Liverpool Dan Chelsea Pamer Aksi Perlawanan Akhir Yang Sungguh Luar Biasa Dasyat

Liverpool dan Chelsea berjaya mempamerkan aksi perlawanan akhir yang sungguh luar biasa dasyat dan mengagumkan awal pagi tadi.

Tidak keterlaluan untuk katakan agak rugi untuk para penyokong kedua-dua pasukan yang terlepas menonton perlawanan yang sangat menghiburkan itu.

Walau perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dan pemenang hanya dapat ditentukan menerusi aksi penentuan sepakan penalti, namun harus diakui yang kedua-dua pasukan sebenarnya telah mempamerkan aksi persembahan sungguh luar biasa menakjubkan.

Dari awal sepak mula perlawanan sehingga wisel penamat dibunyikan, perlawanan tersebut senantiasa menyajikan pelbagai aksi yang membuatkan para penyokong terhibur.

Apa yang kurang dalam perlawanan ni?

Aksi serang menyerang, kontroversi, drama, emosi, debaran, insiden panas dan pelbagai lagi yang terhasil dari aksi perlawanan akhir tersebut berjaya menghiburkan para peminat.

Antara yang paling mencuri perhatian dari perlawanan ini adalah aksi hebat yang ditunjukkan oleh penjaga gol kedua-dua pasukan.

Mendy dan Kelleher wira penyelamat skuad masing-masing

Tidak keterlaluan untuk katakan yang perlawanan ini boleh sampai ke aksi penentuan sepakan penalti adalah kerana kecemerlangan yang ditunjukkan oleh kedua-dua penjaga gol.

Edouard Mendy berjaya menyelamatkan enam percubaan tepat dalam perlawanan ini, termasuk aksi percubaan double save ketika menyelamatkan percubaan Mane dan Naby Keita.

Caoimhin Kelleher juga tidak kurang hebatnya dengan beliau cemerlang menyelamatkan empat percubaan tepat dari pasukan lawan, dalam usaha untuk buktikan kemampuan sebenar beliau.

Harus diakui yang kedua-dua pasukan sebenarnya kerap memiliki percubaan emas untuk menjaringkan gol, namun ketangkasan penjaga gol menggagalkan usaha mereka.

Beberapa aksi penyelamatan berkelas dunia berjaya dilakukan oleh kedua-dua penjaga gol dalam perlawanan ini untuk menafikan percubaan dari pasukan lawan.

Empat gol dibatalkan oleh pengadil

Gol pertama Liverpool jaringan Joel Matip terpaksa dibatalkan oleh pengadil perlawanan kerana mendakwa Virgil Van Dijk berada di kedudukan offside ketika build up.

Keputusan pengadil perlawanan agak kontroversi dengan ada yang mendakwa gol tersebut dibatalkan kerana Van Dijk mengasari Reece James.

Gol kedua yang dibatalkan adalah gol jaringan Kai Havertz dan gol tersebut dibatalkan oleh pengadil perlawanan juga kerana beliau berada di kedudukan offside ketika build up.

Romelu Lukaku juga sepatutnya ada menjaringkan gol dalam perlawanan ini, namun ia juga dibatalkan oleh pengadil perlawanan atas alasan yang sama.

Kai Havertz berpotensi untuk meledak gol kemenangan Chelsea ketika aksi tambahan masa, namun sekali lagi beliau terperangkap offside.

Kerana itu jugalah walau perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan, namun peminat tetap rasa terhibur kerana ada empat gol berjaya dihasilkan sebelum dibatalkan oleh pengadil dan VAR.

Semua 11 pemain ambil penalti

Apa yang menariknya dalam perlawanan ini, kesemua 11 pemain Liverpool turut ambil bahagian dalam aksi penentuan sepakan penalti, dan kesemua mereka berjaya menjaringkan gol.

11 pemain Chelsea juga turut terlibat dengan aksi penentuan sepakan penalti, namun hanya Kepa Arrizabalaga seorang sahaja yang gagal menyempurnakan sepakan penalti tersebut.

Sepakan penalti

Liverpool

1) James Milner – gol

2) Fabinho – gol

3) Virgil Van Dijk – gol

4) Trent Alexander Arnold – gol

5) Mohamed Salah – gol

6) Diogo Jota – gol

7) Divock Origi – gol

8) Andy Robertson – gol

9) Harvey Elliott – gol

10) Ibrahima Konate – gol

11) Caoimhin Kelleher – gol

Chelsea

1) Marcos Alonso – gol

2) Romelu Lukaku – gol

3) Kai Havertz – gol

4) Reece James – gol

5) Jorginho – gol

6) Antonio Rudiger – gol

7) N’Golo Kante – gol

8) Timo Werner – gol

9) Thiago Silva – gol

10) Trevoh Chalobah – gol

12) Kepa Arrizabalaga – tak gol

Satu hal yang pasti, kedua-dua pasukan ini berjaya mengubah aura perlawanan akhir Carabao Cup, menjadi sehangat aksi perlawanan akhir Champions League.

Perlawanan yang berbaloi untuk ditonton dan Liverpool berjaya menjulang Piala pertama mereka pada musim ini.

BACA:  'Messi Poland' Bakal Tinggalkan Anfield Musim Panas Ini