Pemain pertahanan England, Luke Shaw telah memahat nama dalam sejarah perlawanan akhir EURO 2020 apabila menjaringkan terpantas ketika menentang Itali di Stadium Wembley.
Pemain left-back Manchester United itu telah memulakan gerakan dari kawasan sendiri sebelum menghantar bola kepada Harry Kane yang menukar arah permainan.
Harry Kane terus menghantar bola kepada Kieran Trippier yang tidak dikawal di sebelah kanan padang untuk menyuap bola ke kotak penalti.
How To Score Your First England Goal
A short story, by @LukeShaw23: pic.twitter.com/ODE5yYClL1
— England (@England) July 11, 2021
Kieran Trippier mengacah-ngacah untuk membuat hantaran lintang.
Hantaran lintang Kieran Trippier mencari Luke Shaw yang tidak dikawal lalu terus melepaskan satu voli padu menewaskan Gianluigi Donnarumma.
Dua minit perlawanan akhir EURO 2020, England sudah mendahului dengan satu gol padu. Bergegar Stadium Wembley dengan gol pendahuluan dari Luke Shaw itu.
Luke Shaw goal puts England up 1-0 vs Italy in the Euro Final pic.twitter.com/hylMP0CJCu
— Wayne’s Hairline (@rooneyHairline) July 11, 2021
Luke Shaw's Goal vs Italy.#Euro2020Final pic.twitter.com/tJgESoGFuW
— The True Red Devils (@TrueRedDevils__) July 11, 2021
Penyokong England nyata menggila dengan jaringan itu dan meraikan dengan penuh semangat lagi kegembiraan.
WEMBLEY ERUPTS AS LUKE SHAW GIVES #ENG THE LEAD! 🤯#EURO2020 pic.twitter.com/UBEg902Hav
— Goal (@goal) July 11, 2021
LUKE SHAW SCORES!!!
The pints are flying at @BOXPARKCroydon!
Amazing scenes!! 🔥#ENG #ITA #EURO2020 pic.twitter.com/HKwhZVMGmb
— talkSPORT 🏴 (@talkSPORT) July 11, 2021
Satu minit dan 57 saat waktu perlawanan ketika Luke Shaw melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma yang juga dikenali sebagai Zizan Razak.
Italy: Donnarumma, Di Lorenzo, Bonucci, Chiellini, Emerson, Barella, Jorginho, Verratti, Chiesa, Immobile, Insigne.
Subs: Sirigu, Locatelli, Belotti, Berardi, Pessina, Acerbi, Cristante, Bernardeschi, Bastoni, Florenzi, Toloi, Meret.
England: Pickford, Walker, Stones, Maguire, Trippier, Phillips, Rice, Shaw, Mount, Sterling, Kane.
Subs: Grealish, Henderson, Rashford, Ramsdale, Mings, Coady, Sancho, Calvert-Lewin, Johnstone, James, Saka, Bellingham.
Referee: Bjorn Kuipers (Holland).
Pemain England Kini Memanggil Luke Shaw Sebagai ‘Shawberto Carlos’
Luke Shaw dianggap sebagai salah seorang pemain paling berprestasi di kalangan semua pemain England dalam saingan Euro 2020 ini.
Pemain left back Manchester United itu telah mempamerkan aksi permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika kemenangan 4-0 England menewaskan Ukraine di peringkat suku akhir sebelum ini.
Aksi hebat beliau berjaya membantu skuad The Three Lions untuk mara ke peringkat separuh akhir saingan Euro 2020.
He really is Shawberto Carlos #ENG pic.twitter.com/Xiex8VvF6s
— talkSPORT 🏴 (@talkSPORT) July 3, 2021
Gareth Southgate sebelum ini menggunakan Kieran Trippier di posisi left back untuk aksi awal peringkat kumpulan bertemu Croatia.
Namun aksi hebat Shaw dalam beberapa perlawanan terakhir ini sepertinya menjanjikan tempat untuk beliau dalam kesebelasan utama skuad bertemu Denmark nanti.
Beliau akan sekali lagi menjadi harapan untuk skuad kebangsaan England dalam usaha mereka untuk menewaskan Denmark seterusnya mara ke perlawanan akhir.
Bintang berusia 25 tahun itu telah mempamerkan rentak persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika beraksi bersama Man Utd pada musim lalu.
