Man Utd Berusaha Untuk Sailang Nunez Dari Liverpool

Perlumbaan untuk mendapatkan khidmat Darwin Nunez dari Benfica sepertinya semakin hangat pada ketika ini dengan Liverpool dan Man Utd saling sailang menyailang antara satu sama lain.

Manchester United hari ini telah mengeluarkan tawaran yang lebih tinggi berbanding Liverpool untuk mendapatkan pemain penyerang itu dan sepertinya bakal ada persaingan yang sengit di antara kedua-dua mereka.

Persaingan antara dua kelab gergasi Inggeris itu menjadi antara hal paling menarik untuk disaksikan pada jendela perpindahan musim panas ini.

Kedua-dua pasukan juga sebenarnya sangat terdesak mahu mendapatkan pemain penyerang itu dalam usaha mereka untuk memantapkan skuad masing-masing.

Manchester United dan Liverpool juga sememangnya sedang dalam usaha mereka mahu mencari pemain pengganti dengan Sadio Mane kini dilaporkan bakal meninggalkan kelab sementara jentera serangan setan merah pula sangat tumpul dan perlu diperbaiki.

Marcus Rashford hanya mampu menjaringkan empat gol sahaja dalam saingan Premier League musim lalu dan beliau juga hanya 13 kali diturunkan dalam kesebelasan Man Utd dalam saingan Premier League.

Nunez jelas sekali boleh dianggap sebagai jalan keluar untuk Man Utd mencari pemain penyerang berkualiti dengan mereka juga lemah di posisi itu musim lalu.

Erik Ten Hag sangat berhasrat agar beliau akan memiliki seorang pemain penyerang berkualiti dalam usahanya untuk membantu United kembali menjadi pemain yang digeruni.

Walaupun Liverpool pada ketika ini dianggap sebagai calon kegemaran yang akan mendapatkan khidmat Darwin Nunez, namun kini United dikatakan cuba sailang rundingan untuk mendapatkan bintang Benfica itu.

Man Utd dilaporkan telah menghantar bidaan yang lebih tinggi dari bidaan yang dihantar oleh Liverpool sebelum ini.

Man Utd jelas sekali tiada masalah untuk mengeluarkan dana yang besar untuk mendapatkan Darwin Nunez kerana mereka sememangnya mahu memantapkan skuad yang sedang longlai.

Liverpool sementara itu mungkin tidak akan mengeluarkan dana yang besar kerana mereka sudah ada barisan mantap dan hanya mahu menjadikan Nunez sebagai penambah kepada skuad sedia ada.

Memandangkan United mampu menawarkan yuran perpindahan yang lebih tinggi, maka tidak hairanlah andai mereka akan lebih berpotensi untuk mendapatkan bintang Benfica itu.

Hal itu sedikit sebanyak sebenarnya mengganggu perancangan Man Utd kerana mereka perlu menyediakan dana tambahan untuk perbaiki beberapa posisi lain lagi.

Pihak kelab tidak mungkin akan mengeluarkan dana terlalu besar dengan membawa tiga pemain berprofil tinggi pada satu jendela perpindahan.

Hal ini jelas sekali akan mengganggu perancangan Ten Hag dan beliau perlu lebih bijak dalam mencari keutamaan untuk diselesaikan pada jendela perpindahan musim panas ini.

Sama ada beliau perlu berusaha mencari pemain di posisi midfield yang sememangnya sangat bermasalah, atau bahagian pertahanan yang perlu diperbaiki atau berbelanja besar untuk pemain penyerang, semuanya bergantung kepada perancangan Ten Hag.

Manchester United juga kini dikatakan semakin hampir pasti untuk menandatangani Frenkie de Jong dari Barcelona dan ia juga sebenarnya memerlukan dana yang agak tinggi.

Pimpinan kelab sebelum ini dilaporkan menyediakan £200 juta untuk Ten Hag gunakan dalam usahanya mahu memantapkan skuad sedia ada.

Seandainya dana tersebut digunakan untuk Darwin Nunez dan Frenkie de Jong, maka sukar sebenarnya untuk Ten Hag selesaikan semua masalah di Old Trafford pada musim panas ini.

Ditambah pula United pada musim panas ini akan kehilangan ramai pemain utama, maka ia sebenarnya turut berpotensi untuk beri masalah kepada Erik Ten Hag.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Rangkuman Aksi Mantap Garner Bertemu Arsenal Buat Man Utd Mahu Segera Bawanya Pulang Ke Old Trafford