Liverpool Main Dengan Penuh Syahwat Di Malam Jumaat Sejuk Beku Dan Steady Untuk Pusingan Seterusnya

Suhu di Anfield berada di paras beku -4C tetapi persembahan Liverpool berjaya menghangatkan malam yang begitu dingin untuk penyokong mereka sanggup menhadirkan diri.

Dan The Reds tidak mengecewakan apabila dengan santai dan bersahaja mara ke pusingan kalah mati Europa League pada malam Jumaat dengan kemenangan bergaya 4-0 ke atas wakil Austria LASK.

Selepas terkulai layu di perlawanan sebelumnya menentang Toulouse di Perancis, Klopp mencabar barisan anak buahnya yang dipilih untuk beraksi untuk menjadikan malam jumaat menentang LASK di Anfield sebagai malam yang istimewa.

Dan Liverpool lulus dengan warna pelangi yang warna warni merangsang gelaran pasukan pilihan untuk muncul juara kembali menjadi sebutan – sasaran klimaks terbaik di akhir musim nanti.

Daripada posisi apa pun permainan yang ditampilkan Liverpool, ia tetap malam yang sempurna dilalui oleh Klopp dan anak buahnya.

Rangkaian penyerang threesome yang digunakan berjaya menjolok masuk satu gol masing-masing, yang dilihat sebagai rangkuman keyakinan tinggi daripada persembahan secara keseluruhan.

Luis Diaz memulakan aksi apabila tampil sebagai penjaring pertama untuk Liverpool, sekaligus memulakan api keghairahan untuk kelab Merseyside itu terus rancak.

Kemudian giliran Cody Gakpo dan Mo Salah menambah jaringan masing-masing untuk memuaskan serakah penyokong mereka yang sentiasa dahaga dan ketagih nikmat kemenangan.

Gakpo yang masih belum puas sempat menambah satu lagi jolokan gol untuk memenuhi syahwat dan orgasm yang begitu didahagakan di Anfield.

Dan kemenangan di malam Jumaat ini memastikan Liverpool berada di kedudukan teratas Kumpulan E dan berada di posisi paling selesa untuk kunjungan ke Union Saint-Gilloise di Brussel selepas ini.

BACA:  Pemain Pertahanan Liverpool Dakwa Zaha Lebih Sukar Dihadapi Berbanding Neymar & Ronaldo