Sejak Ole Gunnar Solskjaer masuk menggantikan Jose Mourinho yang langsung tidak pernah percaya pada pemain left back itu, Shaw telah berjaya memenangi anugerah United Player Of The Year sebanyak dua kali.
😂 "Shawberto Carlos" is really taking off in the England camp [@England] pic.twitter.com/IhGQf8kXJC
— UtdDistrict (@UtdDistrict) July 5, 2021
Luke Shaw digelar ‘Shawberto Carlos’
Tidak diragukan lagi Luke Shaw ketika ini berada di kemuncak kariernya dan kerana itulah beliau digelar sebagai ‘Shawberto Carlos’ oleh para peminat, media dan rakan sepasukannya.
Jelas sekali ia kerana Shaw telah mempamerkan aksi permainan yang begitu menakjubkan hingga mengingatkan peminat kepada Roberto Carlos ketika kemuncak kariernya.
Roberto Carlos tidak dinafikan merupakan pemain left back terhebat pernah wujud dalam sejarah dunia bola sepak.
Beliau sendiri turut pernah meninggalkan komen di salah satu status yang dimuat naik oleh Luke Shaw di laman instagram, selepas mempamerkan aksi hebatnya bertemu Ukraine di Rome.
Shaw berjaya mencatatkan assists untuk gol jaringan Harry Maguire dan gol kedua Harry Kane dan beliau juga bakal memecahkan rekod David Beckham sebagai pencatat assists terbanyak oleh pemain England dalam kejohanan besar.
David Beckham berjaya mencatatkan tiga assists ketika beraksi dalam saingan Euro 2000, dan andai Shaw berjaya mencatatkan satu lagi assists bertemu Denmark, beliau akan memecahkan rekod tersebut.
Pemain England kini memanggil Shaw ‘Shawberto Carlos’
Bukan hanya peminat atau media yang memanggil Luke Shaw dengan gelaran seperti itu, bahkan rakan sepasukannya juga turut terjebak sama.
Rakan sepasukan beliau seperti Harry Kane, Declan Rice dan Jadon Sancho terus memastikan gelaran itu kekal dan tidak henti-henti memanggil Shaw dengan nama itu.
Dalam satu video yang dimuat naik di laman twitter oleh England, Rice jelas didengari memanggil Shaw, ‘Roberto Shaw’.
Kane kemudiannya menyambung dari sebelah dengan memanggil pertahanan Manchester United itu, ‘Shawberto’.
The boys know.
😎 @LukeShaw23 pic.twitter.com/2hNsHkUqtF
— England (@England) July 4, 2021
Senyum manis yang terukir di wajah Shaw menjelaskan yang beliau selesa dan gembira dengan nama gelaran yang diberikan kepadanya itu.
Siapa boleh salahkan dia? Siapa saja tidak gembira dan bahagia apabila dirinya disamakan dengan legenda terhebat sepanjang zaman.
Roberto Carlos jelas merupakan salah seorang pemain yang paling diidolakan oleh para pemain left back di era modern ini.
Sancho juga baru-baru ini memanggil Shaw sebagai ‘Shawberto Carlos’ dengan beliau menganggap rakan sepasukannya itu antara left back terhebat dunia pada ketika ini.
Adakah Luke Shaw left back terhebat di dunia pada ketika ini?
Berdasarkan persembahan yang beliau persembahkan, Shaw tidak diragukan lagi layak untuk berada sebaris dengan barisan pemain left back terhebat dunia yang lain.
😂 "Shawberto Carlos" is really taking off in the England camp [@England] pic.twitter.com/IhGQf8kXJC
— UtdDistrict (@UtdDistrict) July 5, 2021
Beliau pada ketika ini boleh dianggap setanding dengan pemain seperti Alphonso Davies, Andy Robertson dan Theo Hernandez.
Jika beliau berjaya mengekalkan rentak persembahan yang sama dan membantu skuad England untuk menjuarai saingan Euro 2020 ini, peminat The Three Lions tentunya akan mengangkat beliau sebagai yang terbaik.
Dan jika beliau mampu kekalkan rentak persembahan yang sama pada musim hadapan bersama setan merah, seluruh dunia akan bersetuju bahawa beliau merupakan yang terbaik dari yang terbaik.
Jadon Sancho:
"We got Shawberto Carlos here, Luke Shaw, yes we do."pic.twitter.com/4zwX7E7fOE
— ً (@TheFergusonWay) July 4, 2021
Baca juga
Peminat Liverpool Anggap Robertson Jauh Lebih Hebat Berbanding Luke Shaw