Maharaja Sebenar: Salah Terpaksa Pakai ‘Bodyguard’ Kerana Kerap Dikerumun Pemain Lawan

Mohamed Salah tidak diragukan lagi sememangnya antara pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini, dan aksi beliau bersama Liverpool mencuri perhatian peminat seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, bukan hanya para penyokong sahaja yang terpesona dengan aksi dan kehebatan Mo Salah, sebaliknya rakan sepasukan dan pemain lawan juga turut teruja untuk bertemu dengannya.

Salah dianggap sebagai dewa bola sepak ketika beliau beraksi bersama skuad kebangsaan Mesir, dengan beliau sering diganggu oleh penyokong, pemain lawan, staff lawan dan petugas stadium yang sentiasa menghampiri beliau untuk mendapatkan jersinya.

Ketika aksi bertemu Gabon baru-baru ini dalam aksi kelayakan Piala Dunia, Salah bukan hanya diburu oleh para peminat, bahkan pemain pasukan lawan juga turut berebut-rebut mahu mendapatkan jersi beliau.

Walaupun skuad Gabon tewas dalam perlawanan tersebut, namun para pemain mereka seolah-olah tidak peduli dengan keputusan perlawanan, sebaliknya mahu beri tumpuan untuk kejar Mo Salah.

Mereka bersungguh-sungguh mahu bersalam dengan Mo Salah dan sentiasa mengekori The Egyptian King itu sepanjang masa.

Ketika bintang berusia 29 tahun itu sedang berjalan untuk meninggalkan padang, beliau dikelilingi oleh beberapa orang pemain lawan yang meminta jersi dan mahu bersalam dengannya.

Ia seolah-olah detik terhebat yang dilalui oleh para pemain kerana sedang beraksi di atas padang yang sama dengan pemain terhebat benua Afrika itu.

Beliau berjaya mengawal situasi dengan sangat tenang dan santai, dengan Salah menolak untuk memberikan jersinya kepada semua yang meminta kerana beliau terlebih dahulu sudah berjanji dengan seseorang.

Ia menunjukkan yang Salah sememangnya seorang manusia yang berpegang pada janji, dan hanya mahu memberi jersinya kepada individu yang beliau janjikan.

Beliau bahkan terpaksa dikawal oleh dua orang pengawal peribadi, yang sentiasa mengawal beliau sepanjang perjalanannya untuk keluar meninggalkan padang.

Walaupun ada pengawal peribadi yang mengawalnya, namun masih tetap ada para pemain dan staff dan pasukan lawan yang berusaha untuk mendekati beliau.

Tiga kali diganggu penceroboh padang, Salah tenang kawal situasi

Pemain penyerang Liverpool, Mohamed Salah merupakan bintang paling disayangi di Anfield, dan beliau bahkan mungkin lebih disayangi di negara asalnya Egypt.

The Egyptian King itu berjaya mencatatkan assists untuk gol yang dijaringkan oleh Mohamed Elneny ketika aksi kelayakan Piala Dunia Mesir bertemu Angola.

Salah membantu skuad kebangsaannya untuk kembali bangkit selepas ketinggalan 0-2 dan mereka berjaya mengikat Angola 2-2.

Keputusan seri itu membantu Egypt untuk menempatkan diri mereka ke pusingan play-off, untuk melayakkan diri beraksi dalam saingan Piala Dunia Qatar nanti.

Walau bagaimanapun, pertembungan antara Mesir dan Angola semalam sebenarnya telah diganggu oleh penceroboh padang.

Bukan sekali, tetap tiga kali perlawanan terganggu dek kerana penceroboh padang masuk ke padang ketika perlawanan sedang berlangsung.

Kesemua tiga insiden yang berlaku dalam perlawanan ini adalah kerana para peminat mahu mencuba nasib untuk berjumpa Salah secara bersemuka.

Antara yang paling mengganggu adalah ketika salah seorang peminat berlari laju masuk ke padang mencari Mo Salah yang ketika itu sedang dalam usahanya untuk mencari gol kemenangan di minit akhir permainan.

Walau sudah berkali-kali beliau menjadi sasaran penceroboh padang, namun Mo Salah tetap tenang mengawal situasi dan beliau juga sepertinya faham dengan keadaan tersebut.

Beliau bahkan turut memberi pelukan kepada penceroboh padang yang menceroboh masuk ke padang semata-mata untuk berjumpa dengannya.

Ia merupakan sikap terpuji yang ditunjukkan oleh Salah dengan beliau tetap menunjukkan reaksi tenang walau penceroboh padang itu sebenarnya mengganggu perjalanan perlawanan.

Tiada insiden bahaya yang berlaku dengan petugas keselamatan berjaya menjalankan tugas masing-masing dengan baik walau tiga kali penceroboh berjaya menceroboh masuk ke padang.

Apa yang menariknya, Egypt bukanlah tuan rumah dalam perlawanan tersebut, dan peminat yang berlari masuk ke padang itu semuanya merupakan penyokong Angola.

Mungkin mereka merupakan penyokong tegar Liverpool, dan kerana bintang kesayangan The Reds beraksi di negara mereka, maka mereka memanfaatkan kesempatan yang ada untuk bertemu dengan ikon muslim itu.

Salah pada tiga tahun lalu berjaya menjaringkan dua gol ketika membawa Egypt beraksi di pentas Piala Dunia Rusia.

Beliau pada ketika ini sangat diharapkan agar mampu untuk memimpin Mesir layak beraksi di temasya Piala Dunia Qatar tahun hadapan.

Ia bakal menjadi pencapaian yang sungguh luar biasa menakjubkan seandainya Salah berjaya membawa Egypt untuk beraksi dalam saingan Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut.

Beliau akan terus dikenang sebagai pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman negaranya, dan akan diingati sebagai pemain paling berjaya dari Benua Afrika.

Seandainya Egypt berjaya untuk layak ke saingan Piala Dunia Qatar nanti, pihak penganjur perlu menyediakan kawalan keselamatan yang lebih tinggi lagi.

Hal ini kerana Salah sememangnya ramai peminat tegar yang datang dari negara Timur Tengah itu dan para peminat beliau sudah tentu akan cuba untuk melakukan sesuatu dalam usaha mereka untuk bertemu dengan bintang Liverpool itu.

Bagi pemain bintang besar dalam dunia bola sepak, mereka sememangnya akan sentiasa memerlukan kawalan ketat seandainya mereka berjalan di tempat umum, kerana ramai peminat obses yang senantiasa menunggu peluang untuk bertemu idola mereka.

Para pemain juga kebiasaannya akan terganggu jika perlawanan yang mana mereka mahu mencari kemenangan tetapi di ganggu oleh penceroboh padang.

Salah selepas ini akan kembali memberi tumpuan kepada aksi bersama Liverpool, dengan beliau bersama skuad The Reds pada hujung minggu ini bakal melayan kunjungan Arsenal ke bumi Anfield.

Ia merupakan perlawanan yang sangat menarik untuk disaksikan dengan ramai yang berharap Salah akan membantu Liverpool untuk kembali mencatatkan kemenangan selepas mengharungi dua perlawanan dengan keputusan seri.

BACA:  Legenda Anfield Dakwa Salah Sedang Bemain Dengan Idea Tinggalkan Liverpool