Luis Suarez Dedah Lionel Messi Sengsara di PSG

Pemain penyerang Atletico Madrid, Luis Suarez telah membuat satu pendedahan sensasi apabila mendakwa pemenang Ballon d’Or sebanyka tujuh kali, Lionel Messi kini sengsara di PSG.

Jodoh Lionel Messi bersama Barcelona agak unik lantran masalah kewangan yang menjadi punca keretakan rumah tangga, Peraturan Kewangan La Liga telah memaksa Barca dan Messi berpisah.

Tidak mahu digantung tidak bertali dan demi meneruskan kelangsungan karier bola sepaknya, Messi telah menyertai PSG dengan perpindahan secara percuma untuk bercucuk tanam di liga petani.

Setakat ini ketika liga bola sepak Eropah hampir memasuki pertengahan, Messi telah menjaringkan empat gol dan tiga assist sahaja dalam 12 penampilan untuk semua kejohanan yang disertai PSG.

Luis Suarez yang dibuang dengan begitu hina oleh Barcelona merupakan teman baik Lionel Messi dan sentiasa berhubung selepas berpisah membawa haluan masing-masing.

Malah Luis Suarez diberi penghormatan untuk menyerahan trofi Ballon d’Or yang ketujuh Messi bulan lalu.

Pemain penyerang berusia 34 tahun itu telah mendedahkan bahawa beliau dan Messi masih lagi berhubung hampir setiap hari dan berkongsi perasaan yang sukar ketika terpaksa berlawanan antara satu sama lain di Camp Nou.

Suarez juga mendedahkan Messi kini bergelut dan sengsara berada di PSG dan masih lagi dalam proses menyesuaikan diri. Suarez membuka bicara kepada TNT Sports:

“Kami bercakap setiap hari, kami sentiasa cuba mengelak sebarang jangkaan kerana kami adalah pemain dan kami tahu bagaimana kami harus bertindak pada saat-saat itu, kami bercakap tentang permainan, tentang keluarga.”

“Messi memberitahu aku bila bermain dalam cuaca sejuk, beliau mengalami kesengsaraan yang agak teruk dengan salji yang memutih. Kau kena membiasakan diri dengan cuaca sejuk di sana. Itu sudah pasti.”

Bagi Suarez menentang Messi diperingkat kelab adalah satu perasaan yang sukar digambarkan namun untuk pasukan kebangsaan sebaliknya.

“Satu perasaan yang sangat sukar untuk kami berdua berdepan menentang antara satu sama lain di Camp Nou.

“Sebaliknya, apabila kami bermain untuk Uruguay menentang Argentina ia berbeza, mereka sentiasa memainkan permainan yang indah dan mempunyai Leo sebagai saingan adalah sukar dan rumit.”

Lionel Messi sejak menyertai PSG setakat ini belum lagi menjadi Lionel Messi yang dunia kenali sehingga dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia walaupun telah mencetuskan kontroversi dan menjadi perdebatan.

Pemain Argentina itu dilihat masih lagi cuba mencari rentak dan keserasian. Jika faktor cuaca menjadi penghalang agak lama untuk Messi mendapatkan prestasi terbaiknya semula kerana musim sejuk baru bermula.

Sebelum ini Messi telah membedal kembali kenyataaan yang mengarut dan tidak masuk akal dari Joan Laporta yang sakan bercakap selepas Messi menyertai PSG.

Laporta menyatakan bahawa Messi sebenarnya boleh terus kekal di Barcelona jika dia mahu bermain secara percuma. Membuatkan pemain itu benar benar terluka dengan kenyataan itu.

Messi menyatakan bahawa dia sudah melakukan segalanya untuk kekal dan beliau sudah sedia menerima pengurangan gaji 50% daripada persetujuan asal mereka.

Apa yang menimpa Messi sebenarnya tidaklah seteruk penghinaan yang terpaksa diterima dan dilalui Suarez yang telah dibakul sampahkan begitu sahaja.

Luis Suarez hanya mengetahui berita bahawa Barcelona tidak mahukan lagi khidmat beliau melalui satu panggilan telefon yang berdurasi hanya dalam tempoh 60 saat.

Terkejut dengan cara berliau diperlakukan Suarez tidak bersoal lebih lanjut dan merasakan bahawa beliau telah menjadi kambing hitam dan dipertanggungjawabkan dengan kekalahan kepada Bayern Munich.

Bagi Suarez, Barcelona perlu memberitahu beliau secara bersemuka di mana berita pengguran Luis Suarez ini terlebih dahulu bocor di media sosial dan hanya dimaklumkan melalui telefon.

Atletico Madrid telah membuka pintu kepada Luis Suarez namun Presiden Barcelona ketika itu, Josep Maria Bartomeu dilaporkan telah menyekat hasrat Suarez untuk bersama Diego Simeone.

Namun Atletico Madrid berjaya menandatangani Suarez secara percuma dan sanggup membayar bonus sekitar €4-6 juta euro kepada Barcelona yang pelahap dan kejam.

Selepas mengalami hari terburuk dalam hidupnya, Suarez cemerlang seperti biasa bersama Atletico dan membawa Atletico Madrid bergelar juara La Liga di kala Barcelona telah terciduk.

BACA:  'Semakin Menjadi-Jadi' - Messi Ledak 5 Gol Bantu Argentina 'Tibai' Estonia