Luiz Felipe Dilayangkan Kad Merah Kerana Raikan Kemenangan Dengan Memanjat Pemain Inter

Pemain pertahanan Lazio, Luiz Felipe telah dilayangkan kad merah kerana meraikan kemenangan selepas tamat perlawanan dengan memanjat belakang pemain Inter Milan, Joaquin Correa.

Luiz Felipe kemudiannya telah menangis teresak-esak dan tidak dapat dipujuk mungkin tidak menyedari bahawa beliau telah melakukan satu perbuatan yang tidak masuk akal.

Perlawanan ini sepatutnya menjadi hari gembira buat Luiz Felipe, kalau menangis pun sebab air mata kegembiraan. Ini kerana Lazio menang 3-1 ke atas juara bertahan Inter Milan.

Malangnya, selepas tamat perlawanan niat Luiz Felipe bergurau dengan bekas pemain Lazio, Joaquin Correa yang kini bermain bersama Inter Milan untuk meraikan kemenangan sangat tidak kena pada tempatnya dan mengundang bencana.

Luiz Felipe dengan riang gembiranya telah melompat dan memeluk Joaquin Correa dari bahagian belakang sambil menyatakan sesuatu.

Joaquin Correa kelihatan terkejut dan cuba bertindak balas dengan cuba memusingkan badan, sempat melepaskan satu sikuan ke perut Luiz Felipe dan kemudiannya melakukan satu sikuan berputar.

Lantas, Correa terus memberikan reaksi yang mengejutkan Felipe. Dia marah dengan tindakan rakannya itu. Luiz Felipe sempat melepaskan diri dari sikuan berputar itu.

Kekecohan terus tercetus ekoran perlakuan tidak masuk akal dan pemain Inter Milan tampak tidak puas hati dan mula mengkerumi Luiz Felipe.

Akhirnya pengadil melayangkan kad merah kepada Luiz Felipe dan beliau terus mengalirkan air mata tidak percaya dengan apa yang terjadi.

Mereka berdua merupakan kawan yang sangat rapat ketika sama-sama beraksi di Lazio. Seringkali bergurau biawak sesama mereka. Namun gurauan kali ini dianggap tidak boleh diterima kerana melibatkan isu profesional.

Joaquin Correa bukan lagi pemain Lazio dan atas dasar sifat pemain profesional tidak mungkin Joaquin Correa akan bergembira dengan kemenangan dikecapi oleh bekas rakan sepasukannya itu.

Kalau dia melakukannya di dalam terowong mungkin Correa menerimanya lagi. Malang sekali Felipe melakukannya di atas padang di hadapan para penyokong serta secar langsung ke seluruh dunia.

Kad merah dilayangkan ke atas Luiz Felipe, untuk menambah satu lagi senarai penggantungan selepas Francesco Acerbi sudah digantung kerana menghina pengadil.

Pertahanan Lazio, Patric mengakui bahawa Luiz Felipe melakukan kesilapan kerana dia pun manusia biasa. Dan berharap Correa tidak menyimpan dendam di atas apa yang berlaku.

“Ya, Luiz Felipe melakukan kesilapan tadi, tapi niat kami hanyalah mahu menceriakan Joaquin Correa yang kesedihan. Tu je.”

“Kami bertiga memang sangat rapat dulu. Kami berdua melakukan kesilapan, Luiz Felipe seharusnya faham bahawa Tucu [Correa] sedang meratapi kekalahan. Saya faham reaksi Tucu tadi tu. Sekarang ni saya rasa bersalah ke atasnya.”

“Saya terus pergi ke arahnya memberitahu bahawa kami cuma nak ceriakan dia. Agak memalukan kerana Felipe sekarang terpaksa menjalani penggantungan kerana insiden dengan kawan kawan.”

“Sekarang ni, saya harap kedua dua mereka berbaik baik semula.”

Aksi di Stadium Olimpico ternyata panas, sarat dengan aksi memaki hamun di atas padang. Terutama sekali selepas Felipe Anderson meraikan gol keduanya, ketika Federico Dimarco cedera.

Pemain Inter tak puas hati, Lazio tidak mengeluarkan bola ketika pemain mereka terbaring kesakitan.

Lazio berjaya menewaskan juara bertahan Inter Milan 3-1 selepas mencipta kebangkitan sensasi apabila Iva Perisic terlebih dahulu meletakkan Inter Milan di depan pada minit ke-12.

Kebangkitan Lazio bermula pada minit ke-64 hasil jaringan penalti Ciro Immobile sebelum Felipe Anderson menggandakan kedudukan pada minit ke-81.

Sergej Milinkovic-Savic melengkapkan kemenangan 3-1 Lazio dengan gol pada lewat permainan
.
Situasi meletus lagi pada wisel penamat, ketika Luiz Felipe melompat ke atas bahu Joaquin Correa dari belakang untuk meraikan kemenangan.

BACA:  Inter Milan Buka Pintu Untuk Onana Kembali Ke San Siro