6.5; Casemiro 6.5, Kroos 6.5, Modric 7 (Valverde 82, 6); Asensio 5 (Rodrygo 72, 5), Benzema 6 (Bale 87, 6), Vinicius Jnr 6 (Hazard 82, 5)

Pemain Simpanan: Nacho, Marcelo, Lunin, Jovic, Ceballos, Isco, Camavinga

Kad Kuning: Militao, Mendy, Casemiro, Rodrygo

Pengurus: Carlo Ancelotti 6.5

Pengadil: Daniele Orsato 7

Sumber: SPORTbible

BACA:  Tindakan Rakitic Memuat Naik Gambar Messi Dikecam Peminat Barcelona