Virgil van Dijk Dedah Punca Utama Mengapa Beliau Menyertai Liverpool

Pemain pertahanan termahal dunia, Virgil van Dijk berkata sebab utama mengapa beliau memilih untuk menyertai Liverpool adalah untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Kapten Belanda itu berpindah ke Liverpool dari Southampton pada Januari 2018 dengan yuran perpindahan termahal bagi pemain pertahanan, sekitar £75 juta.

Punca sebenar Van Dijk memilih Liverpool, bukan kelab hina seperti Setan Merah

Sejak menyertai Liverpool, Van Dijk berjaya membawa transformasi baru ke dalam pasukan tersebut yang sebelum ini terkenal sebagai pasukan yang mudah bolosi.

Musim ini menyaksikan Van Dijk berada dalam prestasi terbaiknya sejak berpindah ke Anfield, dimana beliau membantu Liverpool merekodkan 17 ‘clean sheets’, jumlah paling tinggi dalam Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Liverpool juga hanya melepaskan 18 gol sahaja dalam kempen musim ini dan ia membolehkan pasukan tersebut bersaing merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris, selain mara ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dimana mereka bakal bertemu lawan mudah iaitu Porto.

Liverpool kini berada di tangga teratas dalam Liga Perdana Inggeris, dengan kelebihan 2 mata terhadap Manchester City yang bermain kurang 1 perlawanan dari Liverpool. Anak buah Pep Guardiola berpeluang merambas kembali tempat teratas dari Liverpool apabila mereka turun bertemu Fulham malam ini.

Pertahanan Liverpool bermula dari bahagian depan menurut Van Djik

Kempen musim ini bakal memasuki fasa terakhir dengan Liverpool masih lagi berpeluang untuk memenangi Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah.

Melihat kepada situasi sekarang, Van Dijk memberitahu inilah situasi yang beliau impikan apabila memilih untuk menyertai Liverpool pada Januari 2018.

“Ini lah perkara yang saya mahu.”

“Anda berharap anda akan berada dalam situasi seperti ini – bersaing merebut kejuaraa Liga Perdana Inggeris dan mara sejauh mungkin dalam Liga Juara-Juara Eropah.”

“Saya fikir perkara paling sekarang adalah untuk memenangi sesuatu bersama Liverpool dan kami masih lagi mempunyai peluang untuk melakukannya. Jadi, ayuh kita berusaha ke arah tersebut !”

“Perkara paling utama adalah menikmati saat ini. Kami perlu memberikan segala-galannya supaya kami tidak menyesal pada kemudian hari.”

Van Dijk dianggap sebagai faktor utama transformasi bahagian pertahanan Liverpool sejak kebelakangan ini namun beliau menolak dakwaan tersebut kerana percaya ia adalah hasil kerja keras seluruh pasukan.

“Di posisi saya, apabila keadaan berjalan dengan lancar, agak mudah untuk melabel saya sebagai pemain yang membaiki segala-galanya.”

“Tetapi jika keadaan tidak berapa baik, saya adalah pemain yang akan dipersalahkan. Kami bermain sebagai satu pasukan.”

Semua pemain Liverpool hebat-hebat belaka

“Jika anda lihat cara kami bermain, bertahan dan menyerang, ia bermula dari bahagian hadapan. Jumlah kerja yang mereka lakukan sukar untuk dipercayai.”

“Di bahagian pertahanan pula, sudah tentu ketibaan Alisson banyak membantu. Tetapi anda juga perlu melihat pada Andy Robertson, Trent Alexander Arnold, Dejan Lovren, dan Joel Matip.”

“Joel Gomez sebelum beliau mengalami kecederaan juga bermain sangat baik. Saya rasa setiap pemain memainkan peranan yang penting.”

BACA:  Perlawanan Ulangan Liverpool vs Tottenham Dimungkinkan Oleh Peraturan UEFA