Perlawanan Ulangan Liverpool vs Tottenham Dimungkinkan Oleh Peraturan UEFA

Perlawanan ulangan di antara Liverpool dan Tottenham dimungkinkan di bawah peraturan UEFA.

Pihak Premier League sebelum ini menegaskan perlawanan kontroversi itu tidak akan diulang semula, kerana peraturan badan itu hanya membenarkan perlawanan ulangan sekiranya ada kelab yang didapati bersalah atas sebab tertentu.

Bagaimanapun di kalangan pengamal perundangan bola sepak berpendapat peraturan sedia ada di dalam Premier League tidak pernah menyatakan bahawa perubahan baharu tidak boleh dilakukan.

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp menjadi individu pertama yang mencadangkan perlawanan ulangan harus diadakan dalam sidang media sebelum perlawanan Europa League pada Rabu.

Jurulatih dari Jerman berkata perlawanan ulangan adalah pilihan yang akan diambil olehnya sekiranya dibenarkan, namun beliau juga mengakui kemungkinan itu tidak akan berlaku.

Sehingga kini Liverpool belum memohon secara rasmi untuk perlawanan ulangan diadakan semula, tatkala perdebatan mengenai jaringan Luis Diaz yang dibatalkan masih hangat dibincangkan sehingga ke hari ini.

Mengapa perlawanan Liverpool-Tottenham boleh diulang semula?

Cara jaringan tersebut tidak dibenarkan akan menjadi punca utama perlawanan tersebut menjadi masalah sekiranya Liverpool menuntut perlawanan ulangan.

Menurut peraturan UEFA, perlawanan ulangan dibenarkan sekiranya peraturan salah digunapakai dalam perlawanan; dan bukannya disebabkan kesilapan yang tidak disengajakan.

Memandangkan VAR dan pendedahan PGMOL membuktikan jaringan Diaz sebenarnya offside, maka logiknya jaringan tersebut sepatutnya disahkan untuk perlawanan tersebut – berdasarakan peraturan sedia ada. Malangnya ia tidak berlaku sedemikian.

Ini menjadikan kesilapan VAR/pengadil VAR melangkaui kesilapan yang tidak disengajakan. Di dalam kes ini kelab dibenarkan untuk mengemukakan protes kepada UEFA.

Badan bola sepak Eropah itu membenarkan protes dilakukan di dalam tempoh 12 jam selepas perlawanan berakhir.

Kes Liverpool vs Roma

Sebenarnya Liverpool sendiri pernah diulit oleh insiden hampir serupa apabila Roma membuat aduang mengenai sepakan sudut yang diberikan – dan bukannya sepakan penalti – apabila bola didakwa terkena tangan Stephane Henchoz di perlawanan separuh akhir Piala UEFA 2000-01.

Pengadil perlawanan pada mulanya memberikan sepakan penalti kepada Roma namun kemudiannya mengubah keputusan dengan memberikan sepakan sudut.

Tatkala pemberian drop-ball turut boleh diberikan oleh pengadil dalam situasi itu (pertelagahan selepas perlawanan terhenti) – UEFA bertegas tiada perubahan perlu dilakukan dengan alasan sepakan sudut turut memberikan kelebihan kepada Roma dalam perlawanan tersebut.

Di dalam kes ini ‘ayat perundangan’ yang digunakan oleh UEFA memadam segala kemungkinan perlawanan tersebut terpaksa diulang semula seperti diminta oleh Roma. Liverpool sendiri turut terkejut bagaimana protes oleh Roma boleh pergi sejauh itu pada ketika itu.

Seperti yang dinyatakan tadi protes boleh dilakukan dalam tempoh 12 jam selepas perlawanan berakhir untuk kes sedemikian. Namun kerana Premier League tidak memberi laluan untuk perlawanan ulangan dilakukan, contoh daripada peraturan UEFA masih boleh digunapakai sebagai rujukan untuk dibawa ke mahkamah

Sudah tentu sekiranya Liverpool berbuat demikian dan menang kes tersebut, ia akan turut mengubah perjalanan peraturan selepas ini – dan turut akan memberi kesan kepada bola sepak secara umum.

Liverpool sebelum ini dikatakan sedang mengkaji pilihan yang ada untuk tindakan seterusnya, tatkala PGMOL turut mengambil langkah mengemaskini protokol mereka dalam memastikan kesilapan VAR dalam sejarah Premier League seperti ini tidak pernah berulang.

Sumber: Indpendent

BACA:  Van Dijk: "Ingatlah Semua Betapa Bagusnya Kita"