Manchester United Dan Alexis Sanchez Sah Telah Berpisah

Jodoh antara Manchester United dan pemain piano prolifik. Alexis Sanchez telah terlerai jua akhirnya selepas Inter Milan telah bersetuju untuk mendapatkan Sanchez secara kekal, maka terjadilah perpisahan.

Alexis Sanchez dan Manchester United telah hidup berasingan sejak setahun yang lalu apabila dipinjamkan ke Inter Milan pada bulan Ogos 2019.

Selepas membuat 29 penampilan untuk kelab San Siro dengan 4 gol setakat ini, Sanchez berjaya memikat hati Inter Milan untuk dijadikan pasangan yang sah.

Inter Milan berjaya mendapatkan Sanchez secara percuma dan Sanchez diikat selama tiga dengan kontrak sehingga 30 Jun 2023.

“FC Internazionale Milano mengumumkan bahwa Alexis Sanchez telah bergabung dengan Nerazzurri dengan status bebas transfer. Penyerang asal Cile ini telah meneken kontrak permanen dengan Klub yang berlaku hingga 30 Juni 2023.”

Di utara Itali, Sanchez telah bergabung kembali bersama rakan sepasukannya di United iaitu Romelu Lukaku dan kapten Marvel, Ashley Young.

Gandingan mereka bertiga di bawah Antonio Conte telah berjaya membawa Inter muncul naib juara Serie A dan masih lagi beraksi di Europa League.

Kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh Manchester United melalui laman sesawang mereka diiringi doa agar pemain Chile itu akan terus berjaya di masa hadapan.

“Semua orang di Manchester United mengucapkan selamat maju jaya buat Alexis Sanchez di masa hadapan kerana beliau telah menyertai Inter Milan dengan perpindahan secara kekal.”

“Alexis Sanchez merupakan pemain daripada Chile pertama yang bermain secara kompetitif untuk United selepas berhijrah daripada Arsenal pada Januari 2018 dan Henrikh Mkhitaryan telah pergi ke arah yang berlawanan.”

“Alexis boleh membuat satu reunion yang pantas dengan Setan Merah di musim 2019/20 kerana United dan Inter masih lagi beraksi di Europa League, pertemuan akan terjadi jika kedua-dua pasukan mara ke final di Cologne.”

Satu perpisahan yang baik dan matang.

Pemain Chile berusia 31 tahun itu telah menjaringkan 5 gol dalam 45 penampilan untuk Manchester United dan Sanchez lebih dikenali sebagai pemain piano berbanding pemain bola sepak.

Detik paling diingati adalah dua assist ketika Setan Merah melakukan comeback ke atas Manchester City untuk kemenangan 3-2 pada April 2018.

Sanchez dilepaskan Manchester United, maka beban gaji United telah berkurang kerana Sanchez dibayar hampir £400,000 seminggu dan masalah gaji tidak masuk akal akan selesai.

Dengan gaji yang begitu besar, Sanchez dibayar Setan Merah untuk bermain bola sepak dan beliau lebih kerap bermain piano berbanding tujuan asal menimbulkan rasa tidak harmoni di kem Setan Merah yang mana pemain lain juga mahukan gaji yang besar kerana mereka bermain bola sepak.

Mungkin dengan situasi ini, pembelian tidak masuk akal Jadon Sancho dari segi harga akan menjadi kenyataan?

BACA:  Martial: Peminat Sedang Melihat 'Pogba' Yang Sebenar