Manchester United dilaporkan sudah bersedia melawan dan berjuang bermati-matian sebarang percubaan penggantungan ke atas Cristiano Ronaldo berhubung kejadian menampar telefon bimbit pada April.
Ronaldo telah mendonia selepas menampar telefon dari tangan penyokong muda ketika menuju ke terowong di Old Trafford berikutan kekalahan 1-0 kepada Everton.
Pemain antarabangsa Portugal itu telah meminta maaf atas perlakuannya yang tidak sepatutnya itu dan kemudiannya diberi amaran oleh pihak polis pada Ogos.
Bulan lalu, Persatuan Bola Sepak (FA) telah melakukan penendakwaan ke atas Ronaldo kerana berkelakuan tidak wajar selepas siasatan yang dilakukan terhadap insiden itu.
Cristiano Ronaldo accepts FA's charge but Manchester United will fight against potential ban #MUFC https://t.co/dl10pxVrwR
— talkSPORT (@talkSPORT) October 12, 2022
Pada hari Rabu, pengurus United Erik ten Hag berkata Ronaldo, yang diberi masa sehingga petang Isnin untuk menjawab pertuduhan itu, “tidak akan menerima”nya.
“Kami bercakap mengenainya dan dia tidak akan menerimanya,” kata Ten Hag, menjelang perlawanan Liga Europa Khamis menentang pasukan Cyprus, Omonia Nicosia.
Manchester United sejak itu menjelaskan kenyataan Ten Hag, mengatakan bahawa Ronaldo dapat menerima tuduhan itu namun tidak akan menerima dan menolak hukuman yang keras yang bakal dikenakan.
Tetapi kelab Liga Perdana itu juga bersedia untuk melawan sebarang percubaan untuk menggantung Ronaldo sebagai hukuman, menurut BBC.
Pada Ogos lalu, Cristiano Ronaldo telah diberi amaran keras oleh pihak polis selepas terlibat dalam insiden merosakkan telefon peminat Everton yang merupakan seorang OKU.
ICYMI: Merseyside police say they are reviewing CCTV footage to establish if Manchester United’s Cristiano #Ronaldo committed an offence by knocking a mobile #phone out of a supporter’s hand after his team’s 1-0 defeat at Everton.https://t.co/Wnr1DTGNnM pic.twitter.com/GCL3xqxkXV
— Al Arabiya English (@AlArabiya_Eng) April 11, 2022
Polis mengesahkan pada masa itu bahawa mereka sedang menyiasat kejadian itu, yang melibatkan seorang budak lelaki berusia 14 tahun dan penyerang Manchester United itu telah pun diberi amaran dan kes itu telah selesai.
Polis Merseyside telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada dakwaan ke atas Ronaldo namun amaran keras telah dikenakan:
“Kami boleh mengesahkan bahawa seorang lelaki berusia 37 tahun secara sukarela hadir dan ditemu bual berhubung dakwaan serangan dan kerosakan jenayah,” kata kenyataan polis, menerusi Mirror.
“Dakwaan itu berkaitan insiden selepas perlawanan bola sepak Everton menentang Manchester United di Goodison Park pada Sabtu 9 April.”
“Perkara itu telah ditangani dengan cara yang sangat berhati-hati. Perkara itu kini telah selesai.”
Ronaldo smashing someone’s phone at full time 🤣🤣 EFC pic.twitter.com/nw0XIK2enR
— ToffeesCentral (@ToffeesCentraI) April 9, 2022
Cristiano Ronaldo yang berusia 37 tahun itu telah memohon maaf secara terbuka kepada budak lelaki itu dan menawarkannya peluang untuk datang ke perlawanan di Old Trafford pada masa hadapan.
Sarah Kelly, ibu kepada Jake yang berusia 14 tahun, jelas tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, pada masa itu, berkata”
“Dia seorang idola. Ya, dia bukan dari Everton, tetapi Ronaldo adalah pemain besar.”
“Anak saya sentiasa seperti ‘Ronaldo akan ke sana’ – dia seorang ikon. Saya faham jika Jake melambai di mukanya, tetapi dia tidak.”
“Dia seorang budak autisme dan dia telah diserang oleh pemain bola sepak, begitulah cara saya melihatnya sebagai seorang ibu.”
Ronaldo smashing someone’s phone at full time 🤣🤣 EFC pic.twitter.com/nw0XIK2enR
— ToffeesCentral (@ToffeesCentraI) April 9, 2022
Jake merupakan kanak-kanak istimewa merupakan peminat Everton namun sangat mengidolakan Cristiano Ronaldo yang merupakan ikon dalam bola sepak.
Namun selepas peristiwa itu, Jake tersentap, lalu sedar dia telah mengidolakan orang yang salah. Memang koyak idola sendiri rosakkan phone kau.
Dia juga berkata bahawa Jake tidak akan menerima tawaran dan jemputan pemain itu untuk berjumpa Di Manchester United sambil menonton perlawanan:
“Saya ada bertanya kepadanya: ‘Adakah anda mahu pergi? Ronaldo berkata kami boleh pergi ke United’. Dia berkata, ‘Tidak, ibu, saya tidak mahu melihatnya lagi’.”
“Ini sangat menjengkelkan kerana Ronaldo adalah salah satu sebab dia mahu pergi ke perlawanan United.”
Cristiano Ronaldo apologizes after appearing to smash a supporter's phone following Manchester United's loss to Everton pic.twitter.com/MwhJ7hC31b
— B/R Football (@brfootball) April 9, 2022
Permohonan maaf Cristiano Ronaldo atas insiden menghempas telefon bimbit milik penyokong Everton telah dihentam teruk oleh ibu kepada mangsa.
Ibu kepada penyokong Everton itu menegaskan yang beliau semakin beremosi selepas membaca muat naik Cristiano Ronaldo di laman media sosial miliknya.
Ketika pihak Polis menyatakan kes ini telah selesai, FA masih meneruskan siasatan dan belum lagi menentukan hukuman untuk Ronaldo.