Pasukan gergasi Itali yang kembali bangkit dari tidur, Inter Milan telah memperkenalkan logo baharu pasukan namun logo baharu ini tidak dapat diterima oleh peminat dan mencetuskan keriuhan di media sosial.
Sejajar dengan kemajuan teknologi dengan arus kemodenan, logo baharu ini menampilkan identiti baru yang lebih inovatif, minimalis, elegan dan berorentasikan kepada generasi baru.
Lambang ini disintesis daripada nilai yang ada pada Inter Milan dan hanya difokuskan kepada dua elemen sahaja iaitu I dan M yang membawa erti ‘I Am’.
I – Internazionale
M – Milano
Tugas merekabentuk logo baru ini telah diamanahkan kepada syarikat yang berpangkalan di Munich, Jerman, Burea Borsche, peneraju studio reka bentuk grafik di peringkat antarbangsa.
Daripada empat huruf yang pada asalnya dicipta oleh Muggiani IMFC hanya I dan M sahaja diguna pakai. Logo baru ini mempunyai persamaan hampir 90 peratus dengan logo pertama kelab.
Logo terbaru ini juga sangat sesuai dan cocok dengan peranti digital serta sangat jelas pada pandangan mata.
MY NAME IS MY STORY.
I M FC INTERNAZIONALE MILANO.#IMInter pic.twitter.com/Aa5fFFYO7J— Inter (@Inter_en) March 30, 2021
Penampakan seperti itu pada peranti mudah alih dan skrin yang semakin kecil sangat penting pada masa kini dan mudah dilihat dengan tepat.
Secara grafik, bentuk huruf I ini mengingatkan kita kepada huruf F yang tidak lagi digunakan pada logo baharu dan reka bentuk M kekal dikenali dan sama seperti yang tertera pada logo asal.
Sebagai tradisi Nerazzurri dua huruf ini telah dibingkaikan didalam satu bulatan berpusat klasik.
Pilihan warna menggunakan warna biru yang baru yang lebih menyerlah dan bersemangat, menjadikan logo baru ini mudah disedari dan dikenali disulami dengan warna putih dan hitam.
Warna digunakan tetap sama seperti malam 9 Mac 1908, di restoran Orologio: warna langit dan malam. Namun lebih cerah.
Lebih-lebih lagi, lambang Nerazzurri akan akan lebih jelas kelihatan di komputer dan media digital. Warna kuning akan kembali juga dengan warna lebih menyerlah, lebih moden.
I M Power
I M Brave
I M Future
I M El Toro#IMInter ⚫️🔵 pic.twitter.com/yCnu4DOuUn— Inter (@Inter_en) March 30, 2021
Warna emas tidak hilang dan warna ini diharap dapat digunakan untuk benda paling ikonik supaya tidak tidak menjejaskan penglihatan dalam persekitaran digital.
Dua font menjadi asas yang membentuk tipografi: GIORGIO BOLD adalah font utama dan digunakan dalam logo. Font sekunder ialah UNIVERS ROMAN 55, yang digunakan untuk teks.
Begitulah sedikut sebanyak penjelasan Inter Milan mengenai logo baharu mereka yang lebih minimalis dan senang digunakan serta jelas dalam persekitaran digital.
Inter Milan's badges through the years 🔵⚫️
📸 @90ordnasselA pic.twitter.com/hOfD9K9AYj
— Footy (@Footy) March 30, 2021
Sebelum ini Inter Milan telah mengesahkan kerjasama dengan Pirelli selama 27 tahun akan tamat dan jenama ikonik di dada jersi Inter Milan tidak akan diguna pakai lagi musim depan.
Seperti nasib yang diterima oleh Juventus ketika mengumumkan logo baharu mereka pada 2017 yang pada ketika agak padu ditroll serta dikaitkan dengan ubat kuat.
Inter Milan tidak terkecuali dan ramai meanggap logo baharu ini mirip kepada logo syarikat kenderaan dari Jerman, Volkswagen.
If true, the new @Inter logo really reminds me of @VWGroup_DE’s logo. #Inter #InterMilan #Volkswagen #VW pic.twitter.com/A39FHJ41oD
— Lionel Piguet 🇨🇭🇫🇷 X 🇹🇼🇵🇭 (@lionelpiguet) March 28, 2021
The Inter Milan logo used to be legitimately beautiful. The badge, their kits, were two of the ONLY things I was always jealous of Inter for. Now,,, it’s soulless. Looks like someone said “take the Marseille logo and make it look like it was created in Cyberpunk 2077” pic.twitter.com/aaf5R7jKqu
— Aaron West (@oeste) March 30, 2021
Upgrade or downgrade?
Inter Milan have released their new club badge 🔵⚫️ pic.twitter.com/820EBoB4B9
— Football on BT Sport (@btsportfootball) March 30, 2021
Inter in 2021:
-Juventus players
-Juventus management
-Juventus inspired bus
-Juventus inspired simplified logoWhat’s next? pic.twitter.com/uCd635UIHX
— JuveThoughts (Francesco) (@JuveThoughts) March 30, 2021
Inter Milan became Inter "Meme" pic.twitter.com/1TenZqqykc
— Don Jupp (@DonJuppFCB) March 30, 2021