“Man Utd Sekarang Sampah”- City Vs Liverpool Perseteruan Terbesar EPL Ketika Ini

Pertembungan antara Liverpool bertemu Manchester United dianggap sebagai perseteruan paling dasyat dalam sejarah saingan Premier League.

Di mana sahaja kedua-dua pasukan ini bertemu, perlawanan tersebut akan dianggap sebagai perlawanan besar dan bakal menjadi aksi paling dinanti-nantikan oleh para peminat.

Walau bagaimanapun, pundit dari talkSPORT mendakwa hal itu kini tidak lagi berlaku kerana Manchester United kini dianggap sampah.

Bukan hanya dianggap sampah namun kedudukan Man Utd sebagai pasukan gergasi kini telah diambil alih oleh musuh sebandar mereka, Manchester City.

Duo Sports Bar, Jason Cundy dan Jamie O’Hara telah memperdebatkan tentang perlawanan terbesar dalam saingan Premier League, dan mereka turut membincangkan adakah aksi Liverpool bertemu Man City kini dianggap perlawanan paling menarik setiap musim.

Tidak perlu dipertikaikan lagi yang Liverpool dan Manchester United merupakan dua pasukan paling berjaya dalam sejarah saingan bola sepak Inggeris.

Kedua-dua mereka secara keseluruhannya telah berjaya memenangi 85 Piala dan perlawanan yang menemukan kedua-dua pasukan ini turut mendapat jumlah tontonan paling tinggi dalam sejarah.

Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, Liverpool nampak jauh lebih berjaya berbanding Manchester United dengan skuad setan merah itu tak pernah menang apa-apa Piala sejak dari tahun 2017 yang lalu.

Melihat kepada rekod tersebut, Jason Cundy segera mengesahkan yang Liverpool dan Man United bukan lagi perseteruan terbesar di England.

Jamie O’Hara cuba membantah dakwaan tersebut dengan menganggap kedua-dua pasukan itu masih lagi mendominasi pentas bola sepak Inggeris.

“Bagi saya Man Utd vs Liverpool merupakan perlawanan paling besar setiap musim, masih lagi perlawanan terbesar dalam saingan Premier League.”

Jelas Jamie O’Hara di Sports Bar.

“Membesar sebagai seorang kanak-kanak.”

Jawab Cundy.

“Perlawanan terbesar sejak dari 30 tahun lalu jelas sekali sentiasa perlawanan antara Liverpool bertemu Manchester United.”

“Tapi dengan Man United sekarang mula jadi sedikit sampah, perlawanan terbesar bagi saya musim ini adalah City bertemu Liverpool.”

Jamie O’Hara kemudiannya membalas kenyataan tersebut dengan menyatakan:

“Saya tak fikir macam tu.”

“Bagi saya, antara perlawanan yang kamu akan cari adalah perlawanan yang menemukan Liverpool bertemu Man Utd di Anfield. Itu adalah perlawanan paling besar setiap musim.”

Cundy kemudiannya membalas kembali kenyataan dari Cundy dengan menyatakan:

“Saya tak kata ia bukan perlawanan yang besar.”

“Tapi perlawanan paling besar musim ini akan berlangsung beberapa minggu lagi, ketika Liverpool berkunjung ke Man City.”

Walau bagaimanapun, O’Hara kemudiannya menjelaskan mengapa beliau tidak menganggap perlawanan City bertemu Liverpool sebagai perlawanan yang besar.

Beliau merasakan pertembungan antara skuad kendalian Pep Guardiola dengan Jurgen Klopp itu jadi menarik hanya kerana perebutan gelaran liga.

Namun pertembungan antara Liverpool dan Manchester United pula dianggap menarik kerana sejarah perseteruan antara kedua-dua pasukan itu.

“Mereka hanya bertembung untuk merebut gelaran Premier League, tapi kalau kamu faham maksud sebenar, ia macam Tottenham vs Arsenal, ia soal perseteruan.”

Walau bagaimanapun, Cundy mendakwa yang perseteruan Liverpool dan City sejak beberapa tahun terakhir ini ketika dalam saingan domestik dan ketika aksi saingan Champions League pada tahun 2018 lebih significant.

“Kamu fikir apa berlaku antara City dan Liverpool sejak tiga ke empat tahun lalu, perseteruan itu semakin berkembang.”

Jelas bekas pertahanan Chelsea itu lagi.

“Ia bukan hanya dalam saingan Premier League, tapi ia juga sampai ke pentas Eropah, ingat mereka pernah beberapa kali beraksi bersama.”

“Jadi perseteruan antara mereka sudah mula berkembang, dan ia nampak akan jadi perlawanan terbesar dalam tempoh beberapa minggu lagi, saya tak sabar tunggu itu.”

“Man United masih mahu tewaskan City hujung minggu ini, tapi mereka tahu jika mereka tewaskan City, ia akan beri kelebihan kepada Liverpool untuk menang liga.”

Jadi apa pandangan korang tentang dakwaan dari Jason Cundy? Adakah Liverpool dan United masih perlawanan terbesar atau sekarang City dah ambil alih? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: talkSPORT

BACA:  Polis Colombia Tawar RM230K Tunai Kepada Pemberi Maklumat Penculikan Ayah Penyerang Liverpool