Liverpool Berpeluh Untuk Singkirkan Nottingham Forest Dari Saingan FA Cup

Skuad kendalian Jurgen Klopp berjaya menewaskan Nottingham Forest 1-0 dalam aksi di peringkat suku akhir saingan FA Cup awal pagi tadi.

Perlawanan yang dilangsungkan di City Ground itu nampaknya sangat sengit dengan hanya satu gol sahaja berjaya dihasilkan.

Liverpool lebih dominan dalam perlawanan ini dengan mereka secara keseluruhannya berjaya mencipta tujuh percubaan tepat sepanjang 90 minit permainan.

Walau memiliki tujuh percubaan tepat, namun Liverpool hanya mampu sekali sahaja untuk menewaskan Ethan Horvath yang turut beraksi sangat cemerlang dalam perlawanan ini.

Nottingham Forest juga sememangnya beraksi dengan sangat baik dalam perlawanan ini, dan kerana itulah Liverpool nampak bergelut untuk menjaringkan gol.

The Reds bahkan hampir sahaja untuk jadi pasukan ketiga dari saingan Premier League musim ini, yang disingkirkan oleh Nottingham Forest selepas mereka sebelum ini berjaya menyingkirkan Arsenal dan Juara bertahan, Leicester City.

Diogo Jota berjaya menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan ini pada minit ke-78 permainan, selepas beliau tenang menguis bola hantaran cantik dari Kostas Tsimikas.

Pemain full-back Liverpool itu menghantar bola cantik ke dalam kotak penalti mencari Diogo Jota yang sudah sedia menanti untuk merobek gawang pasukan tuan rumah.

Pemain kebangsaan Portugal itu kemudiannya menguis bola hantaran dari Kostas Tsimikas, untuk meledak gol kemenangan Liverpool dalam perlawanan ini.

Pemain pasukan Nottingham Forest kemudiannya membantah gol tersebut kerana mendakwa Diogo Jota berada di kedudukan offside.

Selepas semakan VAR, Jota tidak berada di kedudukan offside dan gol tersebut disahkan oleh pengadil perlawanan.

Liverpool selepas ini akan turun beraksi bertemu Manchester City di peringkat separuh akhir dan ia tentunya bakal menjadi perlawanan yang sangat menarik untuk disaksikan.

Klopp sebelum ini tak begitu berminat untuk memenangi Piala FA atau Piala Carabao dengan beliau kebiasaannya tidak akan menurunkan skuad utamanya dalam perlawanan di pertandingan tersebut.

Namun pada musim ini, beliau nampak sedikit berminat dan hasilnya beliau berjaya membimbing The Reds untuk menjuarai saingan Carabao Cup selepas menewaskan Chelsea dalam aksi penentuan sepakan penalti.

Jurgen Klopp semakin bersungguh untuk memenangi Piala FA, kerana beliau sedar yang Liverpool pada musim ini berpotensi untuk memenangi semua pertandingan yang mereka sertai.

Selepas menjuarai Carabao Cup, Liverpool kini sudah berjaya layak ke peringkat separuh akhir FA Cup, suku akhir Champions League dan mereka hanya satu mata sahaja dipisahkan dari Man City untuk merebut gelaran Premier League.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu akan turun beraksi bertemu Manchester City di Etihad pada 10 April nanti, dan perlawanan tersebut dianggap penentu untuk menentukan siapa bakal menjuarai saingan liga musim ini.

Namun sebelum memberi tumpuan untuk aksi bertemu Man City, Liverpool perlu berkunjung ke Portugal terlebih dahulu untuk beraksi bertemu Benfica pada 6 April nanti.

Satu hal yang menarik, seandainya kedua-dua Liverpool dan Man City menang, mereka berpotensi untuk bertemu dalam aksi perlawanan akhir saingan Champions League musim ini.

Perseteruan Liverpool dan Man City kini nampaknya berlaku di mana-mana dan ia membuktikan mereka merupakan pasukan terbaik yang ada dalam dunia bola sepak hari ini.

NOTTINGHAM FOREST: (4-4-1-1) Horvath 7; Spence 6, Worrall 7, Figueiredo 7, Colback 6 (Silva 90mins 6); Lolley 6 (Cafu 64mins 6), Yates 6, Garner 7, Johnson 7; Zinckernagel 6 (Mighten 76mins 6); Davis 7 (Surridge 76mins 6).

Penjaring: –

Kad Kuning: –

STEVE COOPER: 7

LIVERPOOL: (4-3-3) Alisson 6; Gomez 7, Konate 8, Van Dijk 6, Tsimikas 7; Oxlade-Chamberlain 6 (Diaz 63mins 6), Fabinho 6 (Alcantara 63mins 6), Keita 6 (Henderson 63mins 6); Jota 6, Firmino 5, Elliott 6 (Minamino 63mins 6).

Penjaring: Jota 78

Kad Kuning: Gomez

JURGEN KLOPP: 7

Pengadil: Craig Pawson 6

BACA:  Klopp Berang Dan Tinggalkan Temubual Selepas Kalah Bermaruah Kepada United