Rangkuman Aksi Mantap Garner Bertemu Arsenal Buat Man Utd Mahu Segera Bawanya Pulang Ke Old Trafford

Penyokong Manchester United desak kelab supaya memanggil semula James Garner ke Old Trafford selepas melihat aksi mantap yang beliau persembahkan bersama Nottingham Forest.

Garner merupakan pemain terbaik Nottingham Forest ketika mereka menewaskan Arsenal 1-0 dalam saingan FA Cup awal pagi tadi.

Melihat kepada persembahan luar biasa menakjubkan Garner, para peminat kini mendesak pihak kelab supaya membawa beliau kembali ke Old Trafford dalam masa terdekat ini.

Skuad kendalian Steve Cooper itu pada ketika ini berada di kedudukan kesembilan dalam saingan Championship, dengan mereka melalui pelbagai suka dan duka sepanjang musim ini.

Satu hal yang pasti, kejayaan mereka menyingkirkan Arsenal dari saingan FA Cup sudah tentu bakal menjadi antara detik terbaik dan terindah mereka sepanjang musim ini.

Lewis Grabban muncul sebagai wira Nottingham Forest dengan gol jaringan beliau berjaya mengesahkan kemenangan 1-0 mereka menewaskan Arsenal.

Boleh dikatakan seluruh pemain dalam skuad Nottingham Forest telah mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka dalam perlawanan ini, seterusnya menewaskan wakil dari saingan Premier League itu.

Antara pemain yang paling mencuri perhatian peminat dalam perlawanan ini adalah bintang Manchester United, James Garner yang kini sedang dipinjamkan untuk beraksi bersama Nottingham Forest.

Pemain berusia 20 tahun itu menghabiskan masa pada suku kedua musim lalu di City Ground dan masa depan beliau bersama Man United masih tidak jelas.

Beliau sudah tiga kali dipinjamkan ke pasukan lain, dan sepertinya setan merah langsung tidak berminat untuk memberi ruang kepadanya membuktikan sesuatu.

Selepas mengharungi musim yang sempurna pada musim lalu, Garner meneruskan rentak cemerlang beliau pada musim ini bersama Nottingham Forest.

Pihak kelab sendiri turut gembira dengan sumbangan beliau dan memutuskan untuk melanjutkan tempoh pinjaman.

Aksi bertemu Arsenal awal pagi tadi membuktikan yang Garner merupakan pemain midfield yang sungguh berkualiti tinggi, dengan beliau masih mampu dominan walau berdepan pasukan lebih besar.

Berikut merupakan rangkuman aksi Garner ketika bertemu Arsenal dan ia jelas membuktikan yang beliau merupakan pemain yang Man Utd cari pada ketika ini.

Persembahan beliau berjaya mencuri perhatian peminat di media sosial, dengan ramai yang percaya United sepatutnya memanggil beliau semula ke Old Trafford.

Setan merah tidak dinafikan pada musim ini bergelut dengan masalah di posisi midfield, dengan pemain seperti Fred, Scott McTominay dan Nemanja Matic sering persembahkan aksi tidak konsisten.

McTominay merupakan antara pemain yang paling teruk dikritik oleh peminat pada ketika ini, kerana beliau tidak berada di tahap persembahan terbaiknya.

Sememangnya pemain seperti Garner diperlukan oleh Man Utd pada ketika ini, agar mereka mampu untuk menyelesaikan masalah yang sedang teruk melanda kelab pada ketika ini.

Kelemahan pemain di posisi midfield jelas memberi kesan yang sangat buruk kepada Man Utd, dengan mereka sering di dominasi pasukan lawan kerana barisan midfield gagal untuk bersaing.

“Sebenarnya apa yang kita tunggu lagi? Kita sudah ada pemain midfield berkualiti tinggi seperti ini, kenapa kita pinjamkan dia?”

“Arsenal menurunkan skuad terbaik mereka dalam perlawanan ini, tapi ia langsung tidak merencatkan persembahan Garner. Saya positif kita perlu panggil dia pulang ke Old Trafford.”

“Kalau kita nak beli pemain macam ini, kita perlu sediakan dana lebih kurang £60 juta. Tapi sekarang dia kita punya. Kita boleh panggil balik dan beri dia kontrak baru.”

“Tolonglah panggil dia semula, dia bukan hanya cemerlang dalam saingan Championship, tapi bertemu pasukan Premier League pun dia bagus.”

Bukan hanya beraksi cemerlang, Garner juga turut mencatatkan statistik yang sungguh luar biasa dasyat ketika membantu Nottingham Forest menjinakkan Arsenal.

Beliau berjaya memenangi 100 peratus perebutan bola di udara dalam perlawanan ini, mencatatkan 76 peratus hantaran tepat, melakukan 41 sentuhan, melakukan 6 ball recoveries, 3 clearance, memenangi 3 perebutan bola, 2 hantaran jauh sempurna, 2 pintasan dan satu percubaan.

Kehebatan beliau dalam perlawanan ini menyebabkan pemain midfield Arsenal mati akal untuk memulakan gerakan dan kerana itulah jentera serangan Gunners mencatatkan statistik yang sangat hambar dalam perlawanan ini.

Terdapat laporan dari Premier League pada awal minggu lalu yang mengatakan bahawa Everton sedang merancang untuk mendapatkan khidmat Garner.

Everton terpukau melihat persembahan Garner bersama Nottingham Forest dan kerana itulah mereka mahu berusaha untuk mendapatkan bintang Manchester United itu.

Football Insider mendakwa yang Rafael Benitez sangat berminat dengan pemain berusia 20 tahun itu, dan mahu mendapatkan khidmatnya pada jendela perpindahan Januari ini.

Adakah Manchester United patut memanggil James Garner untuk pulang ke Old Trafford? Atau biarkan saja beliau cari pengalaman di luar?

Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Man Utd Masih Dominasi Top 6 Perpindahan Termahal Di Dalam Sejarah EPL