Manchester United dilaporkan telah bersetuju dengan syarat untuk menandatangani pemain sasaran utama mereka, Jadon Sancho pada musim panas ini.
Menurut laporan sama juga, United bersetuju untuk menandatangani Sancho dengan perjanjian sehingga 2026.
Borussia Dortmund dilaporkan bersedia untuk menjual Jadon Sancho pada musim panas ini dengan yuran perpindahan bernilai €90-95 juta.
Manchester United have offered €70M/$85M for Jadon Sancho, but Dortmund are holding out for more than €90M/$110M, reports @BILD_Sport pic.twitter.com/A7h67drjJl
— B/R Football (@brfootball) June 10, 2021
Pasukan dari Premier League itu akan sekali lagi mencuba untuk mendapatkan pemain sayap England itu selepas mereka gagal untuk mendapatkannya pada musim panas lalu.
Hal ini telah dilaporkan sendiri oleh pakar perpindahan dan manusia paling jujur dalam dunia bola sepak, Fabrizio Romano.
Walau bagaimanapun, United dilaporkan hanya bersetuju dengan segala syarat, namun masih belum menghantar bidaan rasmi lagi kepada Borussia Dortmund.
Manchester United have re-started contacts to sign Jadon Sancho. Talks on with player’s camp on personal terms [potential contract until 2026]. 🔴 #MUFC
No official bid yet.
BVB prepared to sell Sancho – but only for €90/95m.
No move from #LFC.📲 More: https://t.co/2coYZwJKLt
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 5, 2021
Dortmund juga dipercayai sudah membuat perjanjian khas bersama Sancho dengan pihak kelab akan melepaskan beliau pada musim panas ini dengan syarat bergantung kepada bidaan yang diterima.
Gergasi Bundesliga itu dilaporkan mahu melepaskan Sancho dengan yuran perpindahan bernilai €90/95 juta.
Sebagai tambahan, mengikut laporan terbaru dari Romano, Manchester United telah menghantar bidaan rasmi pertama mereka bernilai €69 juta.
Hal tersebut juga telah disahkan sendiri oleh media Jerman, BILD yang mana Manchester United membida Sancho dari Borussia Dortmund dengan nilai €69 juta.
Walau bagaimanapun, bidaan tersebut sebenarnya kurang €20 juta dari nilai yang diminta oleh Borussia Dortmund dan risiko untuk bidaan pertama ditolak sangat cerah.
Man Utd have made an offer of €70m for Jadon Sancho, according to Bild. This is €20m off Borussia Dortmund's asking price. #BVB #MUFC
— Ronan Murphy (@swearimnotpaul) June 10, 2021
Musim panas lalu, United beberapa kali mencuba menghantar bidaan rasmi untuk mendapatkan Sancho, namun kesemua tawaran yang diberikan oleh setan merah ditolak mentah oleh Dortmund kerana nilainya terlalu rendah.
Dortmund pada musim panas lalu, mereka telah meletakkan tanda harga bernilai €120 juta untuk melepaskan Sancho namun nilai tertinggi yang dibida oleh setan merah hanyalah €89 juta.
Sporting director Borussia Dortmund, Michael Zorc telah mengesahkan pada Mei lalu, yang pihak kelab sudah membuat perjanjian khas bersama Sancho untuk melepaskannya pada musim panas ini.
“Kami sudah membuat perjanjian khas dengan Jadon pada tahun lalu yang dia boleh berpindah mengikut beberapa syarat yang kami tetapkan.”
“Dia sudah bersama kali dalam tempoh beberapa tahun. Walau bagaimanapun, perjanjian ini sama sekali tidak melibatkan Haaland.”
Re: Sancho
Dortmund and Sancho got a gentleman’s agreement.
“You can go…if price right…if deadline met”Potential buyers should know:
– price – expectations a bit (!) down from last season
– Dortmund not playing games. As we saw last year— Jan Aage Fjortoft 🏳️🌈 🇳🇴 (@JanAageFjortoft) June 4, 2021
Adakah Manchester United terlalu lambat untuk buat kerja? Atau terlalu perlahan dalam membuat keputusan?
Dortmund sudah menyatakan persetejuan namun pihak setan merah masih melengahkan masa seolah mereka tidak memerlukan Sancho.
Jika hal ini berlanjutan, tidak mustahil akan ada kelab lain yang masuk campur dan sailang Sancho dari Manchester United.