Lucas Paqueta dilayangkan kad kuning kerana melakukan rainbow flick ketika aksi bertemu Troyes dalam saingan Ligue 1 malam semalam.
Pemain berusia 24 tahun itu berusaha melepaskan diri dari halangan pemain pasukan lawan dengan menggunakan skill yang menarik dan mengujakan.
Walau bagaimanapun, skill indah yang beliau lakukan itu tidak diterima dengan baik oleh pengadil perlawanan yang kemudiannya melayangkan kad kuning kepadanya.
Lucas Paquetá booked for attempting a rainbow flick.
The beautiful game is gone.
pic.twitter.com/uPMTX3C2jR— Big H. (@Hxnz99) September 23, 2021
Stephanie Frappart mencetuskan kontroversi selepas beliau memutuskan untuk melayangkan kad kuning kepada Paqueta dan satu-satunya kesalahan yang dilakukan oleh bintang Lyon itu adalah melakukan skill Rainbow Flick.
Ketika pengadil perlawanan membunyikan wisel, Paqueta dan rakan sepasukannya merasakan bahawa pengadil mahu memberikan mereka sesuatu kerana bola terkena tangan pemain pertahanan Troyes.
Walau bagaimanapun, pengadil kemudiannya melayangkan kad kuning kepada bintang Brazil itu, tanpa menjelaskan alasan beliau.
Hal tersebut telah mengundang persoalan di kalangan peminat di media sosial yang mempertikaikan tentang mengapa Paqueta dilayangkan kad kuning.
Lucas Paqueta was booked after attempting to rainbow flick over a defender against Troyes 🟨
Neymar's response: "𝐉𝐨𝐠𝐚 𝐁𝐨𝐧𝐢𝐭𝐨 𝐢𝐬 𝐨𝐯𝐞𝐫" 😬 pic.twitter.com/3SgZC5adfj
— Goal (@goal) September 23, 2021
“Mengapa kad kuning? Atas kesalahan apa?”
“Mengapa hal seperti ini tentu akan berlaku setidak-tidaknya sekali setahun dalam saingan Ligue 1?
“Adakah pengadil perlawanan itu sebenarnya musuh bola sepak? Ia pernah berlaku pada Neymar, Memphis dan sekarang Lucas, saya betul-betul tak faham.”
“Saya tak tahu apa masalah dengan skill itu, kenapa perlu diberikan kad amaran?”
“Rainbow Flick, nutmeg, semua tak boleh? Lepas ni gelecek pemain pun tak dibenarkan? Tanduk bola juga akan dipertikaikan? Mengarut.”
Begitulah antara komen-komen dari para peminat di media sosial yang merasakan Lucas Paqueta tidak sepatutnya dilayangkan kad kuning.
Neymar commented on Lucas Paquetá receiving a yellow card for trying to rainbow flick a player. This happened to Neymar himself in the 19/20 season.
🎙“Joga bonito is ending” pic.twitter.com/pbXutZR1HX
— 𝗕𝗿𝗮𝘀𝗶𝗹 𝗙𝗼𝗼𝘁𝗯𝗮𝗹𝗹 🇧🇷 (@BrasilEdition) September 23, 2021
Bintang Paris Saint Germain, Neymar yang sebelum ini turut pernah menjadi mangsa keputusan mengarut pengadil perlawanan turut meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap insiden yang berlaku pada Paqueta.
Beliau menyuarakan pendapatnya dengan memuat naik status di laman instagram miliknya.
“Ini merupakan detik yang menyedihkan.”
Jelas pemain kebangsaan Brazil itu.
“Melayangkan kad kuning untuk gelecekan… Gerakan teknikal merupakan jalan penyelesaian. Tidak kira di mana dia lakukan di atas padang atau bila-bila masa dalam sesebuah perlawanan. Ia juga berlaku pada saya musim lalu.”
Lucas Paqueta 🇧🇷 was booked last night against Troyes in Ligue 1 for attempting to do a rainbow flick! 🟨
Neymar 🇧🇷 on Instagram: "This is very sad, to take a yellow because of a dribble. The famous 'joga bonito' is disappearing." pic.twitter.com/XTOZd3BIlD
— RouteOneFootball (@Route1futbol) September 23, 2021
“Dan musim ini ia berlaku pada Paqueta. Sejujurnya, saya tak faham alasan sebalik semua ini. Jogo bonito sudah berakhir. Nikmatilah ia selagi kamu mampu.”
Walau bagaimanapun, segelintir peminat percaya kad kuning tersebut kerana skill yang dilakukan oleh Paqueta dan ada juga yang percaya bahawa kad kuning tersebut dilayangkan kerana pemain midfield itu tidak mendengar arahan pengadil.
“Dia dilayangkan kad kuning kerana menolak untuk mendengar teguran pengadil.”
“Saya bercakap berdasarkan video yang saya tonton, pengadil beberapa kali memanggilnya, namun beliau ingkar.”
“Kad kuning itu langsung tiada kaitan dengan rainbow flick.”
“Tidak pasti sama ada dia dilayangkan kad kuning kerana rainbow flick atau kerana tak mendengar arahan.”
Neymar Jr. on Lucas Paqueta getting booked for attempting a rainbow flick 🗣
Should players get booked for attempting tricks like these? 🤔 pic.twitter.com/6lDtltDGqP
— International Champions Cup (@IntChampionsCup) September 23, 2021
Perdebatan berkait insiden tersebut terus berlaku dek kerana pengadil perlawanan tidak menjelaskan sebab mengapa Paqueta dilayangkan kad kuning.
Walau bagaimanapun juga, mujur saja kad kuning tersebut tidak menjejaskan keputusan perlawanan dengan Lyon tetap berjaya menewaskan Troyes 3-1.
Xherdan Shaqiri, Emerson Palmieri dan Lucas Paqueta berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan tersebut, seterusnya membantu Lyon untuk mengutip tiga mata penuh.
Neymar commented on his Instagram on the yellow card received by Lucas Paqueta for flicking the ball over a defender in a “joga bonito” fashion #teamOL pic.twitter.com/Zb5pS3fVqF
— OL San Diego (@OLSanDiego) September 23, 2021
Kemenangan itu membantu skuad kendalian Peter Boszs itu untuk berada di kedudukan keenam dalam carta liga, 10 mata dibelakang pendahulu, Paris Saint Germain.
Sumber: SPORTbible