Liverpool Masih Belum Terima Sebarang Tawaran Untuk Coutinho

Liverpool masih lagi belum menerima tawaran terbaru dari Barcelona untuk mendapatkan khidmat Philippe Coutinho, walaupun terdapat laporan dari Sepanyol menyebut tawaran sudah dihantar dengan pakej kewangan yang lebih baik.

Barcelona telah lama berminat dengan pemain antarabangsa Brazil ini, dan bersedia untuk menghidupkan kembali minat mereka dengan tirai perpindahan dibuka kembali bulan ini.

Laporan dari Sepanyol menyatakan Barcelona telah membuat tawaran baru

Liverpool pada musim panas lalu telah menolak 3 kali tawaran dari Barcelona untuk Coutinho, walaupun pemain berusia 25 tahun ini sudah menghantar permintaan secara rasmi kepada kelab supaya melepaskan beliau ke Nou Camp.

Tawaran terakhir dari Barcelona bernilai hampir £118 juta, termasuk beberapa klausa tambahan yang bernilai £30 juta dengan salah satunya adalah Coutinho berjaya memenangi Balon d’Or pada masa hadapan.

Laporan terbaru menyatakan Barcelona perlu membayar jumlah perpindahan penuh tanpa sebarang klausa jika mahu sebarang urusniaga berkaitan Coutinho diterima Liverpool.

Pemain penting dalam misi Liverpool merangkul slot ke Liga Juara-Juara musim hadapan

Dalam masa yang sama, Liverpool pula tidak mahu terpalit dalam sebarang perdebatan umum mengenai isu Coutinho yang mampu merosakkan suasana baik dalam pasukan kendalian Jurgen Klopp dan mengganggu fokus pasukan.

Liverpool juga sedar harapan mereka untuk meraih slot ke Liga Juara-Juara musim hadapan sangat bergantung kepada urusniaga ini.

Coutinho juga catur penting buat Liverpool dalam mengharungi saingan Liga Juara-Juara musim ini yang mana mereka bakal berdepan cabara Porto pada bulan Februari ini dalam saingan 16 terbaik.

Inter gagal melihat potensi besar Coutinho ketika di Itali

Andainya Barcelona berjaya meyakinkan Liverpool untuk melepaskan Coutinho bulan ini, mereka tidak akan dapat menggunakan khidmat pemain ini dalam Liga Juara-Juara kerana Coutinho sudahpon beraksi bersama Liverpool.

Paling terbaru, jenama sukan terkenal dunia, Nike telah menimbulkan kemarahan Liverpool selepas secara tidak sengaja mengumumkan Coutinho bakal menyertai Barcelona Januari ini dan meletakkan nama pemain ini pada jersi kelab Catalan tersebut.

Coutinho menyertai Liverpool pada Januari 2013 dari Inter Milan dengan yuran perpindahan berjumlah £8.5 juta. Nilai perpindahan tersebut jika dibandingkan dengan pasaran hari ini sangatlah kecil dan Liverpool sedar mereka bakal memperolehi keuntungan yang berlipat kali ganda apabila Coutinho menyertai Barcelona pada masa hadapan.

BACA:  Virgil van Dijk Dedah Punca Utama Mengapa Beliau Menyertai Liverpool