Manchester City Berminat Untuk Ambil Alexis Sanchez Sebagai Suri Hati

Pemain piano Manchester United yang dipinjamkan ke Inter Milan, Alexis Sanchez dilaporkan telah menarik minat Manchester City untuk dijadikan salah seorang suri hati yang baru.

Alexis Sanchez yang pada ketika itu tidak diperlukan lagi di Old Trafford menyertai pasukan Inter Milan bimbingan Antonio Conte secara pinjaman sehingga tarikh 30 Jun 2020.

Alexis Sanchez bersatu kembali bersama bekas rakan Setan Merahnya di Inter Milan, Romelu Lukaku yang menyertai pasukan Italy itu dengan nilai perpindahan £74 juta pada perpindahan musim panas.

Pada perpindahan bulan januari lalu, Kapten Marvel, Ashley Young hadir untuk bersatu dengan Sanchez dan Lukaku. Ajaibnya prestasi mereka sangat baik bersama pasukan baru.

Sanchez tidak lagi boleh dilabel sebagai pemain piano seperti sebelum ini apabila kembali menjadi pemain bola sepak sebenar.

Pemain Chile ini merupakan pemain yang menerima gaji yang terbesar di Manchester United, £400,000 seminggu je dan Manchester United dipercayai telah memberi subsidi kepada Inter Milan bagi menjayakan pinjaman ini.

Sanchez dibeli Setan Merah daripada Arsenal secara percuma dengan bayaran gaji yang tinggi nak mati menyebabkan Manchester City yang turut berminat menjadi tawar hati.

Pujukan Pep Guardiola tidak diendahkan Sanchez kerana Manchester United bukan sahaja menawarkan gaji yang tinggi dengan tambahan bonus tidak masuk akal yang mampu mencecah £550 ribu seminggu.

Henrik Mkhitaryan menjadi bahan tukaran dagangan Setan Merah untuk mendapatkan Sanchez.

Namun Sanchez tidak mampu mengembalikan prestasi terbaiknya sejak menyertai Setan Merah yang ketika itu di bawah bimbingan Jose Mourinho.

Terkini, terbaru dan ter ter ter, Manchester City dilaporkan kembali berminat untuk mendapatkan Sanchez, begitu juga dengan Inter Milan jika Sanchez sanggup menerima gaji yang rendah.

Menurut akhbar Chile, La Cuarta, Pep Guardiola telah mengadakan perbincangan dengan wakil Sanchez bagi membincangkan kehendak nafsu serakah Sanchez untuk ke City.

Sebelum ini Ole Gunnar Solskjaer juga menyatakan Sanchez mungkin akan kembali ada peranan bersama skuadnya untuk musim hadapan.

Jika Jadon Sancho akan menjadi milik Manchester United maka tiada lagi tempat untuk Sanchez yang mungkin akan dijual untuk mengurangkan perbelanjaan bayaran gaji kepada Sancho.

Sanchez dilaporkan akan dilepaskan dengan harga €19.2 juta sahaja.

Inilah bukti bahawa Sanchez kembali menjadi pemain bola sepak bersama Inter Milan.

1. Menjaringkan dua gol dalam debut di kesebelasan utama sebelum tamat separuh masa pertama, namun gol pertama diberikan kepada Stefano Sensi.

2. Mengutip kad kuning pertama, kedua dan kad merah. Hanya pemain bola sepak dapat menikmati kad seperti ini bukan pemain piano.

3. Melakukan simulasi terjunan atau berlakon bagi mendapatkan penalti.

BACA:  Mourinho: Sanchez Tidak Akan Bermain Buat Satu Tempoh Yang Agak Lama